HARI ini kita dapat BERITA baik.
Najib Razak diarahkan MEMBELA diri atas tuduhan rasuah dan pecah amanah melibatkan RM42 juta.
3 Disember ini dapatlah kita tonton kepintaran Najib mempertahankan diri untuk mengelak dari menjadi penghuni PENJARA.
Rakyat tidak sabar menanti hari bersejarah ini.
Mungkin keterangan Najib nanti menjadi penghibur sebelum tirai 2019 dilabuhkan.
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membela diri atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.
"Najib mempunyai kepentingan dan kawalan penuh dalam SRC International. Najib menyebabkan RM42 juta dimasukkan ke dalam akaunnya bagi kepuasan dirinya sendiri.
"Selepas meneliti semua bukti, keterangan, dokumen dan hujah, saya memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie. Oleh itu tertuduh perlu membela diri atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya," katanya.
Najib yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memilih untuk membela diri secara keterangan bersumpah.
Pasukan pendakwaan hadir dan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah sebelum ini sudah menetapkan 10 hari bermula 3 Disember depan untuk Najib membela diri.
No comments:
Post a Comment