Tuesday, February 16, 2010

HASBIE HANYA IKAN BILIS

Tetapi jika saya silap, anda boleh tendang kami.

Demikianlah kenyataan Ketua SPRM baru Abu Kassim Mohamed apabila membicarakan mengenai bagaimana beliau akan mentadbir SPRM.
http://www.malaysiakini.com/news/123941

Abu Kassim adalah penyapu baru tetapi SPRM dianggap organisasi lapuk yang tidak ubah seperti BPR berpunca dari insiden-insiden yang dilihat berat sebelah.

SPRM masih dilihat hanya menumpukan kepada ikan-ikan bilis dan memilih bulu dalam menyiasat kes-kes rasuah. SPRM juga dituduh mensasarkan pemimpin pembangkang padahal rakyat beranggapan rasuah berleluasa di kalangan pemimpin-pemimpin dan bekas-bekas pemimpin kerajaan.

Tidak hairanlah apabila Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, ditangkap, kedengaran suara-suara sindiran yang menganggap Hasbie hanya ikan bilis. Ikan Jaws nya tak disiasat pun.

Malaysiakini hari ini menyiarkan satu komentar mempertikaikan kenapa bos Hasbie tidak disiasat.
Klik di sini untuk membaca komentar ini: http://www.malaysiakini.com/news/124445

Maka teringat Jelapang kepada Ezam Mohd Noor. Apabila Ezam meninggal PKR, beliau menumpukan masa kepada satu pergerakan NGO yang beliau namakan GERAK.

Ezam pernah menyerahkan bukti mendakwa mengenai penyelewangan rasuah berjumlah RM30 juta oleh seorang Menteri Kanan semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri pada 2007.

Dokumen yang diserahkan Ezam 632 muka tebalnya. Ia mengandungi segala bahan bukti seorang menteri kanan kabinet dari parti UMNO menyeleweng wang RM30 juta dari sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham 10 tahun lalu untuk membayar hutang peribadinya.

Tidak perlulah kita menendang Abu Kassim. Kita hanya ingin mengingatkan beliau, apa sudah jadi dengan kes ini.

No comments: