Wednesday, February 10, 2010

PETROL NAIK 1 MEI

Nampaknya 1 Mei nanti kena lah kita membayar lebih untuk satu liter petrol kerana kerajaan sudah tidak lagi mampu untuk memberi subsidi petrol kepada kita.

Berita kenaikan ini akan diumumkan oleh Najib Razak, itulah kata Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Tian Lian Hoe.

Kata Lian Hoe: "It is time the rakyat accepts the fact that Malaysia has one of the cheapest fuel prices in the world and the government cannot keep on subsidising.” (Tibalah masanya rakyat menerima hakikat bahawa harga petrol di Malaysia adalah yang termurah di dunia dan kerajaan tidak boleh terus menerus memberi subsidi kepada harga petrol)
http://www.mmail.com.my/content/27296-najib-announce-fuel-hike-mechanism-may

Jelapang terkenang akan zaman Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau mengumumkan harga petrol naik sebanyak 78 sen pada Jun 2008 – satu pertambahan besar dari RM1.92 kepada RM2.70, harga minyak diesel naik kepada RM2.58 – naik RM1 berbanding harga sebelumnya sebanyak RM1.58 seliter.

Kesannya terasa sehingga hari ini. Yang paling diingati ialah apabila Barisan Nasional kehilangan mandat 2/3 di Parlimen.

2 comments:

Anonymous said...

Takpelah naik sikit-sikit. Jgn naik mendadak mcm dulu...kita pun kena considerate sikit dgn Kerajaan. Anyway, ini semua gimik depa, sebab bila nak election sok mungkin dia akan turun semula...mula2 rakyat marah lepas tu tersenyum...macam-macam ada dalam dunia ni..

Anonymous said...

pm d.najib kena fikir ekonomi rakyat dipendalaman macam mana punya susah,bukan macam kat bandar