Saturday, November 23, 2019

ANNUAR MUSA: ANWAR IBRAHIM BUKAN PENYELAMAT NEGARA, TIADA REKOD CEMERLANG




KESEMUA 18 Ahli Parlimen Pas akan MEMPERTAHANKAN Tun Dr Mahathir Mohamad jika ada "pemimpin tertentu" membawa usul undi TIDAK PERCAYA terhadap Tun.

Nampaknya Pas lagi hebat dari pemimpin-pemimpin Bersatu sendiri dalam mempertahankan Tun.

Dah hampir setahun digembar-gemburkan oleh dua tiga orang Ahli Parlimen yang hampir dengan "pemimpin tertentu" dalam Pakatan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Tun.

Katanya selepas sidang terakhir tahun lepas, Tun diberi 90 hari untuk melepaskan jawatan, tetapi 90 hari sudah lepas, tak juga jadi-jadi.

Baru ini tersebar kononnya "pemimpin tertentu" ke istana kononnya mengenai perlantikan beliau sebagai PM, tak juga betul.

Teringat ambo kepada peristiwa 16 September 2008. Ada yang disuruh ke Kelab Sultan Sulaiman dan berpakaian BAJU MELAYU HITAM, kononnya untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Kabinet, sampai sekarang yang pakai baju Melayu hitam itu tak jadi Menteri lagi.

Sebenarnya "pemimpin tertentu" kecut perut nak lawan Tun. Kalau lawan SAH tak jadi PM.

Tunggu lama-lama pun MUNGKIN tak jadi PM.

"Pemimpin tertentu" mungkin gundah gulana menanti hari keramat tersebut.

Apa tidaknya. Parti sendiri pun bergaduh bagaikan nak kiamat. Macam tak ada presiden.

Lagi meresahkan bila terbaca komen-komen parti dalam BN. Antaranya:

1. Annuar Musa: "Peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak memberi kesan terhadap perubahan negara ke arah yang lebih baik. Anwar yang juga presiden PKR tidak mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran melainkan banyak retorik. Dalam soal peralihan kuasa Mahathir terperangkap, bagi kepada Anwar keadaan tidak akan berubah, (Anwar) tidak ada rekod cemerlang, melainkan retorik. Dalam keadaan ekonomi negara hari ini, Mahathir kena tanya pada diri apakah Anwar mampu menjadi penyelamat? Anwar tidak boleh menjadi penyelamat kepada negara." 




2. Naib Presiden Gerakan Baljit Singh: "Nyatakan apa perancangan ekonomi kamu (Anwar Ibrahim) untuk negara?




KITA tunggu jawapan Anwar. Itupun kalau dia ada jawapannya.



REDZUAN PEMUSNAH HARAPAN TUN MAHATHIR

Image

WAJAH PEMUSNAH masadepan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nama jurutera tetapi tak guna akal.


Image result for redzuan kereta terbang

Sementara itu kita cadangkan Redzuan Yusof bawa kereta terbang ini ke tengah-tengah sawah di ALOR GAJAH untuk beliau pandu di sana.

Mungkin di tengah bendang di Melaka, tak termasuk dalam ruang udara kawalan DCA.




Friday, November 22, 2019

REDZUAN YUSOF MENTERI MERAPU & BODOH SOMBONG, MEMALUKAN TUN MAHATHIR

Image result for kereta terbang

MULA ingat melantik Redzuan Yusof, pernah kerja sebagai jurutera tapak Esso, sebagai Menteri satu keputusan yang betul. Rupa-rupanya beliau seorang yang MERAPU dan BODOH SOMBONG.

Entah apa di dalam kepala beliau. Ingat kut kerja dengan Esso dan Petronas dah pandai, rupanya DUNGGU.

Idea KERETA TERBANG ini cukup memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan tetapi Redzuan menampakkan macam tak reti bahasa.

