Sunday, August 31, 2008

ADUN BN DITAHAN BPR!

TAHNIAH KEPAFA BPR. Mengikut laporan akhbar sebentar tadi seorang lagi Adun ditangkap Badan Pencegah Rasuah Negeri Sembilan.

Tidak seperti mana di Perak, akhbar tidak menamakan Adun berkenaan. Jelapang difahamkan Adun berkenaan dari kawasan Parlimen Seremban dan wakil rakyat Barisan Nasional.

Adun berkenaan adalah ahli politik kedua dari kawasan Parlimen Seremban yang ditangkap BPR atas tuduhan rasuah.

Kes pertama melibatkan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, yang disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan. Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang ini.

Hari ini, Adun pula di tahan. Laporan Bernama:

Adun Negeri Sembilan Ditahan BPR
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.


Menurut sumber, Adun berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, Adun berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.

Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.

Sehingga pukul 8.30 malam ini, beliau masih lagi disoal siasat di BPR Seremban.Pengarah Siasatan BPR Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.-- BERNAMA

No comments: