Friday, November 28, 2008

ORANG-ORANG PAK LAH HENDAK MENONGKAT LANGIT


SIAPAKAH MEREKA-MEREKA INI?


Rocky's Bru (http://rockybru.com.my/) hari ini menulis mengenai mereka-mereka ini.


Mereka-mereka ialah Ahmad Zaki Zahid, Ketua Unit Dasar Pejabat Pak Lah (salah seorang ahli Tingkat 4 Pejabat Perdana Menteri,






Syed Faisal Albar, bekas CEO New Straits Times yang kini dilantik CEO Pos Malaysia, Che Khalib Mohamed Noh, Ketua Eksekutif yang satu ketika menimbulkan kontroversi apabila lembaga pengarah TNB mencadangkan gaji beliau dinaikkan ke RM100,000 sebulan dari RM50,000 (http://kedahku.blogspot.com/2008/06/gaji-pegawai-tnb.html), Kamal Khalid, pegawai khas Pak Lah dan Azman Mokhtar, orang kuat Khazanah Nasional.
Siapakah mereka-mereka ini. Kecuali Syed Faisal, mereka adalah orang kanan Pak Lah dan Nor Mohamad Yakcop. Syed Faisal semasa di NSTP hanya menjadi orang suruhan Kalimullah Hassan berdasarkan kepada komen-komen yang disiarkan oleh Rocky's Bru dan mungkin jawatan di Pos Malaysia adalah balasan kepada Syed Faisal dari Kalimullah atas kesungguhan beliau menjadi budak suruhan di NSTP. Malahan saudara Rocky pernah mengkritik Syed Faisal apabila akhbar yang dinakhodai Syed Faisal, The Malay Mail, dinodai dengan cerita-cerita seks sehinggakan digantung oleh kerajaan.

Sebenarnya khabar angin mengenai mereka ini sudah lama bertiup. Akhbar Mingguan The Edge hujung minggu lalu menyiarkan berita mengenai kemungkinan Che Khalib berhijrah ke Petronas dan digantikan dengan Ismee Ismail, Ketua Eksekutif Tabung Haji. (http://www.silobreaker.com/View360.aspx?Item=11_220157)(http://www.silobreaker.com/DocumentReader.aspx?Item=5_929055751)
Kalau benarlah khabar-khabar angin yang disebarkan, maka jelas mereka-mereka ini sedang lari berkeliaran untuk menyelamatkan diri masing-masing dengan berpayung kepada GLC-GLC yang besar seperti Petronas, Pos Malaysia, Media Prima, MRCB dan Tenaga Nasional.
Apa hebatnya Che Khalib, Azman Mokhtar, Zaki dan Kamal Khalid?
Zaki dan Kamal adalah orang yang bertanggungjawab kepada kejatuhan Pak Lah. Che Khalib pula amat berjasa kepada Pak Lah. Antaranya sumbangan beliau kepada Scomi Marine (http://web7.bernama.com/maritime/news.php?id=205328&lang=my). Masalah arang batu yang melanda TNB ini angkara siapa?
The Edge menulis seolah-olah pemergian Che Khalib akan meresahkan pemegang saham. Tetapi masalah arang batu ini hasil ciptaan Tenaga Nasional di bawah Che Khalib? Siapa yang membuat keputusan menjual perniagaan arang batu di Indonesia?
Jawapannya Che Khalib dan Tenaga Nasional (http://uk.reuters.com/article/oilRpt/idUKL3039869320070430). Malahan Tenaga Nasional di bawah Che Khalib hanya bergantung kepada kenaikan tarif untuk mencatatkan keuntungan.
Oleh itu adakah perubahan-perubahan yang dilaporkan oleh Rocky's bru akan menjadi realiti? Sebenarnya, terserahlah kepada Najib. Mereka-mereka ini sudah mendapat faedah yang tidak terhingga di bawah kepimpinan Pak Lah.
Cukuplah dengan apa yang ada. Malaysia mempunyai 27 juta rakyat. Lebih ramai lagi orang Melayu yang lebih berkemampuan dari Azman Mokhtar, Syed Faisal, Che Khalid, Kamal dan Zaki untuk mengurus syarikat-syarikat kepunyaan rakyat. Berilah mereka pula peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.

2 comments:

mantra-indeeptots said...

Salam

Persoalan yang mungkin ramai ketahui tetapi masih tidak berjawab;

Kenapa PakLah masih memegang jawatan Pengerusi di Khazanah Berhad?

Apakah kelayakan PakLah sebagai Perdana Menteri, walaupun pengetahuan sebagai ahli ekonomi tiada membenarkan jawatan itu kepadanya?

Jawapannya, para nasihat yang tuan sebutkanlah melayakkan PakLah sebagai Pengerusi di Khazanah.

So, tidak salahkan kita katakan yang PakLah ini tidak lebih dari Gabenor Melaka.

Anonymous said...

Mantra

Pak Lah pegang Khazanah dan Menteri Kewangan bukan nak kukuhkan ekonomi. Pak Lah bukan lulusan ekonomi.

Dia pegang Menteri Kewangan dan Khazanah kerana nak bagi projek kepada anak menantu dia