Idea kereta terbang ini amat memalukan kerajaan dan menjadi bahan kejian kepada kerajaan Tun Mahathir.

Elok lah Tun Mahathir ROMBAK Kabinet dan "simpan" Redzuan.

Dah lebih setahun jadi Menteri, tapi kata kawan-kawan, beliau seorang yang bongkak dan BODOH SOMBONG.

Itu belum lagi cerita main golf waktu kerja. 


Thursday, November 21, 2019

NOR SALWANI MUHAMMAD HERO SELAMATKAN NEGARA



INI lah wajah HERO negara - Nor Salwani Muhammad.

Selayaknya Nor Salwani diberi ANUGERAH perkhidmatan cemerlang oleh Ketua Setiausaha Negara.

Atau apa-apa ANUGERAH yang dirasakan sesuai. Mungkin juga TOKOH MAAL HIJRAH.

Ahli-ahli politik perlu baca cerita Nor Salwani ini. Beliau perlu dicontohi oleh semua kakitangan awam.

Kepada ahli politik - be very frightened.

Dibawah ini ialah sumbangan tidak ternilai Nor Salwani kepada negara. 

1) Pegawai simpan laporan asal audit 1MDB walaupun diarah musnahkan
10.15 pagi: Mahkamah diberitahu oleh seorang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) bahawa beliau menyimpan salah satu daripada 60 salinan asal laporan audit 1MDB, di sebalik arahan orang atasannya untuk memusnahkannya.

Nor Salwani Muhammad memberi keterangan bahawa salinan itu, yang mempunyai label watermark '09' dan dikemukakan di mahkamah hari ini, adalah salah satu salinan yang kemudiannya diberikan kepada Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad (gambar) yang dilantik pada tahun 2017.

Salinan itu juga diserahkan kepada SPRM untuk membantu siasatan terhadap dakwaan meminda laporan audit, yang menjadi subjek perbicaraan ini.

"Laporan audit 1MDB watermark 09 sepatutnya dimusnahkan untuk mengelakkan kebocoran maklumat seperti apa yang telah dilaporkan oleh media pada masa itu, dan saya telah diarahkan oleh Tan Sri Ambrin (Buang) untuk mematuhi perintah CGSO (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan) sebagai Akta Rahsia Rasmi.

"Laporan itu (bagaimanapun) disimpan oleh saya untuk diberikan kepada Ketua Audit Negara yang baru. Dengan niat murni, saya telah menyerahkan laporan watermark 09 itu untuk membolehkan Ketua Audit Negara yang baru mendapatkan gambaran menyeluruh tentang penemuan audit oleh pasukan audit (yang menjalankan audit mengenai 1MDB), "kata Salwani.

Menurut beliau, salinan itu juga disimpan sebagai rujukan sekiranya ia diperlukan, kerana lima salinan lain yang telah diedarkan pada 22 Feb 2016 untuk Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan empat yang lain tidak pernah dikembalikan kepada JAN untuk dimusnahkan.

Empat salinan yang lain itu diberikan kepada Ketua Setiausaha Sulit Najib, Shukry Salleh, Ali Hamsa (ketika itu Ketua Setiausaha Negara), Arul Kanda (CEO 1MDB pada masa itu), Ambrin Buang (ketika itu Ketua Audit Negara), dan Dzulkifli Ahmad (ketika itu pegawai di Jabatan Peguam negara).


2) Pegawai JAN selitkan perakam suara ketika mesyuarat sulit bincang audit 1MDB



11.05 pagi: Seorang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) membuat pengakuan menggemparkan di mahkamah, apabila memberi keterangan bahawa beliau menyelitkan perakam suara ketika mesyuarat membincangkan laporan audit 1MDB pada Feb 2016.

Nor Salwani Muhammad memberitahu mahkamah beliau meletakkan perakam suara itu dalam kotak pensil bosnya, Saadatul Nafisah, kerana dia (Salwani) tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Ini dilakukan tanpa pengetahuan Saadatul, kata Salwani.

Salwani berkata beliau berbuat demikian kerana perlu mengambil minit mesyuarat itu kerana ia melibatkan perbincangan mengenai laporan audit 1MDB yang disediakan oleh pasukannya.

Salwani adalah penyelaras pasukan khas Jabatan Audit Negara yang ditugaskan untuk menjalankan audit ke atas dana kekayaan berdaulat 1MDB pada tahun 2015. Beliau berkhidmat di bawah Saadatul yang merupakan ketua pasukan.

Untuk makluman, ini adalah rakaman suara mesyuarat pada 24 Feb 2016 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali Hamsa.

Turut mengambil bahagian dalam mesyuarat itu ialah Ketua Audit Negara pada ketika itu, Ambrin Buang; Saadatul Nafisah; itu Ketua Setiausaha Sulit kepada Najib, Shukry Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, dan pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad.

Tempoh rakaman suara itu adalah selama kira-kira 2 jam dan 45 minit, yang diputarkan di mahkamah semalam.

CIUM MENCIUM DALAM UMNO SELEPAS HILANG KUASA

Image result for tajuddin cium

Image result for tajuddin cium


INI lah jadinya bila sudah hilang KUASA. Sesama kawan pun jadi seteru.

Tetapi tidak mengapa. Ianya boleh diselesaikan dengan "aku cium engkau, kau cium aku."


Wednesday, November 20, 2019

ANWAR DAN DAP DARI KACAMATA HADI AWANG


Image result for anwar ibrahim+dap
Walaupun DAP menonjolkan ke hadapan DS Anwar Ibrahim yang mahu menjadi PM, tetapi sebenarnya merekalah yang mahu mengambil alih kepimpinan negara dan akhirnya melompat menjadi PM, walaupun pihak lain sangat rakus sehingga tidak sabar-sabar menunggu masa yang sesuai menjadi PM. - Abdul Hadi Awang, Nov 19, 2019.


PAS tidak hairan apabila Tun Mahathir menjadi sasaran serangan DAP kerana Tun M seorang Melayu yang tidak lupa dengan sikapnya yang menentang jus soli dahulu. - Abdul Hadi Awang, Nov 20, 2019.


Untuk selamatkan negara, saya lihat Tun M ‘makin tua makin menjadi’, terbukti berpengalaman. Orang lain belum tentu. - Abdul Hadi Awang, Nov 21, 2019.



Tuesday, November 19, 2019

PENDAKWA: SESEN PUN ZAHID TAK BANTU ORANG MISKIN



PENDAKWA: Dari RM31 juta, tak SESEN pun bantu orang MISKIN.

Itu dakwaan yang dibuat terhadap Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno, parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara.

Semuga ahli-ahli Umno dan orang Melayu perlu lihat video di atas.




Monday, November 18, 2019

DR MAHATHIR KENA SABOTAJ DENGAN RAKAN PAKATAN?

Image
PAKATAN Harapan KALAH teruk dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai.

Sebenarnya kekalahan ini sudah diduga, yang tak diduga ialah kekalahan seteruk ini.

Parti-parti komponen Pakatan tidak seperti Umno. Umno mempunyai struktur organisasi yang kukuh - ada ahli, ada cawangan dan ada bahagian.

Parti-parti di dalam Pakatan lebih mengharap kepada sentimen, simpati dan citarasa pengundi.

Tetapi yang berbezanya, dulu Pakatan adalah pembangkang tetapi sekarang Pakatan adalah Kerajaan.

Kerajaan ada kuasa, ada duit. Umno ada duit tetapi sudah hilang kuasa.

Dengan duit dan kuasa, sepatutnya Pakatan lebih kuat dari Umno tetapi nampaknya tanpa kuasa pun Umno tetap dapat menumbangkan Pakatan.

