Tuesday, December 17, 2013

RAKYAT TAK BERDUIT, JANGAN PAKAI HIGHWAY



"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium. Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut. " - Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang dimaksudkan oleh Wahid?
Kalau ikut kefahaman kita, ia bermaksud, "kalau miskin, tak ada duit, jangan pakai highway. Highway hanya untuk golongan premium - golongan yang berduit. Rakyat Malaysia yang tak ada duit pakai lah jalan biasa."
Atau dengan kata lain, kita yang tak berduit, jangan pakai highway walaupun ianya di tepi rumah kita. 

SEMENTARA itu, hari ini kita terbaca kenyataan Plus bahawa ia memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.
Apa tujuan Plus membuat kenyataan seumpama ini? Mencari publisiti murah?
Bukankah semasa Najib membentang Belanjawan 2011, beliau mengumumkan tiada kenaikan tol di lebuhraya milik Plus selama 5 tahun?
Apa tujuan Pengarah Urusan Plus Noorizah Abd Hamid membuat kenyataan mengelirukan ini?
Kita tunggu tahun 2016 apabila tiba masanya Plus menaikkan kadar tolnya dan kita mahu melihat pendirian Plus pada masa itu.
Kita berharap pada masa itu, Plus akan mengulangi kenyataan nya bahawa "ia memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya Plus dalam masa terdekat."


No comments: