Tuesday, September 17, 2019

PAS BERKERJASAMA DENGAN UMNO KERANA TERMAKAN "BUDI" PEMIMPIN UMNO?

Image

MAKA berpeluk-pelukan lah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno dengan rakan baru mereka - pemimpin dan ahli Pas yang pernah mengkafirkan mereka.

Kalau dulu ahli Pas rasa jelek untuk memijak kaki ke PWTC, kali ini ada pemimpin Pas rasa berterima kasih kepada Umno kerana "membenarkan" mereka memijak kaki rumah keramat Umno itu.

Maka pemimpin kedua-dua parti memilih perkataan PIAGAM bagi mengambarkan betapa murninya perjanjian mereka seolah-olah mahu mengambarkan betapa besarnya perjanjian tersebut seperti Piagam Madinah, Piagam Hudaibiyah dan Piagam Aelia.

Image

NIAT Umno dan Pas tidak lain dan tidak bukan ialah mahu memerintah negara dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Apa tidaknya, Pas berjuang berkurun-kurun dan masih belum memerintah negara.

Parti Amanah yang baru setahun jagung pun sudah memerintah negara.

Umno pula tiba-tiba hilang kuasa untuk memberi kontrak kepada kawan-kawan sementara pemimpin Umno pula hilang kuasa untuk mengautkan kekayaan negara.

Tok-tok Lebai di dalam Pas pula setakat bergantung dari derma-derma orang miskin yang ditipu Pas kononnya mereka berjuang untuk Islam.

Ramai antara mereka mempunyai latar belakang agama. Hampir setiap minggu membaca macam-macam kitab, macam hukum Tok Lebai Pas turunkan kepada pengikut mereka.

Tapi bila bab negara disamun oleh pemimpin Umno, Pas membisu.

Ribuan peneroka Felda jatuh miskin kerana kerakusan pemimpin Umno. Agensi kerajaan yang mana yang tidak diHANCURkan oleh pemimpin Umno - Tabung Haji, Felcra, Mara? Namakan saja ...

Betapa besarnya DOSA pemimpin-pemimpin Umno terutamanya Najib Razak dan Zahid Hamidi tetapi pemimpin Pas tak peduli semua ini seolah-olah rasuah itu halal.

Sepatutnya Pas sebelum menandatangani piagam tersebut mendesak Umno bahawa mereka hanya mahu berkerjasama dengan Umno yang dipimpin oleh pemimpin yang BERSIH dan TIDAK RASUAH dan bukannya muka-muka yang diselaputi dengan rasuah.

Atau mungkin juga Pas terpaksa berkerjasama kerana banyak TERMAKAN "BUDI" Umno dan pemimpin-pemimpin mereka? 



2 comments:

Anonymous said...

Lantak kat depa la nak buat ape? Hang jaga periuk nasik sendiri dah bagus dah tu..

Anonymous said...

Takut ke dgn penyatuan melayu?..