Showing posts with label Anthony Loke. Show all posts
Showing posts with label Anthony Loke. Show all posts

Saturday, December 3, 2022

SATU MALAYSIA KENA SCAM DENGAN ANWAR IBRAHIM

 









SALAH satu komen dalam whatsapp kejiranan berbunyi: "Satu Malaysia kena SCAM dengan Anwar Ibrahim".

Apa tidaknya. Sepanjang tempoh berkempen dan sepanjang Anwar menjadi "PM Tepi" macam-macam janji dan cerca dibuat oleh beliau untuk mempengaruhi pengundi mengundi PKR supaya dia dapat menjadi Perdana Menteri.

Perkataan-perkataan seperti "Penyamun" yang ditujukan kepada Najib Razak,  Zahidi Hamidi dan Umno sentiasa di mulut beliau, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri menjadi bahan kutukan Anwar.

Kini selepas menjadi Perdana Menteri semua janji itu ditong sampahkan.

Penyamun dilantik TPM, Anwar mengambil portfolio Menteri Kewangan, Menteri Agama didakwa mempunyai masalah moral, Mat Hasssan ada masalah integriti, ada ahli Parlimen yang selama ini rasis dilantik menjadi Menteri.

Apa pun alasan yang diberikan tidak dapat mencuci imej Anwar yang telah menipu rakyat melalui janji-janji beliau.

Rafizi Ramli antara yang kononnya pejuang reformasi antara orang pertama yang bertemu Penyamun di Pan Pacific. Semua sudah tidak ada rasa malu pada rakyat.

Sama juga dengan DAP. Di mana prinsip parti DAP dalam kerjasama dengan penyamun.

Nak muntah tengok muka Anthony Loke.











Berpuluh tahun Lim Kit Siang memperjuangkan dan memperkuatkan DAP dan tidak pernah merasa menjadi Menteri.

Tetapi lain dengan Loke yang nampak jelas "lapar" jawatan Menteri. Tidak ada seorang Melayu akan lupa apa Loke buat semasa kali pertama memegang jawatan Menteri Pegangkutan. Beberapa agensi kerajaan di bawah beliau ditutup menyebabkan anak-anak Melayu tak tidur siang malam. Agaknya apa lagi agensi kerajaan yang akan ditutup oleh Loke kali ini.

Banyak boleh diperkatakan mengenai Kabinet Anwar termasuk seorang Menteri yang ada masalah moral didakwa "tidur telanjang" di rumah seorang isteri orang.

Semua dah boleh di Malaysia ini seperti mana slogan Pakatan "Kita Boleh".

Hanya di Malaysia seorang pemimpin dituduh meliwat, menyalahkangunakan kuasa dan digelar BANDUAN boleh dilantik memegang jawatan paling berkuasa.

Itu lah Malaysia - semua boleh. 

 

Thursday, April 2, 2020

TONY FERNANDES UNTUNG BUDDY ZAFRUL JADI MENTERI KEWANGAN


HARI ini terkejut baca TONY FERNANDES telah bertemu "buddy' beliau, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, untuk meminta BANTUAN kerajaan untuk menyelamatkan syarikat beliau Air Asia.

Kalau ikut bekas Ahli Parlimen dan blogger Wee Choo Keong, Zafrul ini kawan karib Tony Fernandes, atau dalam bahasa inggeris "BUDDY".



SENANG lah kalau macam itu. Bila SUSAH cari buddy untuk dapatkan duit kerajaan untuk selamatkan syarikat sendiri.

Bila untung, masuk poket sendiri. Mana keuntungan-keuntungan Air Asia dulu? Tak kan dah lesap macam itu saja.

Gunalah duit untung itu untuk selamatkan Air Asia. Kenapa nak perah duit rakyat?

Kepada Zafrul, "we know what you did last summer". Ramai kawan-kawan kat Jakarta MISS you, bro.

Tony Fernandes terkenal liciknya. Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri, Tony Fernandes menjadi antara orang pertama main golf dengan Tan Sri Muhyiddin.

Dengan bekas Menteri Pengangkutan dari DAP pun Tony Fernandes rapat. 


Semasa PRU-14, satu kapalterbang dicat oleh Tony Fernandes untuk bodek Najib Razak.

SEMUGA negara diselamatkan dari menjadi mangsa RAKUS "capitalists".

AirAsia boss Tony Fernandes apologises for appearing to back Najib ...


Vivy Yusof Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Tapi Ramai Netizen ...

VIVY YUSOF diSERANG hebat di dalam sosial media beberapa hari ini. Begitu juga artis-artis yang selama ini menayang KEMEWAHAN mereka dengan beg-beg tangan berjenama, naik kapalterbang kelas ekslusif dan ramai yang pakai Vellfire dan Alphard hitam.

Puncanya bantuan kewangan prihatin yang diumumkan oleh kerajaan.

