Thursday, November 21, 2019

NOR SALWANI MUHAMMAD HERO SELAMATKAN NEGARA



INI lah wajah HERO negara - Nor Salwani Muhammad.

Selayaknya Nor Salwani diberi ANUGERAH perkhidmatan cemerlang oleh Ketua Setiausaha Negara.

Atau apa-apa ANUGERAH yang dirasakan sesuai. Mungkin juga TOKOH MAAL HIJRAH.

Ahli-ahli politik perlu baca cerita Nor Salwani ini. Beliau perlu dicontohi oleh semua kakitangan awam.

Kepada ahli politik - be very frightened.

Dibawah ini ialah sumbangan tidak ternilai Nor Salwani kepada negara. 

1) Pegawai simpan laporan asal audit 1MDB walaupun diarah musnahkan
10.15 pagi: Mahkamah diberitahu oleh seorang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) bahawa beliau menyimpan salah satu daripada 60 salinan asal laporan audit 1MDB, di sebalik arahan orang atasannya untuk memusnahkannya.

Nor Salwani Muhammad memberi keterangan bahawa salinan itu, yang mempunyai label watermark '09' dan dikemukakan di mahkamah hari ini, adalah salah satu salinan yang kemudiannya diberikan kepada Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad (gambar) yang dilantik pada tahun 2017.

Salinan itu juga diserahkan kepada SPRM untuk membantu siasatan terhadap dakwaan meminda laporan audit, yang menjadi subjek perbicaraan ini.

"Laporan audit 1MDB watermark 09 sepatutnya dimusnahkan untuk mengelakkan kebocoran maklumat seperti apa yang telah dilaporkan oleh media pada masa itu, dan saya telah diarahkan oleh Tan Sri Ambrin (Buang) untuk mematuhi perintah CGSO (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan) sebagai Akta Rahsia Rasmi.

"Laporan itu (bagaimanapun) disimpan oleh saya untuk diberikan kepada Ketua Audit Negara yang baru. Dengan niat murni, saya telah menyerahkan laporan watermark 09 itu untuk membolehkan Ketua Audit Negara yang baru mendapatkan gambaran menyeluruh tentang penemuan audit oleh pasukan audit (yang menjalankan audit mengenai 1MDB), "kata Salwani.

Menurut beliau, salinan itu juga disimpan sebagai rujukan sekiranya ia diperlukan, kerana lima salinan lain yang telah diedarkan pada 22 Feb 2016 untuk Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan empat yang lain tidak pernah dikembalikan kepada JAN untuk dimusnahkan.

Empat salinan yang lain itu diberikan kepada Ketua Setiausaha Sulit Najib, Shukry Salleh, Ali Hamsa (ketika itu Ketua Setiausaha Negara), Arul Kanda (CEO 1MDB pada masa itu), Ambrin Buang (ketika itu Ketua Audit Negara), dan Dzulkifli Ahmad (ketika itu pegawai di Jabatan Peguam negara).


2) Pegawai JAN selitkan perakam suara ketika mesyuarat sulit bincang audit 1MDB



11.05 pagi: Seorang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) membuat pengakuan menggemparkan di mahkamah, apabila memberi keterangan bahawa beliau menyelitkan perakam suara ketika mesyuarat membincangkan laporan audit 1MDB pada Feb 2016.

Nor Salwani Muhammad memberitahu mahkamah beliau meletakkan perakam suara itu dalam kotak pensil bosnya, Saadatul Nafisah, kerana dia (Salwani) tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Ini dilakukan tanpa pengetahuan Saadatul, kata Salwani.

Salwani berkata beliau berbuat demikian kerana perlu mengambil minit mesyuarat itu kerana ia melibatkan perbincangan mengenai laporan audit 1MDB yang disediakan oleh pasukannya.

Salwani adalah penyelaras pasukan khas Jabatan Audit Negara yang ditugaskan untuk menjalankan audit ke atas dana kekayaan berdaulat 1MDB pada tahun 2015. Beliau berkhidmat di bawah Saadatul yang merupakan ketua pasukan.

Untuk makluman, ini adalah rakaman suara mesyuarat pada 24 Feb 2016 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali Hamsa.

Turut mengambil bahagian dalam mesyuarat itu ialah Ketua Audit Negara pada ketika itu, Ambrin Buang; Saadatul Nafisah; itu Ketua Setiausaha Sulit kepada Najib, Shukry Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, dan pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad.

Tempoh rakaman suara itu adalah selama kira-kira 2 jam dan 45 minit, yang diputarkan di mahkamah semalam.

No comments: