Monday, January 23, 2017

RAKYAT MINTA NAJIB TANGKAP JHO LOW. ADA NAJIB DENGAR? BILA MASA NAJIB DENGAR PANDANGAN RAKYAT?


KATAnya termalu dengan "persembahan" kurang memberangsangkan semasa majlis TN50, penyokong Najib Razak menjadikan Tun Mahathir Mohamad sasaran kononnya selama 22 tahun menjadi PM, Dr Mahathir tidak pernah minta cadangan rakyat.

1. Sedikit pandangan mengenai "persembahan" Najib semasa majlis tersebut.

Apabila tiba sesi soal jawab, Najib hanya mampu berkata "bagus", "idea yang bagus", "apa idea saudara-saudara".

Kalau setakat hendak buat majlis, minta idea rakyat, baik tak payah.

Mengikut seorang pemimpin Umno, apa yang rakyat nak dengar ialah apa idea Najib menjelang 2050.

Bukan duduk atas "stage" nampak tak bersedia dan Projek TN50 hanya "hangat-hangat tahi ayam". Padahal tak ada perancangan pun, hanya satu lagi terminologi ciptaan Najib untuk mengelirukan rakyat. 


2. Tak payah lah hendak mengelirukan rakyat dengan mengalih pandangan menerusi kritikan terhadap Dr Mahathir.

Kita hendak tanya Najib. Apa yang selama ini kehendak dan pandangan rakyat yang didengari oleh beliau.

Rakyat beritahu Najib, jangan lantik Isa Samad sebagai pengerusi Felda, Najib lantik Isa. Ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, Felda jangan beli saham PT Eagle High Plantations milik kawan karib beliau Peter Sondokh, Najib bersungguh mahukan juga Felda membelinya sampai sanggup hendak menjual saham Maybank. Ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, dedahkan laporan audit mengenai 1MDB, ada Najib dengar pandangan rakyat?

Rakyat beritahu Najib, TANGKAP JHO LOW. Ada Najib dengar cakap rakyat.

Nilai lah sendiri samada Najib pedulikan pandangan rakyat.

10 comments:

Anonymous said...

Insyallah hapus lenyap najib umno bn...moga allah rahmati tun mahathir

Anonymous said...

NAJIB = LANUN BUGIS PENYAMUN MEGA ANTARABANGSA!!

Anonymous said...

Bodoh punya komen....
Nak buat baik dipersenda..
Jho Low....knp pulak suruh Najib tangkap???...Kalau dia ada salah, polis lah yg akan tangkap.

Bodoh sgt pemikiran penulis diatas...

Sbb kebencian yg teramat sgt hingga tk boleh berfikir...

Anonymous said...

Mungkin Najib terlalu yakin akan menang PRU-14... maka tunggulah.

Anonymous said...

Malaysia negara koboi ke?
Sesiapa boleh suka suka tangkap sesiapa sajer yg kita tak suka?
Mahkamah kan ada.
Kalau Najib diberi kuasa boleh tangkap sesiapa yg rakyat suruh dia tangkap atau sesiapa yg dia suka2 tangkap, pakai nampak HANCUS negara ni....

UTK PENGETAHUAN, SAYA BUKAN PENYOKONG BN ATAU PEMBANGKANG.

Anonymous said...

bila benda2 tu semua korang beritahu najib? aku syak apa yang korang nak beritahu najib tu tak sampai kepada najib. mungkin korang guna perantaraan yang tak sesuai, atau mungkin guna keldai hantar surat ke, masih pakai stem 20sen hantar surat ke.... itu pasal najib buat tak tahu apa yang korang nak tu...

Anonymous said...

setuju....dia ni muka tak tahu malu, perasan dia lebih hebat dari Madey...

Anonymous said...

rakyat pedulik apa dgn jlow?

Anonymous said...



Rakyat minta nak tengok akaun PM. PM buat bodo. bila masa pm ni dengar permintaan rakyat.


rakyat nak tau berapa banyak beg tangan rosmah. bila pm nak bagitau

rakyat nak tau berapa anak tiri PM menang main judi di casino di amerika. PM buat bodo

tunjuk lah PM ni terrer dari mahathir. Bila minta idea, rakyat dah bagi.. jgn buka bodoh ingat rakyat bodoh

Anonymous said...

pemakan dedak uTurn Mad-Dey mmg mabok kecubung... fitnah dijadikan fakta... DAPig yg PAS pun dah reject PPBM boleh junjung dan sembah cam tokong ... pigi dah... go fly kite !!!