Tuesday, August 26, 2008

ANWAR MENANG, MAJORITI KURANG!

ANWAR MENANG?

Itulah kenyataan pemimpin Keadilan beberapa jam sebelum pengiraan undi dibuat.

“Berdasarkan pada bancian di pondok panas, Anwar sedang mendahului dalam jumlah undi. Saya jangkakan dalam lingkungan 61 peratus (pengundi menyokong Anwar).” – Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah.

http://sg.news.yahoo.com/afp/20080826/twl-malaysia-politics-vote-anwar-results-3848675.html

MAJORITI KEADILAN BERKURANG?
63.75% keluar mengundi sehingga 4 petang
26/08/2008 5:44pm

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos – Sebanyak 63.75 peratus pengundi telah keluar untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih Ahli Parlimen Permatang Pauh di 25 pusat pengundian yang disediakan di sini.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, peratusan itu diperolehi setakat pukul 4 petang ini. – Utusan.

JELAPANG: Sekiranya jumlah peratusan keluar mengundi pada tahap kurang 70 peratus, sekiranya Anwar menang, majoriti pasti kurang dari 10,000 undi.

Pusat mengundi ditutup 5 petang
26/08/2008 5:58pm

BUKIT MERTAJAM 26 Ogos – Semua 25 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditutup pada pukul 5 petang ini.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, sepanjang tempoh mengundi dari 8 pagi hingga 4 petang tadi, sebanyak 63.75 peratus atau 37,035 daripada 58,459 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Jumlah yang keluar mengundi sehingga pukul 5 petang ini sedang dikira,” katanya kepada Bernama.

Kamaruzaman berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian.

Katanya, semua kertas undi sedang dikira di 110 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang.


Keputusan dijangka diketahui di antara 9.30 malam dan 10.30 malam ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi keluar mengundi.

Pilihan raya kecil itu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat, Datuk Arif Shah Omar Shah daripada Barisan Nasional dan Hanafi Mamat daripada Akim. — BERNAMA.

No comments: