Tuesday, April 29, 2014

FERI KARAM: GILIRAN PRESIDEN KOREA MEMINTA MAAF


Seoul - Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memohon maaf di atas kejadian feri karam yang berlaku baru-baru di Korea Selatan sambil berkata kerajaan gagal menghalang bencana dari berlaku.
"Saya minta maaf kepada rakyat dan berasa sedih terhadap kehilangan banyak nyawa yang berharga," lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan Park semasa mesyuarat Kabinet bersiaran di televisyen kebangsaan.
"Bagaimana harus saya meminta maaf akibat kegagalan mencegah kejadian itu dan maklum balas awal yang tidak mencukupi bagi menenangkan perasaan dan penderitaan (saudara-mara mangsa) walaupun untuk seketika?" katanya.
Park juga berjanji untuk membentuk sebuah agensi kerajaan bagi menangani bencana berskala besar pada masa akan datang.
Dalam kejadian itu, feri Sewol yang membawa 476 orang tenggelam di luar kawasan persisiran Korea Selatan pada 16 April lalu.
187 angka kematian telah disahkan. (Bernama)

Monday, April 28, 2014

KEGHAIRAHAN KEDATANGAN OBAMA TAK KEKAL LAMA



24 JAM sebelum Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba, kegembiraan kita bukan calang-calang.

Riuh rendah kita mencanang akan kehadiran Presiden kuasa besar ini kerana kali terakhir Presiden Amerika Syarikat sudi melawat negara ialah pada 1966 dan lawatan tersebut kita peringati dengan menamakan sebuah perkampungan Felda di Negeri Sembilan sebagai Felda LB Johnson sempena lawatan Presiden Lyndon Baines Johnson.

48 tahun dari sekarang (tahun 2062), generasi ketika itu akan tertanya-tanya bagaimana satu tempat di Cyberjaya diberi nama "Obama Oval" dan generasi ketika itu akan mengenang tarikh 26-28 April 2014 sebagai detik di mana Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah melawat Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh Presiden Johnson.

Obama diberi sambutan cukup hebat. Memang sesuai sambutan diberi begitu meriah kepada Presiden negara demokrasi paling berkuasa di dunia.

Malangnya di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, tiada seorang Presiden Amerika Syarikat pun sudi melawat Malaysia kerana sikap dan keberanian Dr Mahathir menyanggah Amerika Syarikat sehingga negara-negara membangun di Timur Tengah dan Afrika amat menyanjung Malaysia kerana keberanian bersuara dan mengkritik pentadbiran Washington.

Dr Mahathir tidak pernah tunduk dan sanggup mengkritik Amerika Syarikat walaupun ketika berdepan dengan Presiden mereka.

Itulah sebabnya, bagi Dr Mahathir, lawatan Obama "tiada beza dengan pemimpin dunia yang lain".

Kata Dr Mahathir: "Manfaatnya macam pemimpin-pemimpin lain juga. Baru-baru ini Presiden China... Kita seronoklah orang datang. Tak ada beza. Saya harap tak ada paksaan. Nak datang, datanglah. Kita negara kecil. Kalau orang besar datang, kita rasa kecil. Jadi, apabila kita takut dengan orang, kita tandatangan. Kitalah yang akan mengalami kerugian."

Itu pandangan peribadi Dr Mahathir.

Obama datang di zaman Najib Razak. Pandangan Najib terhadap Amerika Syarikat tidak semestinya sama dengan pandangan Dr Mahathir. Lain pemimpin, lain caranya.

Kita begitu teruja dengan kedatangan Obama sehinggakan dia makan gulai ikan patin pun kita dah rasa syok.

Rupa-rupanya kita syok 24 jam saja.

Apabila Obama memberi sedikit pandangan mengenai tahap demokrasi negara kita, tak berapa jam Obama terbang ke Manila, kita dah melenting.

Naib Presiden Umno 1, Ahmad Zahid Hamidi, menyelar Obama kerana kenyataan beliau bahawa "Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur."

Sebenarnya apa yang peliknya dengan kenyataan Obama. Sebelum kita menjemput beliau ke sini pun, kita sudah dapat meneka apa kenyataan yang akan beliau buat di Malaysia.

Seperti kata Tun Dr Mahathir. Kalau negara besar datang, kita akan rasa kecil. 

Kalau kita sanggup menghampar permaidani merah menyambut Obama, kita kenalah sanggup mendengar teguran seperti itu walau pun memedihkan telinga.

Kerana kita yang ghairah mahukan Presiden Amerika Syarikat memijak bumi kita ini.

Sunday, April 27, 2014

PERDANA MENTERI KOREA LETAK JAWATAN INSIDEN FERI KARAM. DI MALAYSIA?


PERDANA Menteri Korea Selatan Chung Hong-won hari ini mengumumkan meletakkan jawatan berikutan operasi menyelamat dalam insiden feri karam di Korea Selatan dikatakan terlalu perlahan.

Jung merasakan beliau bertanggungjawab di atas kegagalan ini yang menyebabkan kematian sudah mencecah 187 orang dan 115 masih lagi hilang. Tahniah kepada pemimpin Korea ini.

Kata Chung: "Sepanjang proses mencari dan menyelamat, Kerajaan TIDAK mengambil tindakan yang mencukupi dan ini telah mengecewakan orangramai. SAYA SEHARUSNYA MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB DALAM HAL INI SEBAGAI PERDANA MENTERI. BAGAIMANAPUN, ITU SAHAJA YANG DAPAT DILAKUKAN OLEH KERAJAAN. OLEH ITU SAYA AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI".
http://edition.cnn.com/2014/04/26/world/asia/south-korea-ship-sinking/

Itu di Korea Selatan, BUKAN MALAYSIA. Di Korea Selatan, perasaan malu dan rasa bertanggungjawab adalah satu nilai maruah yang terlalu tinggi.

Di Malaysia, kehilangan pesawat MAS MH370 sudah masuk hari ke 51. Kita akan kecewa sekiranya kita mengharapkan pihak tertentu meletakkan jawatan terutamanya ahli politik.

Malahan pada peringkat awal pesawat ini hilang, ada satu pihak seolah-olah merayakan "kejayaan pemimpin tertentu" berhadapan dengan media antarabangsa sehingga menyanjung beliau sebagai bakal Perdana Menteri yang akan menggantikan Najib Razak.

Ianya semata-mata kerana beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik berbanding dengan Naib Presiden Umno yang lain.

Di Malaysia, kita akan sering kali mendengar ungkapan, "siapa boleh jadi PM. Dah tak ada orang."

Ini sebenarnya AYAT untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Itu sajalah nilai maruah di Malaysia kita ini.

Friday, April 25, 2014

MUKHRIZ MAHATHIR, MB PALING LEMAH?

BULAN depan, cukuplah tempoh setahun Barisan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Kedah dari Pas.

Dan bulan depan juga lah, Mukhriz Mahathir akan merayakan ulangtahun pertama sebagai Menteri Besar Kedah.

Bermacam-macam pandangan telah diutarakan oleh orang Kedah di akar umbi berhubung prestasi Mukhriz.

Jelapang tidak akan memberi sebarang pandangan.

Cukuplah sekadar menyiarkan pandangan blogger Gelagat Anwar mengenai prestasi Mukhriz untuk tatapan rakyat Kedah dan kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman.

Berikut ialah pandangan Gelagat Anwar:



Menteri Besar – Lebih Mudah Kalau Letak Sahaja Jawatan. Jangan Melawan.

Bukan main ada kawan-kawan dalam media sosial yang sudah mula pertahan
MB-MB tertentu kononnya mereka masih punya sokongan dan dokongan orang
bawah. Bukan main lagi mereka lambung MB itu dan MB ini sebab duit.

Ini semua sebab RM. Ringgit Malaysia yang agung. Sampaikan kita sudah
tidak boleh berfikir secara objektif dan terbuka. Pelik.

Sebenarnya, kalau kita cakap pasal performance MB, antara MB yang
paling lemah dalam hierarki semua MB sekarang ini, adalah MB Kedah.

Ini bukan sahaja cakap-cakap di kalangan orang UMNO, orang KCS cakap
benda sama, cikgu-cikgu di Kedah pun cakap benda sama, NGO di Kedah
pun cakap benda sama, ulama’ pun cakap benda sama. MB Kedah tidak ada
halatuju.

Tak ada pemimpin di dunia yang boleh berjaya hanya nak petik nama
bapak. Kecuali mungkin di Korea Utara. Itupun sebab komunis.

Kalau dalam semua meeting asyik nak cover dengan usaha bapak, payah
lah. Sudahlah semua pegawai khas hopeless.

Kalau ada yang paling awal dibersarakan, minta maaf cakap, MB Kedah.
Kalangan Exco hilang percaya. Kalangan Ketua Bahagian hilang percaya.
Kalangan KCS hilang percaya.

Punyalah tak suka balik Kedah, mesyuarat Exco buat di Hilton KL. Habis
semua pegawai diangkut bawak KL, sebab MB kepenatan balik dari London.

Thursday, April 24, 2014

INSIDEN MH370 MENELANJANGKAN MALAYSIA

HARI ini masuk hari ke-48 kehilangan pesawat MAS MH-370. Sudah 48 hari ahli keluarga 239 penumpang dan krew MH370 melalui saat-saat menyedihkan di dalam hidup mereka, tanpa mengetahui samada ahli keluarga mereka masih hidup atau telah mati.

Sudah lama Jelapang tidak menulis. Bukan kerana malas. Tetapi tidak mahu dituduh tidak patriotik. Terlalu banyak kelemahan yang perlu kita akui akibat dari kehilangan MH370.

Di masa yang sama, tragedi feri tenggelam berlaku di Korea Selatan. Sehingga hari ini 169 telah disahkan mati dan 133 masih lagi hilang.

Perdana Menteri Korea Selatan diserang dengan botol air kerana insiden tersebut. Perdana Menteri Malaysia lebih bernasib baik kerana tidak mengalami insiden yang sama.  

Naib pengetua Sekolah Tinggi Danwon yang turut bersama pelajar-pelajar beliau menaiki feri tersebut diselamatkan.

Tetapi kerana terlalu sedih dan malu dengan insiden tersebut serta merasakan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap kematian pelajar beliau, guru tersebut, Kang Min-gyu, mengambil keputusan membunuh diri dengan menggantungkan diri beliau dengan menggunakan tali pinggang di sebatang pokok.

Begitu tinggi tanggungjawab yang Kang rasakan beliau perlu pikul dan begitu besar rasa malunya sehinggakan beliau merasakan sudah tidak ada gunanya untuk beliau terus hidup.

Hari ini, sudah hari ke 48 MH370 hilang. Sebagai seorang Islam, kita tidak lah mengharapkan sehingga ada di kalangan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab sanggup membunuh diri kerana kehilangan pesawat MAS ini.

Tetapi sehingga hari ini, TIADA siapa pun yang memperlihatkan rasa bersalah dengan kehilangan pesawat MAS ini.

Kita tidak mendengar Ketua TUDM mahu meletakkan jawatan? Tidak pula kita mendengar Ketua Pengarah DCA mahu meletakkan jawatan? Atau pegawai-pegawai MAS meminta maaf kepada ahli keluarga penumpang dan krew seperti mana dilakukan oleh tuanpunya feri di Korea Selatan.

Hari ini, khabarnya kapal TLDM Bunga Mas 6 sudah tiba untuk turut menyertai misi pencarian. Selepas 48 hari?

