Tuesday, January 3, 2017
SELAMAT TAHUN BARU
"Janganlah harta itu berlegar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu sahaja" - Surah Al-Hasyr ayat 7 (ditutur oleh Najib Razak semasa pembentangan Belanjawan 2017 di Parlimen)
SELAMAT TAHUN BARU
Ada yang bercuti dengan berbasikal di Perth dan ada yang menonton konsert di Las Vegas dan ada yang mengambil isteri baru yang jelita..
Itulah kemakmuran negara kita. Bagi majoriti rakyat Malaysia, mereka sekadar mampu "menonton" kemewahan pemimpin di negara yang kita cintai, sebuah negara Islam yang kita banggakan.
Ramai akan mengingati kehadiran tahun 2017 sebagai hari harga petrol dinaikkan. Ramai kecewa dan marah. Tetapi kemarahan ini hanya untuk seketika.
Orang Melayu dikenali cepat lupa dan mudah memaafkan saudara.
Para pemimpin jangan risau - orang Melayu akan memaafkan mereka dalam apa jua suasana, guna wang rakyat berjudi pun tak apa, rasuah tak apa, buat lah apa saja.
Tiba masanya, Najib tetap Perdana Menteri, Umno tetap pemerintah negeri.
Ramai orang bertanyakan mengenai azam Tahun Baru.
Azam Jelapang:
1. Pemimpin berhenti BERDUSTA
2. Pemimpin berhenti MENIPU RAKYAT
3. Pemimpin berhenti MENYAMUN wang rakyat
4. Pemimpin agama berhenti hanya menghukum rakyat dan melindungi pemimpin.
Itu saja harapan Jelapang.
Selamat Tahun Baru
Labels:
2017,
najib razak,
rosmah mansor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sebab itu rakyat sepatutnya hari ini bangkit seluruh negara mogok pecat najib dan umno bn
Korea boleh?
Malaysia kebal kah?
Selagi duduk di bawah kerajaan BN tak usah mimpi lah perubahan itu.. mungkin makin parah boleh jadi.
Apa perjuangan pemimpin politik sekarang ni??..Jauh di sudut hati dan sanubari mereke sebenarnya adalah memperjuangkan poket sendiri dan keluarga...itu sebab orang politik yang berjaya dalam politik ni kaya raya...tak kira lah berjaya ikut jalan mana pun...asal kan jadi kaya raya...
Post a Comment