Salah siapa? Salah Tun Dr Mahathir Mohamad?

Selepas kalah di Tanjung Piai, Syed Hussin, orang kuat Anwar Ibrahim, tak sabar nak hentam Tun Mahathir seolah-olah Tun Mahathir seorang sahaja yang harus disalahkan atau dengan kata lain pemimpin PKR tak salah.

Berlumba-lumba Ahli Parlimen menyokong Anwar menghentam Dr Mahathir seolah-olah kekalahan di Tanjung Piai BERITA GEMBIRA buat mereka.

Ianya seolah-olah bila kalah, Dr Mahathir kena tanggung seorang.

Bila fikir-fikir balik, nampak macam Dr Mahathir kena SABOTAJ dari dalam.

Mana Anwar, presiden PKR? Mana Guan Eng? Mana Mat Sabu?

Beberapa bulan ini ramai dalam Pakatan tembak Tun Mahathir termasuk DAP. P. Ramasamy membuat kenyataan politik yang menyusahkan Dr Mahathir tetapi DAP berdiam diri.

Kita harap pihak berkuasa menyiasat P.Ramasamy mengenai kaitan beliau dengan LTTE. Kalau Exco Kerajaan Melaka boleh ditangkap, kenapa Ramasamy tidak ditangkap?

Antara sebab Pakatan kalah teruk ialah prestasi Menteri-Menteri Kabinet.

Antaranya Menteri dari PKR. Apa Wan Azizah buat selama ini? Cuba Wan Azizah cermin diri? Bandingkan prestasi kerja beliau dengan Shahrizat Jalil yang jaga Kementerian Wanita?

Apa Saifuddin Nasution, orang kuat Anwar buat? Dah turun ke harga barang? Atau Saifuddin setakat boleh berlagak jadi Menteri? Cuba Saifuddin cermin diri dan bandingkan pretasi beliau dengan Shafie Apdal semasa Shafie menjaga kepentingan pengguna.

Apa Gobind Singh buat? Kementerian Penerangan adalah satu kementerian yang amat penting untuk menyakinkan rakyat kepada Kerajaan. Cuba Gobind tengok cermin dan bandingkan diri beliau dengan Allahyarham Mohamed Rahmat dan Kadir Sheikh Fadzir.

Salahuddin Ayob meletakkan kekalahan di Tanjung Piai antaranya kelemahan perang media dan media sosial.

Siapa jaga media Pakatan? A.Kadir Jasin?

Jika Kadir yang jaga, lebih baik Dr Mahathir pecat Kadir atau Kadir letak jawatan.

Kadir media zaman 70an. Apa yang dia tahu mengenai sosial media.

Bagaimana media arus perdana?

Teringat Jelapang kepada TV3 yang menSABOTAJ Pakatan dengan menyiarkan temuramah Timbalan Menteri dalam bahasa Mandarin.

Akhbar? Entah apa yang mereka tuliskan. Media cetak ini sokong siapa sebenarnya.

Kepada Tun Mahathir, fikirlah hal rakyat juga.

Jangan fikir kepada siapa nak jual Plus, nak bagi kepada Abu Shahid atau tak nak jual.

Fikir hal rakyat. Kalau subsidi petrol nak dihapuskan kepada M40, apa sumbangan kerajaan kepada rakyat?

Ianya bermaksud kerajaan tak perlu undi M40. Tak kan itu pun Tun Mahathir tak boleh fikir.

Kekalahan Tanjung Piai baik untuk Pakatan dan Tun Mahathir. Kalau tidak, tak akan sedar diri.

Mengenai kekalahan di Tanjung Piai, Jelapang hanya nak cakap: PADAN MUKA HAMPA.

Wednesday, November 13, 2019

HISHAMMUDDIN TENGAH RANCANG APA?