Persepsi kita yang serba kekurangan ini ialah, yang sibuk mencari ialah Australia, kita hanya sibuk membuat sidang akhbar. Itu realitinya.

Kita tidak berhenti-henti mengwarwarkan kita akan menjadi negara maju dalam masa 5 tahun lagi.

Tetapi malangnya, sudah hampir 60 tahun kita merdeka, kita masih tidak mempunyai kepakaran untuk menganalisa komputer milik Kapten Zaharie sehinggakan kita terpaksa bergantung kepada Amerika Syarikat untuk melakukannya.

Kita terpaksa bergantung kepada negara luar untuk menganalisa data dari radar kita.

Apa yang universiti kita ajar kepada pelajar-pelajar kita selama ini?

Sudah hampir 60 tahun kita merdeka, inikah kualiti yang kita ada?

Selepas hampir 60 tahun kita merdeka, masih ada lagi orang Melayu tergagap-gagap untuk bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Selapas hampir 60 tahun kita merdeka, orang Melayu masih takut hendak bersaing dengan kaum Cina kerana orang Cina lebih pandai di dalam Matematik dan Sains dan lebih fasih bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Tidak kah pemimpin kita mempunyai sedikit rasa bersalah kepada bangsa sendiri.

Peristiwa MH370 ini telah menelanjangkan Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya.

Cerita bomoh yang mencari MH370 menjadi bahan ketawa seluruh dunia. Pemimpin negara malu dengan telatah bomoh ini kerana kononnya ia memalukan imej negara.

Apa yang hendak kita malukan? Itulah tahap pemikiran bomoh kita dan itu lah saja tahap pendidikan beliau.

Seharusnya pemimpin kita malu pada bangsanya sendiri.

Selepas hampir 60 tahun merdeka, lihatlah apa yang ada pada bangsa kita ini.

Friday, March 28, 2014

MUSA HITAM: MAHATHIR BERADA DI KL SEMASA PERISTIWA BERDARAH MEMALI. BUKAN DI CHINA!


Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-hampir-30-tahun-musa-hitam-dedah-dr-mahathir-berada-di-kl-ketika-pe

Jelapang: Kita amat menghormati Musa Hitam. Beliau juga adalah pemimpin bertaraf NEGARAWAN walaupun tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Kalau hendak dibandingkan pemimpin hari ini dengan Musa, terlalu tinggi mertabat Musa jika dibandingkan dengan pemimpin hari ini.

Musa meletakkan jawatan kedua tertinggi semasa zaman pentadbiran Dr Mahathir.

Pemimpin hari jangankan hendak meletakkan jawatan atas dasar prinsip, kalau boleh hendak menungkat langit.

Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Musa hari ini mengenai Dr Mahathir semasa peristiwa Memali sudah pasti sesuatu yang BENAR.

Seorang Negarawan tidak akan bercakap tidak benar.

Malangnya kebenaran ini hanya diberitahu Musa 29 tahun selepas peristiwa berdarah ini. Seharusnya RAHSIA ini didedahkan semasa Dr Mahathir berkuasa agar beliau dapat dinilai oleh rakyat pada masa itu.

29 tahun Musa menyimpan RAHSIA ini dan 29 tahun Dr Mahathir menyepi diri dan cuba menyimpan rahsia ini dari rakyat.

Mungkin esok Dr Mahathir akan bersuara dan kita nilai akan kebenaran sebenar-benarnya.

Thursday, March 20, 2014

MH370 DITEMUI?

