Sunday, June 3, 2012

SHAZIMAN GANTI MAT HASSAN, IDRIS GANTI ALI RUSTAM


 
Negeri Sembilan: Shaziman Abu Mansor ganti Mohamad Hassan.
Melaka: Idris Haron ganti Ali Rustam.
Pahang: Shakar Shamsuddin ganti Adnan Yaakob.
Terengganu: Mohd Said akan diganti.
Perlis: Syed Razlan ganti Isa Sabu.
Perak: Zambry Kadir kekal.
Sabah: Musa Aman kekal.
Johor: Ghani Othman kekal
Selangor: FD Iskandar.
Kedah: Mukhriz Mahathir
Kelantan: Mustapa Mohamed
Pulau Pinang: Teng Cheng Yeow
http://www.nst.com.my/opinion/columnist/speculation-about-new-mbs-mounts-1.89826

Inilah spekulasi yang dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini mengenai bakal-bakal Menteri Besar baru untuk negeri-negeri sekiranya Barisan Nasional menang.

Negeri Sembilan: Shaziman akan menggantikan Mohamad Hassan. Rata-rata di kalangan ahli politik berpendapat Najib Razak tiada pilihan lain kecuali melantik Menteri Besar yang baru sekiranya beliau mahu memastikan Negeri Sembilan kekal di tangan BN.

Perpecahan di dalam Umno Negeri Sembilan tidak seburuk ini dalam sejarah politiknya yang berpunca dari mainan politik Mohamad Hassan. Di tambah lagi dengan pelbagai isu yang menyelubungi beliau dan pemerhati politik berpendapat isu pengubahan wang oleh Mohamad Hassan berjumlah RM10 juta bakal dibangkitkan semula oleh Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan BN di Negeri Sembilan.

Sekiranya Mohamad Hassan kekal sebagai MB, ia tidak lebih dari keengganan pemimpin Negeri yang lain untuk mewarisi masalah dalam yang tenat di dalam Umno.

Kesimpulannya Mohamad Hassan bukan lah pilihan utama Najib untuk memimpin Negeri Sembilan.

Melaka: Idris adalah muka baru dan orang muda dalam politik. Menggantikan Ali Rustam bukanlah perkara mudah. Ali Rustam adalah Menteri Besar terbaik setakat ini dari segi prestasinya. Idris akan menghadapi masalah untuk membuktikan beliau adalah pengganti terbaik kepada Ali Rustam.

Pahang: Hubungan di antara Shakar dan Adnan dikatakan renggang sejak akhir-akhir ini tetapi ramai berpendapat Adnan akan digugurkan oleh Najib kerana "sikap" beliau kepada Perdana Menteri. Pahang adalah negeri Najib dan menjadi hak beliau memilih siapa saja yang menjadi "kegemaran" beliau dan isteri. Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Jamaluddin Jarjis dikatakan amat kepingin untuk menggantikan Adnan. Malangnya kes "raba" yang mengaitkan beliau terus menghantui Jamaladdin. Tidak menghairankan sekiranya Jamaluddin "berpencen" dari politik selepas PRU-13 sekiranya Najib benar-benar serius mahu mentransformasikan Umno.

Terengganu: Terlalu ramai pemimpin politik Terengganu yang tidak sebulu dengan Mohamad Said. Ianya reda semata-mata kerana PRU-13. Politik Terengganu umpama api dalam sekam. Mohamad Said hanya menghitung hari untuk digantikan.

Perak: Zambry telah melakukan yang terbaik untuk Perak tetapi ianya sebuah negeri yang penuh dengan "time bomb" disebabkan salah perkiraan Najib apabila "merampas" Perak dari Pakatan Rakyat. Zambry menghadapi masalah yang agak serius di dalam Umno kerana ramai rakan-rakan beliau tidak begitu berpuashati dengan beberapa keputusan beliau yang menglibatkan kawan-kawan politik lain.

Perlis: Sekiranya Mat Isa Sabu digantikan, beliau tidak akan terkilan. Beliau bukan berperwatakan seperti Shahidan Kassim. Bagi Mat Isa, kalau kekal, Alhamdullilah, Kalau tidak, beliau akan berpencen senyap-senyap. Syed Razlan sebagai MB? Mungkin Ya, mungkin Tidak. Kalau Syed Razlan dilantik MB, terpaksa lah Shahidan membisu kerana terlalu bising akan menrenggangkan hubungan beliau dengan istana Perlis.

Sabah: Musa Aman kekal? Melucukan. Kalau betul-betul kita mahukan transformasi, Musa Aman lah orang yang pertama harus digugurkan perihal pelbagai isu salah guna kuasa melanda beliau. Malangnya bukan semua pemimpin Sabah imejnya bagus. Shafie Apdal baru saja dikaitkan dengan seorang aktres. Hanya harapan Sabah ialah pada Abdul Rahman Dahlan. Itupun kalau usia politik beliau panjang.

Selangor: FD Iskandar? Itupun kalau BN menang. Apa istimewanya FD Iskandar? Kalau Khalid Ibrahim, bekas CEO, pun tercungap-cungap mentadbir Selangor, apalah FD Iskandar. Hanya orang politik yang layak mentadbir Selangor. FD Iskandar harus dibiarkan mentadbir Glomac.

Kelantan: Jika menang, hanya Tok Pa yang layak menjadi MB. Sebenarnya hanya Tok Pa saja pemimpin Umno terakhir dalam Umno Kelantan. Yang lain telah dikuburkan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah terlalu tua untuk menjadi MB. Awang Adek diselaputi isu rasuah dan salahguna kuasa. Siapa lagi nama besar dalam Umno Kelantan. TIADA!!!

Pulau Pinang: Bermimpi di siang hari.

Johor: Ghani Othman?  Apakah Umno ketandusan pemimpin di Johor? Satu ketika dahulu, ramai negeri tidak puashati kerana terlalu ramai Menteri dari Johor. Kalau Ghani kekal, maka kekallah Syed Hamid Albar dan Mohamad Aziz.  Mereka seangkatan.

Sarawak: Taib Mahmud kekal Ketua Menteri seumur hidup.

1 comment:

Anonymous said...

Mohd Hassan is still the best option for Negeri Sembilan. Akar umbi memihak pada MB sekarang.