Image

Image

Image result for hishammuddin hussein ahli parlimen
Image result for hishammuddin hussein ahli parlimen


Image result for hishammuddin hussein ahli parlimen


Image result for hishammuddin hussein ahli parlimen

KERAP betul bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein "bermesra" dengan Ahli-Ahli Parlimen Umno.

Kalau tengok kepada yang hadir, majoriti muka yang sama.

Tak pula nampak Zahid Hamidi atau Najib Razak bertemu mereka-mereka ini.

Apa agaknya yang dibincang atau diRANCANG oleh kumpulan ini?

Mungkin agaknya muak dengan kepimpinan Umno - asyik muka lama saja.

Kalau bukan Najib, Zahid. Bila ada saja muka baru nak naik macam Khairy Jamaluddin dan Mohamed Hasan, di boikot pula katanya.




Tuesday, November 12, 2019

PENASIHAT NAJIB RAZAK PAUL STADLEN BERSEMBUNYI DI NEGARA ZIONIS YAHUDI?

Image result for paul stadlen
Image result for paul stadlen SARAWAK report
Image result for paul stadlen SARAWAK report

BUDAK mata biru (blue-eyed boy atau budak kesayangan Najib Razak), Paul Stadlen, dilaporkan melarikan diri ke negara Yahudi, Israel, untuk mengelak dari ditangkap oleh polis United Kingdom.

Itulah nasib Najib dan Rosmah Mansor. Orang kuat ramai dah lari lintang pukang.

Ramai juga tertanya-tanya mana pergi Farid Ridzuan, Khairil Annas dan Khairun Aseh?

Semasa Najib hadir di mahkamah dua hari lepas untuk mendengar keputusan mahkamah membela diri, tercari-cari juga muka dia orang.

Tak kan lah mereka ini berkawan masa senang, masa susah tinggalkan Najib?

Kepada yang lupa siapa Paul Stadlen yang begitu berpengaruh sebelum Najib tersungkur, boleh baca di link ini:  


http://www.sarawakreport.org/2015/02/too-much-partying-by-najibs-pr-guru-paul-stadlen/

TAHAP KESELAMATAN PENERBANGAN: ANTHONY LOKE PATUT BERHENTI JADI MENTERI

Image result for tony fernandes menteri pengangkutan loke

TARAF KESELAMATAN PENERBANGAN: Amerika "tendang" Malaysia satu tangga.

Itulah tajuk semalam mengenai taraf keselamatan penerbangan Malaysia semalam.

Apa maksudnya? DCA kenalah beri penerangan sejujurnya apa yang tak kena dengan tahap keselamatan penerbangan Malaysia sehingga Amerika Syarikat meletakkan tahap keselamatan penerbangan negara setaraf Bangladesh.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke kena jelaskan. Jangan asyik sibuk nak tutup agensi kerajaan untuk melihat orang Melayu menganggur.

Dulu bila Loke tutup SPAD, ramai anak Melayu menangis. Sekarang nak tutup MAVCOM. Berapa ramai anak Melayu yang hendak diberhentikan kerajaan?

Kalau kerajaan asyik tutup agensi dan biar rakyat menganggur, baik tak payah jadi kerajaan.

Kita tak mahu menuduh, tetapi jangan lah tindakan seperti mahu menganiaya anak-anak Melayu.

Kalau Loke nak dengar cakap orang besar syarikat penerbangan, baik tak payah jadi Menteri.

Sementara itu, tahap keselamatan penerbangan negara sekarang menjadi KPI Loke.

Kalau tahun depan tak diperbaiki, elok Loke berhenti jadi Menteri. 







PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Aviation Authority – US FAA) turunkan penilaiannya terhadap keselamatan penerbangan Malaysia dari Kategori 1 ke Kategori 2.

Keputusan turun-taraf itu dilapor olehReuters tanpa mendedahkan sumber maklumat dan kini tersebar meluas setelah diulang lapor oleh media antarabangsa.

Apabila bertemu wartawan di Putrajaya malam Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau belum diberitahu tentang tindakan FAA itu.

Penurunan taraf dari Kategori 1 ke Kategori 2 mempunyai implikasi kepada usaha mana-mana syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia yang mempunyai hasrat membuka laluan baharu ke destinasi di bawah pentadbiran FAA.

Ini juga mempunyai implikasi kepada mana mana syarikat penerbangan yang berkongsi kod dengan syarikat penerbangan negara.

Setakat ini, tiada pihak terlibat di Malaysia dilapor membuat sebarang kenyataan.Astro AWANI difahamkan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang menunggu sebarang kenyataan susulan FAA sebelum membuat kenyataan balas.







Menurut pemerhati industri penerbangan, tindakan FAA ini tidak bermaksud pentadbiran dan operasi pesawat berpengkalan di Malaysia adalah tidak selamat. Penurunan taraf ini hanya berdasarkan pendapat pihak FAA tentang tahap kawal-selia industri penerbangan di satu satu negara.

Pihak FAA sendiri tidak kebal dari kritikan ekoran kemalangan melibat pesawat 737 Max yang mengorbankan nyawa Penerbangan Lion Air dan Ethiopian Airways.

Bagi tujuan pernilaian tindakan FAA, Indonesia dan Vietnam dilaporkan berada di Kategori 1.

Sementara itu, Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malasia (Civil Aviation Authority Malaysia – CAAM) Kapt Ahmad Ridzwan Mohd Salleh melalui satu kenyataan malam Isnin menyifatkan tindakan FAA ini bukan cerminan prestasi mana mana syarikat Penerbangan, Lapangan Terbang mahupun Perkhidmatan Trafik Udara di bawal kawal seliaannya.

Tambah Kapt Ahmad Ridzwan, CAAM sudah membuat permintaan pihak FAA membuat pernilaian semula dalam masa 12 bulan bagi tujuan menaik taraf kembali ke Kategori 1. Mengikut CAAM, usaha sedang berjalan untuk tindakan yang bersesuaian untuk tujuan ini.

Monday, November 11, 2019

NAJIB DIARAH BELA DIRI

Image result for najib jho low kapal

HARI ini kita dapat BERITA baik.

Najib Razak diarahkan MEMBELA diri atas tuduhan rasuah dan pecah amanah melibatkan RM42 juta.

3 Disember ini dapatlah kita tonton kepintaran Najib mempertahankan diri untuk mengelak dari menjadi penghuni PENJARA.

Rakyat tidak sabar menanti hari bersejarah ini.

Mungkin keterangan Najib nanti menjadi penghibur sebelum tirai 2019 dilabuhkan.





MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membela diri atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.

"Najib mempunyai kepentingan dan kawalan penuh dalam SRC International. Najib menyebabkan RM42 juta dimasukkan ke dalam akaunnya bagi kepuasan dirinya sendiri.

"Selepas meneliti semua bukti, keterangan, dokumen dan hujah, saya memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie. Oleh itu tertuduh perlu membela diri atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya," katanya.

Najib yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memilih untuk membela diri secara keterangan bersumpah.

Pasukan pendakwaan hadir dan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Mahkamah sebelum ini sudah menetapkan 10 hari bermula 3 Disember depan untuk Najib membela diri.

Tuesday, October 29, 2019

ZAHID MAKIN LEMBUT

Image

INGAT kut dah ada perubahan di dalam Umno, rupanya tidak.

Dulu-dulu (sebelum kalah PRU) kisah bantah calon ini perkara biasa, tetapi rupanya zaman kalah pun sama saja.

Nampak macam tak hormat Presiden parti Zahid Hamidi pun ada.

Kalau beginilah caranya, PRU-15 pun akan sama saja masalahnya. Akan ada bahagian Umno demo tak mau Pas ambil kerusi mereka, dan lebih malang akan ada protes tak mau MIC dan MIC bertanding di kerusi mereka.

Maka ke laut lah Piagam Maufakat Nasional.

Pakatan Harapan sudah umum calon mereka begitu juga Gerakan.

Yang belum umum ialah Barisan Nasional. Macam ada masalah besar pula dalam BN sekarang.

Kata Zahid, kononnya, ada orang tak mahu dia umum lagi calon BN.

Pelik. Tak kan ada yang lebih berkuasa dari Zahid dalam Umno dan BN?

Tapi Zahid memang pelik akhir-akhir ini.

Bila Umno Titiwangsa komplen mengenai pengkhianat dalam parti, Zahid suruh Ketua Bahagian pecat mereka-mereka ini.

Kenapa Zahid sebagai Presiden tak pecat mereka ini? Atau Zahid takut nak pecat mereka? Atau Zahid tak mau "kotor tangan"?

Untuk kerusi Tanjung Piai ini, kalau calonnya bukan dari MCA, lebih baik Wee Ka Siong letak jawatan sebagai Presiden MCA.

Kalau nak pertahankan satu kerusi MCA pun tak mampu, tak ada gunanya Wee jadi Presiden MCA.

Kerusi Tanjung Piai ini kerusi PASTI BN menang. Tak kan MCA tak nak tambah kerusi untuk tebus imej buruk MCA?

Tuesday, October 22, 2019

BILA ORANG "ALIM" URUS YAYASAN

Image result for nasharudin mat isa

HARI ini bekas Timbalan Presiden Pas yang juga lulusan Universiti Jordan (dalam bidang Bahasa Arab) dan Lulusan Undang-undang Syariah (UIA) didakwa PECAH AMANAH dan PENGUBAHAN WANG HARAM di mahkamah.

Antara tuduhannya:

* guna duit Yayasan Nassar yang dipengerusikan oleh beliau sekurangnya RM20,000 sebulan.

* bayar katering kenduri ANAK - RM51,000

* bayar tusyen anak lelaki di KDU RM25,756

*PINJAMKAN RM34,000 kepada anak perempuan

* masukkan RM26,000 duit yayasan ke akaun sendiri.





https://www.malaysiakini.com/news/496953

Thursday, October 17, 2019

KEHIDUPAN BAHAGIA KETUA-KETUA MELAYU DALAM GLC

Image result for government linked companies

TAK berapa hari lagi akan terbit sebuah buku mengenai "KEHIDUPAN BAHAGIA" Melayu-Melayu yang mengepalai syarikat-syarikat milik kerajaan.

Katanya buku tersebut akan mendedahkan "kehidupan ketua-ketua" GLC yang mendapat gaji dan bonus lumayan.

Katanya juga ada yang pencen dihadiahkan kereta bernilai RM250,000.

Marilah kita sama-sama beli buku ini. 

Tak mahal pun. RM25 saja. 


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/10/17/bigwigs-in-govt-linked-entities-raking-in-big-bucks-reveals-new-book/

Friday, October 4, 2019

ANWAR IBRAHIM TAK DIJEMPUT KE KONGRES MARUAH MELAYU?



UMNO dijemput, Pas dijemput dan mereka akan hadir di Kongres Maruah Melayu esok untuk mendengar AMANAT Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang peliknya, bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang akan ambil jawatan Tun Mahathir MEI ini, tak dijemput.

Nampak macam orang tak peduli Anwar ini, macam tak penting pula. 

Kalau penting, tak kan tak dijemput?


Thursday, September 26, 2019

MUFTI PERLIS MINTA TUN MAHATHIR JANGAN PILIH PENGGANTI YANG RAKUS

Image result for anwar ibrahim india

"Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.
9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.
10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri. – MalaysiaGazette
Penulis adalah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin

JELAPANG: Apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri? Adakah Asri merasakan Anwar Ibrahim tak layak menjadi Perdana Menteri? 




YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini. Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya.

Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salah guna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampuk kuasa menggembirakan ramai rakyat jelata. Malangnya, dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat.

Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu. Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian;

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. 

Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerana tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi kha;ifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerana dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.
Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan pelantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:
“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.
Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri. – MalaysiaGazette

Penulis adalah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin


https://malaysiagazette.com/2019/09/26/tun-pandanglah-redha-allah-dalam-mencari-pengganti-mufti-perlis/

Thursday, September 19, 2019

ANWAR IBRAHIM ISTIHAR JADI PM MEI 2020

Image result for anwar ibrahim india




KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Dalam satu temubual bersama Bloomberg, Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

“Ada kesefahaman bahawa ianya akan berlaku sekitar waktu itu, tetapi saya fikir saya tak perlu terlampau cerewet bulan berapa,” katanya.

Anwar menambah, kesefahaman yang telah dipersetujui secara konsensus adalah Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan jawatan dan beliau akan mengambil alih selaku Perdana Menteri ke-8.

Sebelum ini, sebagai sebahagian persetujuan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mei 2018, Dr Mahathir memberikan komitmen bahawa beliau akan memegang jawatan nombor satu negara itu hanya sekitar dua tahun.

Tuesday, September 17, 2019

PAS BERKERJASAMA DENGAN UMNO KERANA TERMAKAN "BUDI" PEMIMPIN UMNO?

Image

MAKA berpeluk-pelukan lah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno dengan rakan baru mereka - pemimpin dan ahli Pas yang pernah mengkafirkan mereka.

Kalau dulu ahli Pas rasa jelek untuk memijak kaki ke PWTC, kali ini ada pemimpin Pas rasa berterima kasih kepada Umno kerana "membenarkan" mereka memijak kaki rumah keramat Umno itu.

Maka pemimpin kedua-dua parti memilih perkataan PIAGAM bagi mengambarkan betapa murninya perjanjian mereka seolah-olah mahu mengambarkan betapa besarnya perjanjian tersebut seperti Piagam Madinah, Piagam Hudaibiyah dan Piagam Aelia.

Image

NIAT Umno dan Pas tidak lain dan tidak bukan ialah mahu memerintah negara dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Apa tidaknya, Pas berjuang berkurun-kurun dan masih belum memerintah negara.

Parti Amanah yang baru setahun jagung pun sudah memerintah negara.

Umno pula tiba-tiba hilang kuasa untuk memberi kontrak kepada kawan-kawan sementara pemimpin Umno pula hilang kuasa untuk mengautkan kekayaan negara.

Tok-tok Lebai di dalam Pas pula setakat bergantung dari derma-derma orang miskin yang ditipu Pas kononnya mereka berjuang untuk Islam.

Ramai antara mereka mempunyai latar belakang agama. Hampir setiap minggu membaca macam-macam kitab, macam hukum Tok Lebai Pas turunkan kepada pengikut mereka.

Tapi bila bab negara disamun oleh pemimpin Umno, Pas membisu.

Ribuan peneroka Felda jatuh miskin kerana kerakusan pemimpin Umno. Agensi kerajaan yang mana yang tidak diHANCURkan oleh pemimpin Umno - Tabung Haji, Felcra, Mara? Namakan saja ...

Betapa besarnya DOSA pemimpin-pemimpin Umno terutamanya Najib Razak dan Zahid Hamidi tetapi pemimpin Pas tak peduli semua ini seolah-olah rasuah itu halal.

Sepatutnya Pas sebelum menandatangani piagam tersebut mendesak Umno bahawa mereka hanya mahu berkerjasama dengan Umno yang dipimpin oleh pemimpin yang BERSIH dan TIDAK RASUAH dan bukannya muka-muka yang diselaputi dengan rasuah.

Atau mungkin juga Pas terpaksa berkerjasama kerana banyak TERMAKAN "BUDI" Umno dan pemimpin-pemimpin mereka?