MH370: two objects spotted in southern Indian Ocean, Australia says Prime minister Tony Abbott tells MPs that ‘new and credible information has come to light’ based on satellite images

A crew member on board RAAF AP3C Orion aircraft during a search operation for the missing Malaysia Airlines plane in the southern Indian Ocean.  The Australian Marine Safety Authority is coordinating the search in a vast area west of Perth.
A crew member on board RAAF AP3C Orion aircraft during a search operation for the missing Malaysia Airlines plane in the southern Indian Ocean. Photograph: Australian Defence Force/EPA
Two objects possibly related to the search for the missing Malaysia Airlines plane have been found in the southern Indian Ocean, the Australian prime minister, Tony Abbott, says.
Abbott did not reveal what type of objects were detected based on satellite imagery, but said authorities were sending aircraft to examine the area.
Australia has assumed responsibility for co-ordinating the search of the southern Indian Ocean for the Boeing 777 which has been missing for nearly two weeks.
“I would like to inform the house that new and credible information has come to light in relation to the search for Malaysia airlines flight MH370 in the southern Indian Ocean,” Abbott told the Australian parliament a short time ago.
“The Australian Maritime Safety Authority has received information based on satellite imagery of objects possibly related to the search.
“Following specialist analysis of this satellite imagery, two possible objects related to the search have been identified.
“I can inform the house that a Royal Australian Air Force Orion has been diverted to attempt to locate the objects. This Orion is expected to arrive in the area at about this time. Three more aircraft will follow this Orion. They are tasked for more intensive follow-up search.”
Abbott said he had spoken to the Malaysian prime minister, Najib Razak, and informed him of the developments.
“I should tell the house – and we must keep this in mind – the task of locating these objects will be extremely difficult and it may turn out that they are not related to the search for flight MH370,” Abbott said.
“Nevertheless, I did want to update the house on this potentially important development.”
The announcement comes just after Australia’s maritime authority said the search for the missing Malaysia Airlines flight off the coast in Australia had halved in size and moved closer to Perth.
The authority’s general manager, John Young, provided a video updateof the search operation on Wednesday which showed the initial search zone off Australia – an area of some 600,000 sq km – had been reducedto roughly 300,000 sq km and had been moved to 2,300km off the coast of Perth.
“Today the search area has been significantly refined. You can see here that the lines I briefed yesterday prepared by the US National Transportation Safety Board have been refined somewhat based on better, more detailed analysis,” he said.
Young said the refined area had been based on newer calculations made by the US agency “on the fuel reserves of the aircraft and how far it could have flown”.
Malaysia Airlines flight MH370 went missing almost two weeks ago and has yet to be found. Australia has taken charge of the search mission over a potential southern flight path, after it was revealed that the plane appeared to have continued flying for hours afters the last contact was made with Malaysian authorities.
The Malaysia Airlines flight has been missing since Saturday 8 March, sparking a global search for the plane. Malaysian authorities have revealed that the missing plane’s 12 crew members have been under investigation since the aircraft disappeared and that the homes of the pilot and co-pilot have been visited twice by police. The pilot’s flight simulator was taken from his house on Sunday, the Malaysian transport ministry said.
Young said on Wednesday that two Australian vessels, as well as one ship from both New Zealand and the United States, were undertaking the search.
“The search conditions were good and the air crews saw marine life as they were flying through so we know we could make sightings, but there were no results relevant to the search,” he said at the time.
“We are getting some reasonable coverage of the area, a much better search opportunity today with a smaller area, closer to Perth and more aircraft – and I hope we will do better tomorrow.”
A global search for the plane is under way, with dozens of countries providing intelligence and assistance.

Tuesday, March 11, 2014

KARPAL SINGH HILANG KERUSI PARLIMEN

 
  1. PENGERUSI DAP, Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Hilang status Ahli Parlimen. 

Sunday, March 9, 2014

WAN AZIZAH GANTI ANWAR

PRESIDEN PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon parti itu dalam PRK DUN Kajang menggantikan suaminya, Anwar Ibrahim

Friday, March 7, 2014

ANWAR DIPENJARAKAN

Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman penjara 5 TAHUN keatas Anwar.Karpal kata nak buat rayuan di Mahkamah Persekutuan

ANWAR BERSALAH

PUTRAJAYA 7 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, March 5, 2014

PALANIVEL BUKAN WAYTHA

Presiden MIC G. Palanivel dikritik hebat oleh sebuah NGO India dan juga Vell Pari, anak bekas Presiden MIC, S.Samy Vellu, kerana dilihat gagal menangani isu jerebu yang melanda negara sekarang ini.

Ini bukan kali pertama Palanivel pasif apabila negara dilanda jerebu. Ia akan menjadi perkara tahunan untuk Palanivel.

Tahun lepas, Palanivel  juga dikritik hebat, tetapi beliau masih lagi kekal sebagai Presiden MIC.

Vell Pari dan NGO India tersebut mungkin "geram" dengan Palanivel. Tetapi terima lah hakikat bahawa ahli-ahli MIC yang memilih Palanivel sebagai pemimpin mereka untuk dinobatkan sebagai Menteri Kabinet.

Janganlah hendak disamakan Palanivel dengan Waythamoorthy, hero kaum India pada ketika ini.

Sikap pasif dan berdiam diri ini mungkin satu strategi Palanivel.

Suka atau tidak, Vell Pari kena lah menunggu sehingga PRU-14 nanti untuk mengintai peluang memimpin kaum India.

Atau mungkin pada masa itu kaum India masih berminat kepada pemimpin yang berperwatakan "pendiam".

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/03/05/ngo-palanivel-is-not-concerned-about-public-health/



Monday, March 3, 2014

BR1M: NAJIB LAWAN MAHATHIR

Tahniah kepada Perdana Menteri kerana berani bersuara dan berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Selama ini ramai mempunyai tanggapan Najib takut untuk berhadapan dengan Dr Mahathir kerana beliau lebih gemar bermain politik selamat dan takut menimpa nasib yang sama seperti bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. 

Sebenarnya, keberanian Najib kali ini tidak akan mengubah pandangan sesetengah pihak bahawa Pak Lah lebih "berani" berhadapan dengan Dr Mahathir. 

Satu kenyataan berani Najib tidak bermakna tiba-tiba mengubah imej "takut" beliau kepada Dr Mahathir. 

Bayangan Dr Mahathir tetap akan menghantui Najib. 

Kenyataan Dr Mahathir mengena BRIM: "Perlukah kita akan BRIM? Tanpa BR1M pun, kita pernah mendapat sokongan rakyat." 

Jawab Najib: "Lebih baik kurangkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar..... Hari pertama pun orang dah pergi Sogo. Pergi Pasar Malam."

Friday, February 28, 2014

KHALID IBRAHIM SANGGAH PKR & DIPUJI UMNO

Ada perpatah berkata, "tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal" di dalam dunia politik.

Sekali lagi perpatah ini membuktikan kebenarannya.

Kalau dulunya, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim digelar "KHALID GAGAP" oleh musuh politik parti beliau serta diugut akan didedahkan video yang diambil curi di pejabat beliau, hari ini musuh beliau bertukar menjadi kawan.

Khalid dipuji bertalu-talu oleh musuh politik beliau di sebelah Kerajaan kerana tindakan beliau menyetujui perjanjian bekalan air di antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor.

Dan Khalid tiada segan silu untuk "MENYELAR" rakan politik di dalam parti beliau kerana cuba campur tangan di dalam urusan beliau.

Sebenarnya di dalam peperangan, jarang sekali kita mendengar musuh memuji musuh kecuali ada strategi yang akan memakan diri.

Sudah dua hari wajah Khalid menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar utama.

Politik Malaysia tidak pernah sunyi dari insiden-insiden menarik.

Di akar umbi, bermacam lagi sedang diperkatakan.

Antaranya: 

1) Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor.

2) Khalid Ibrahim akan dipecat PKR seperti mana Hassan Ali dipecat Pas.

3) Anwar akan dipenjarakan apabila kes liwat beliau diputuskan oleh mahkamah.

4) Najib akan disingkirkan oleh pemimpin Umno tidak lama lagi.

5) Ramai Menteri Umno akan dipencenkan April ini apabila rombakan Kabinet dibuat.

Sementara itu, Khalid akan terus mendapat pujian untuk seminggu dua lagi.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bn-selangor-ucap-tahniah-pada-khalid-1.255450

Thursday, February 27, 2014

ORANG CINA TAK PERLU PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI TETAPI TETAP KAYA

Teringat akan Jelapang suatu majlis yang cukup besar diadakan di UiTM Shah Alam pada September tahun lepas yang disempurnakan oleh Najib Razak.

Majlis tersebut dinamakan: MAJLIS PERMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA.

Maka malam tadi, seorang rakan Jelapang bertanyakan apa hasil yang telah diperolehi berikutan pelancaran program tersebut.

Katanya dia tidak pernah mendengar bangsa Cina, baik melalui DAP, MCA, Gerakan atau parti-parti Cina yang lain, mempunyai PROGRAM KHAS untuk memperkasakan kaum Tionghua.

Katanya lagi, dia tidak pernah dengar MCA membawa berbas-bas penyokong parti untuk berkempen memperkasakan kaum Cina tetapi CINA TETAP PERKASA.

Sebaliknya, orang Melayu membawa berbas-bas penyokong ke UiTM untuk menyaksikan satu majlis perasmian program pemerkasaan Melayu.

Tetapi katanya, bila saja taman perumahan dibuka, majoriti rumah-rumah kedai disapu bersih oleh Kaum Cina.

Dah 60 tahun merdeka, katanya, baru sekarang kita rasa perlu memperkasakan orang Melayu. Itu pun sekadar majlis pelancaran saja. 

Jelapang merasakan rakan kita ini terlalu sinis dan pesimistik terhadap program pemerkasaan yang dilancarkan oleh Najib.

Lebih sinis lagi apabila rakan Jelapang berkata: "Kalau susah sangat nak dapat hasil, isytihar sajalah anak Tun Mahathir sebagai simbol kejayaan Program Pemerkasaan Ekonomi Melayu.
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mokhzani_Azmanantara10terkaya/Article/index_html

Difikirkan balik, ada kebenarannya juga. Kaum Cina tidak pernah ada program permerkasaan kaumnya, tetapi kaum Cina lebih jauh berharta dari orang Melayu.

Dan kita juga hairan, apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Kerajaan yang ditadbir oleh orang Melayu sejak merdeka lagi dalam memperkasakan orang Melayu sehinggakan pada tahun 2013, Kerajaan secara tiba-tiba merasakan perlu untuk melancarkan satu program permerkasaan ekonomi orang Melayu.

Dan sejak dilancarkan besar-besaran oleh Najib September lalu, kita masih tidak mendapat gambaran akan pencapaian program tersebut.

Sebagai memperingati semula majlis tersebut, disenaraikan semula janji Najib untuk memperkasakan orang Melayu.

Berikut adalah 34 Touch Points yang diumumkan Najib sempena Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam.

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.
2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.
3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.
4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.
5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.
Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.
6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.
7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.
8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.
9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.
11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.
Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.
13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.
15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.
17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.
18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).
19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.
20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.
21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.
22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.
23. Memperluaskan dasar carve out.
24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.
25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).
Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.
26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif
27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.
29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.
30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
31. Membestarikan TERAJU.
32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.
33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.
34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.




Monday, February 24, 2014

PEGAWAI POLIS MILIKI RM20 JUTA DALAM AKAUN


SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah


FEBRUARY 23, 2014
Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.
"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.
Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.
"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.
Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.
Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.
Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.
Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.
Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.
"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.
"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank masing-masing.
"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.
Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.
Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah urut serta sarang pelacuran.
Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan diganggu.
Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.
SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.
Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.
Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.
Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu. – 23 Februari, 2014.