Tuesday, November 4, 2008

KOS SATU PENCALONAN UMNO RM200,000 & RM300,000?


"There are rumours that some divisional leaders had found thousands of ringgit more in their bank accounts despite claiming not to have divulged their account numbers. " - New Straits Times - Sunday, Nov 2, 2008.

TERJEMAHAN

"Terdapat khabar angin mengatakan beberapa ketua bahagian mendapati wang beribu ringgit dimasukkan ke akaun bank mereka walaupun mereka tidak pernah mendedahkan nombor akaun bank mereka kepada sesiapa." - New Straits Times - Ahad, 2 Nov, 2008.

http://www.malaysianbar.org.my/general_opinions/comments/zubaidah_abu_bakar_money_politics_as_an_art_form.html
Politik wang bukan rahsia lagi semasa pemilihan bahagian kali ini. Tidak perlulah Badan Pencegah Rasuah atau Jawatankuasa Disiplin Umno yang diketuai Tengku Ahmad Rithaudeen berpura-pura kononnya sukar mendapat bukti berlakunya rasuah politik di dalam Umno hari ini.

Persoalannya berapakah yang dibelanjakan oleh calon-calon untuk mendapatkan satu pencalonan dari sesuatu bahagian. Ada yang mengatakan perwakilan cawangan dibayar antara RM100 dan RM200 untuk satu pencalonan.

Seperti dilaporkan New Straits Times, ada ketua-ketua bahagian menerima wang menerusi akaun bank masing-masing. Ada yang mendakwa menerima tawaran antara RM10,000 sehingga RM30,000 untuk mencalonkan seseorang untuk salah satu jawatan tinggi dalam Majlis Tertinggi.

Seorang rakan di dalam Umno menganggarkan purata jumlah yang dibelanjakan beberapa calon untuk salah satu jawatan tertinggi (tidak termasuk pencalonan untuk Majlis Tertinggi) untuk satu pencalonan ialah antara RM200,000 dan RM300,000 untuk satu bahagian.

Umno mempunyai 191 bahagian. Kalaulah calon-calon ini membelanjakan RM200,000 untuk satu pencalonan, maka jumlah yang dibelanjakan untuk kesemua bahagian ialah RM38.2 juta.

Dan apakah tindakan pucuk pimpinan Umno? Inilah kenyataan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi mengenai perkara ini.

MT arah perayu undi pulang

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau dan dikenakan tindakan.

Amaran berkenaan merupakan salah satu daripada empat garis panduan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengawal sebarang penyelewengan sepanjang tempoh berkempen menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm&arc=hive

No comments: