Saturday, December 28, 2013

HASAN MALEK: RAKYAT SOKONG HARGA BARANG NAIK

"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya." - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/28/mstar_berita/20131227173802&sec=mstar_berita

Najib Razak perlu rasa bertuah mempunyai seorang Menteri berkaliber seperti Hasan Malek. 

Selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri, Najib memperkenalkan slogan "Rakyat Didahulukan".

Dan Najib juga berkata: "Era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir."

Najib perlu berterima kasih kepada Hasan Malek, Menteri yang pernah menasihatkan rakyat "berhenti makan ayam, bila harga ayam mahal," kerana selepas menyelami perasaan rakyat, beliau mendapati rakyat menyokong kenaikan harga barang.

Walaupun dilabelkan sebagai MENTERI CAP AYAM, Hasan merupakan Menteri pertama mempertahankan keputusan Najib untuk menaikkan harga barang termasuk petrol, gula dan tidak lama lagi tol.

Sekiranya ada rombakan kabinet nanti, sudah pasti Hassan Malek antara Menteri "favourite" untuk dikekalkan atau dinaikkan pangkat.

2 comments:

Anonymous said...



kita sokong HM jadi PM

Anonymous said...

Kalau itu betul kenyataan dari Hasan Malek, memang sah lah dia menteri yg paling bodoh. Kenyataan yg dia keluarkan ikut sedap mulut aje.
Rakyat sedang protes kenaikkan barang , ditambah pula dgn kenaikkan tarif letrik nanti YANG semestinya akan menaikkan segala barang keperluan.
PM dan kepimpinan nya, sila kotakan janji pilihanraya ... sekurang2 nya maintain lah harga.. buat malu penyokong kerajaan bila kena bidas dgn pembangkang..