Friday, August 1, 2008

MAMPUKAH ABDULLAH MEMULIHKAN POPULARITINYA SEBELUM PERALIHAN KUASA?

Populariti Perdana Menteri berada di tahap terendah sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center pada dari 4 Julai-14 Julai, 54 peratus rakyat tidak puashati dengan cara Abdullah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

Sementara 58 peratus responden berpendapat Umno gagal memenuhi aspirasi dan kepentingan rakyat.

Rocky’s bru dalam komennya
(http://rockybru.blogspot.com/2008/08/mr-not-so-nice-guy.html) menulis: “Penarafan ini pasti tidak membantu Abdullah dalam mengetuai BN bertarung dalam “Ibu Segala Pilihanraya Kecil” di Permatang Pauh yang akan diadakan di mana Anwar Ibrahim akan mencuba melangkah kaki ke Parlimen. Saya kurang pasti samada tuduhan liwat terhadap Anwar juga menjadi penyebab kepada kejatuhan populariti Abdullah.”

Malaysiakini dalam laporannya menyebut: “Populariti Abdullah berada pada tahap 61 peratus sebelum pilihanraya 8 Mac. Dalam bulan April, ia turun kepada 53 peratus dan sekarang 44
peratus.” (http://www.malaysiakini.com/news/87143)

Keputusan bancian ni pasti menyukarkan BN menawan semula kubu kuat Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Mampukah Abdullah memulihkan imejnya sebelum menyerahkan tampuk pentadbiran kepada Najib Razak?

Abdullah kini mempunyai kurang dua tahun untuk memperbaikki imejnya. Bagaimanapun masa mungkin tidak menyebelahinya. Suasana ekonomi yang tidak selesa dan harapan menggunung rakyat di sertai dengan imej Umno kini akan menyukarkan usaha untuk memulihkan keadaan dan imej beliau.

Isu Anwar juga tidak membantu Abdullah. Kini adalah masa-masa sukar buat Perdana Menteri.

Keputusan Kajian Merdeka Center, sila layari: http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release%20to%20Press.pdf

No comments: