Thursday, September 19, 2019

ANWAR IBRAHIM ISTIHAR JADI PM MEI 2020

Image result for anwar ibrahim india




KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Dalam satu temubual bersama Bloomberg, Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

“Ada kesefahaman bahawa ianya akan berlaku sekitar waktu itu, tetapi saya fikir saya tak perlu terlampau cerewet bulan berapa,” katanya.

Anwar menambah, kesefahaman yang telah dipersetujui secara konsensus adalah Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan jawatan dan beliau akan mengambil alih selaku Perdana Menteri ke-8.

Sebelum ini, sebagai sebahagian persetujuan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mei 2018, Dr Mahathir memberikan komitmen bahawa beliau akan memegang jawatan nombor satu negara itu hanya sekitar dua tahun.

1 comment:

Anonymous said...

Harap la lepas jadi PM nanti, Non akan siasat Kutty satu keluarga tanpa tertinggal, kisah2 bail out anak2nya dimasa lampau.

Siasat juga kroni2 dan taukeh2 cina tegar disekelilingnya!

InsyaAllah tahun hadapan 2020!

Perhebatkan kempen #BMF!