SALAH satu komen dalam whatsapp kejiranan berbunyi: "Satu Malaysia kena SCAM dengan Anwar Ibrahim".Apa tidaknya. Sepanjang tempoh berkempen dan sepanjang Anwar menjadi "PM Tepi" macam-macam janji dan cerca dibuat oleh beliau untuk mempengaruhi pengundi mengundi PKR supaya dia dapat menjadi Perdana Menteri.
Perkataan-perkataan seperti "Penyamun" yang ditujukan kepada Najib Razak, Zahidi Hamidi dan Umno sentiasa di mulut beliau, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri menjadi bahan kutukan Anwar.
Kini selepas menjadi Perdana Menteri semua janji itu ditong sampahkan.
Penyamun dilantik TPM, Anwar mengambil portfolio Menteri Kewangan, Menteri Agama didakwa mempunyai masalah moral, Mat Hasssan ada masalah integriti, ada ahli Parlimen yang selama ini rasis dilantik menjadi Menteri.
Apa pun alasan yang diberikan tidak dapat mencuci imej Anwar yang telah menipu rakyat melalui janji-janji beliau.
Rafizi Ramli antara yang kononnya pejuang reformasi antara orang pertama yang bertemu Penyamun di Pan Pacific. Semua sudah tidak ada rasa malu pada rakyat.
Sama juga dengan DAP. Di mana prinsip parti DAP dalam kerjasama dengan penyamun.
Nak muntah tengok muka Anthony Loke.
Berpuluh tahun Lim Kit Siang memperjuangkan dan memperkuatkan DAP dan tidak pernah merasa menjadi Menteri.
Tetapi lain dengan Loke yang nampak jelas "lapar" jawatan Menteri. Tidak ada seorang Melayu akan lupa apa Loke buat semasa kali pertama memegang jawatan Menteri Pegangkutan. Beberapa agensi kerajaan di bawah beliau ditutup menyebabkan anak-anak Melayu tak tidur siang malam. Agaknya apa lagi agensi kerajaan yang akan ditutup oleh Loke kali ini.
Banyak boleh diperkatakan mengenai Kabinet Anwar termasuk seorang Menteri yang ada masalah moral didakwa "tidur telanjang" di rumah seorang isteri orang.
Semua dah boleh di Malaysia ini seperti mana slogan Pakatan "Kita Boleh".
Hanya di Malaysia seorang pemimpin dituduh meliwat, menyalahkangunakan kuasa dan digelar BANDUAN boleh dilantik memegang jawatan paling berkuasa.
Itu lah Malaysia - semua boleh.