Wednesday, November 19, 2008

SINAR HARIAN DIBERI AMARAN?

Apa perbezaan antara keempat-empat muka hadapan Sinar Harian ini?
Mudah sahaja. Kecuali muka hadapan semalam yang bertajuk "Tambang bas tetap naik", hampir setiap hari Sinar Harian memaparkan berita politik di muka hadapannya.

Tetapi tidak semalam. Akhbar tersebut memaparkan isu tambang bas di muka hadapannya.





Apa yang berlaku? Ada desas-desus mengatakan akhbar tersebut telah menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri mengenai kandungan berita muka hadapan akhbar tersebut yang lebih menyebelahi pembangkang.
Untuk menyelamatkan akhbar tersebut, khabarnya, pengurusan Sinar Harian mengambil keputusan memberhentikan amalan menyiarkan berita politik di muka hadapannya.
Tuanpunya Sinar Harian, Hishamuddin Yaacub, pasti terkenang nasib akhbarnya dahulu Watan yang diharamkan oleh Kerajaan pada tahun 1987 semasa operasi lalang. Turut digantung ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh.
Konsep Sinar Harian hampir sama dengan Watan di bawah Hishamuddin. Watan amat berjaya sehinggalah ianya diharamkan.
Kalau benar khabar angin mengenai Sinar Harian, maka tiada bezanya antara tahun 1987 and 2008. Kalau Watan diharamkan, tidak mustahil Sinar Harian menghadapi nasib yang sama. Akhbarnya lain tetapi mangsanya sama iaitu Hishamuddin.

6 comments:

Tok Uban said...

Itulah kelebihan kerajaan Malaysia. Akhbar harian yang sokong kerajaan...boleh....yang sokong pembangkang....haram..hai...apaaa nak jadi..

Mohammad Roslan said...

Salam,
Kebanyakan wartawan sekarang berkerja untuk pihak surat khabar yang dimiliki oleh sesebuah kumpulan yang menyokong kerajaan.Sekiranya wartawan tidak berkhidmat kepada tuan punya surat khabar lazimnya habislah kerjayanya di syarikat surat khabar itu.Kerjaya sebagai kewartawanan dan hilang pekerjaan sebagai wartawan yang jadi sumber pencarian nafkaf menjadi dilema dalam setiap hati wartawan di negara ini.Dengan cara lain ramai wartawan tidak ambil pusing sangat dengan saranan "KEBEBASAN AKHBAR"di negara ini.Bagi NGO's yang lantang menyuarakan kebebasan akbar tidak jadi hal,tetapi wartawan-wartawan(Journalists)yang dikatakan hebat dinegara ini masih dan tak pernah atau jarang menyuarakan hak kebebasan akhbar ini dengan suara yang lantang walaupun mereka memahami bahawa cara pengongkongan ini lari dari profenalism journalisma itu sendiri.Dengan perasaan takut yang sumber pencarian makan mereka akan hilang menyelubungi fikiran dengan ini pihak lain kawal pemikiran mereka.Kalau pemikiran mereka sendiri telah diselubungi ketakutan dan kongkongan bagaimanakah mereka boleh menuntut kebebasan akhbar di negara ini.Wartawan dan pihak akhbar perlu membebaskan diri mereka dari kongkongan ini dan bebas bersuara pendapat mereka.

MSM mula memahami mereka kini tidak boleh lagi diharapkan untuk memenuhi kehendak rakyat dalam aspirasi pandangan ummum dalam sesuatu isu nasional.Perkara ini berlaku disebabkan kini rakyat telah mempunyai alternatif dengan surat khabar pembangkang dan juga internet yang mempunyai news portal dan juga blogs.Apabila TDM mula membuka blog dalam enam bulan blog TDM telah mencatat satu juta pengunjung!Kenapa?.Kerana rakyat ingin mendapatkan pandangan yang mana rata-rata suratkhabar memboikot beliau kerana mengikut tuan-tuan masing-masing.

Inilah senorio kewartawanan negara kita!.malaysia Boleh!.Wassalam.

Anonymous said...

Kalau nak kebebasan akhbar.... akhbar arus perdana pun sama lah. Mesti ada keseimbangan, kalau tak ianya dilihat tidak adil. Bila tidak adil, akan berlaku ketidakpercayaan pada akhbar. Lama-lama orang ramai tidak akan beli akhbar.... semua akan cara media alternatif lain. Rakyat Malaysia bukannya tidak dapat membuat pertimbangan yang wajar. Sesungguhnya, minda rakyat Malaysia adalah yang terbaik. Jangan perkecilkan keupayaan berfikir rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Salam,
W/pon aku tak menyokong kerajaan under AAB, tapi aku tetap setuju dengan tindakan kerajaan (beri amaran) jika betul akhbar sinar harian berat sebelah.

Kepada tok uban, jika nak haram, dah lama surat khabar parti pembangkang diharamkan. Fikir sebelum berkata-kata.


-org ampang

Anonymous said...

Utusan (Penyebar Fikiran Rakyat)
Berita yg dikeluarkan tak banyak yg membela rakyat. Cuma mengiakan apa yg pihak pemerintah keluarkan.

Anonymous said...

aku sokong... nape krjaan xharam surat kabar pmbagkang wlupun tahu ia mmg sokong pmbangkang.. kerajaan beri kebebasan cikit, tapi xbole bebas tanpa had.. n aku sokong akhbar yang ceritakan semua kebaikan dan keburukan kerajaan dan pembangkang