Tak ada apa yang salah pun diucapkan oleh Vivy dalam membincangkan mengenai keperitan B40 dan M40. Cuma terlalu banyak salah erti dan fitnah yang menyebabkan Vivy diserang.

Ada satu petisyen yang mendesak untuk Vivy melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Tak perlu lah VIvy layan desakan-desakan ini. Kalau RINA HARUN pun buat bodoh saja isu DORAEMON, apalah sangat salah faham mengenai kenyataan Vivy.

Jelapang kagum dengan pencapaian Vivy di dalam lapangan perniagaan. Dari bisnes online kecil-kecilan sehingga ada gudang jualan besar di Pavilion dan KLCC.

Vivy tak menyamun macam sesetengah isteri tertentu. Dia hidup senang hasil penat jerih dengan suami. Kalau dia nak tayang LV, Gucci, kita tumpang seronok sudahlah.

Janji dia tak macam Zizie Izzette dan Rosmah Mansor yang sekarang ini berulang alik ke mahkamah.


Tuesday, November 12, 2019

TAHAP KESELAMATAN PENERBANGAN: ANTHONY LOKE PATUT BERHENTI JADI MENTERI

Image result for tony fernandes menteri pengangkutan loke

TARAF KESELAMATAN PENERBANGAN: Amerika "tendang" Malaysia satu tangga.

Itulah tajuk semalam mengenai taraf keselamatan penerbangan Malaysia semalam.

Apa maksudnya? DCA kenalah beri penerangan sejujurnya apa yang tak kena dengan tahap keselamatan penerbangan Malaysia sehingga Amerika Syarikat meletakkan tahap keselamatan penerbangan negara setaraf Bangladesh.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke kena jelaskan. Jangan asyik sibuk nak tutup agensi kerajaan untuk melihat orang Melayu menganggur.

Dulu bila Loke tutup SPAD, ramai anak Melayu menangis. Sekarang nak tutup MAVCOM. Berapa ramai anak Melayu yang hendak diberhentikan kerajaan?

Kalau kerajaan asyik tutup agensi dan biar rakyat menganggur, baik tak payah jadi kerajaan.

Kita tak mahu menuduh, tetapi jangan lah tindakan seperti mahu menganiaya anak-anak Melayu.

Kalau Loke nak dengar cakap orang besar syarikat penerbangan, baik tak payah jadi Menteri.

Sementara itu, tahap keselamatan penerbangan negara sekarang menjadi KPI Loke.

Kalau tahun depan tak diperbaiki, elok Loke berhenti jadi Menteri. 







PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Aviation Authority – US FAA) turunkan penilaiannya terhadap keselamatan penerbangan Malaysia dari Kategori 1 ke Kategori 2.

Keputusan turun-taraf itu dilapor olehReuters tanpa mendedahkan sumber maklumat dan kini tersebar meluas setelah diulang lapor oleh media antarabangsa.

Apabila bertemu wartawan di Putrajaya malam Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau belum diberitahu tentang tindakan FAA itu.

Penurunan taraf dari Kategori 1 ke Kategori 2 mempunyai implikasi kepada usaha mana-mana syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia yang mempunyai hasrat membuka laluan baharu ke destinasi di bawah pentadbiran FAA.

Ini juga mempunyai implikasi kepada mana mana syarikat penerbangan yang berkongsi kod dengan syarikat penerbangan negara.

Setakat ini, tiada pihak terlibat di Malaysia dilapor membuat sebarang kenyataan.Astro AWANI difahamkan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang menunggu sebarang kenyataan susulan FAA sebelum membuat kenyataan balas.







Menurut pemerhati industri penerbangan, tindakan FAA ini tidak bermaksud pentadbiran dan operasi pesawat berpengkalan di Malaysia adalah tidak selamat. Penurunan taraf ini hanya berdasarkan pendapat pihak FAA tentang tahap kawal-selia industri penerbangan di satu satu negara.

Pihak FAA sendiri tidak kebal dari kritikan ekoran kemalangan melibat pesawat 737 Max yang mengorbankan nyawa Penerbangan Lion Air dan Ethiopian Airways.

Bagi tujuan pernilaian tindakan FAA, Indonesia dan Vietnam dilaporkan berada di Kategori 1.

Sementara itu, Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malasia (Civil Aviation Authority Malaysia – CAAM) Kapt Ahmad Ridzwan Mohd Salleh melalui satu kenyataan malam Isnin menyifatkan tindakan FAA ini bukan cerminan prestasi mana mana syarikat Penerbangan, Lapangan Terbang mahupun Perkhidmatan Trafik Udara di bawal kawal seliaannya.

Tambah Kapt Ahmad Ridzwan, CAAM sudah membuat permintaan pihak FAA membuat pernilaian semula dalam masa 12 bulan bagi tujuan menaik taraf kembali ke Kategori 1. Mengikut CAAM, usaha sedang berjalan untuk tindakan yang bersesuaian untuk tujuan ini.