Wednesday, January 25, 2017

KERAJAAN TUTUP PEJABAT? KATA EKONOMI KUKUH

Image result for pejabat pelancongan

KEBIASAANnya kita mendengar syarikat persendirian tutup kedai, buang kakitangan kerana tekanan ekonomi dan kewangan.

Tetapi apabila sebuah KERAJAAN menutup pejabat di seluruh negara untuk menjimatkan HANYA RM6 JUTA setahun, itu pelik namanya.

Bagi sesebuah kerajaan apalah RM6 juta setahun, BUKAN RM2.6 bilion.

Sesebuah syarikat menutup pejabat kerana masalah kewangan.

Oleh itu jika kita samakan sebuah syarikat dengan sebuah kerajaan, tidak salah jika kita katakan Kerajaan sekarang ini juga menghadapi masalah kewangan.

Kita faham jika sebuah syarikat tidak mampu menanggung kos RM6 juta tetapi bagi sebuah kerajaan yang mengutip GST hampir RM40 bilion dan akan membelanjakan RM260 bilion tahun ini, RM6 juta hanya 0.02 peratus dari perbelanjaan kerajaan.

Apakah Malaysia sedang mengalami masalah kewangan? 

Memandangkan Najib Razak mempunyai dasar minta idea rakyat, Jelapang sedang memikirkan pejabat kerajaan mana lagi perlu ditutup. Imigresen, pejabat buat kad pengenalan?

Lebih menyedihkan nasib kakitangan rendah di pejabat-pejabat pelancongan ini.

Kehidupan mereka tidak sama seperti Nazri Aziz, bos mereka di Kementerian Pelancongan.

Nazri lainlah. Isteri pun macam tak pernah tinggal di Malaysia sahaja. Kejap Switzerland, kejap Paris, kejap Rome.

Tak dapat Ana bayangkan kakitangan pelancongan bergaji rendah berpindah randah ke Kuala Lumpur.

Itulah bezanya kualiti kehidupan pemimpin Melayu yang kita undi dan pilih berbanding rakyat marhaen.


LAPORAN SEMALAM




Semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup berkuat kuasa serta merta bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.

Semasa mengumumkan perkara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata penutupan kesemua 14 pejabat pelancongan itu tidak melibatkan pemberhentian kakitangan sebaliknya mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.

Beliau berkata langkah itu dijangka mampu menjimatkan kos kira-kira RM6 juta setahun, yang boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.

"Setiap negeri mempunyai exco pelancongan dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) masing-masing, jadi kita tidak mahu tugas agensi itu dengan pihak berkuasa pelancongan negeri bertindih,"kataya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Pertama Freeport A'Famosa Outlet di Alor Gajah, Melaka, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi serta Pengarah Urusan Kumpulan A'Famosa Datuk Alex Lau.

Mohamed Nazri berkata walaupun semua pejabat Tourism Malaysia negeri ditutup, kementerian akan menyediakan lima pejabat informasi di beberapa negeri.

Pejabat berkenaan akan disediakan di Pulau Pinang bagi kawasan utara, Terengganu bagi kawasan timur, Johor bagi kawasan selatan serta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi Sarawak.

Pada 14 Jan lepas, kementerian mengumumkan bahawa empat pejabat Tourism Malaysia di luar negara iaitu New York di Amerika Syarikat, Perth di Australia, Stockholm di Sweden dan Johannesburg di Afrika Selatan ditutup serta merta tahun ini.

Ini berikutan pemberhentian perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) ke kawasan berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan menyasarkan seramai 30.5 juta pelancong mengunjungi Malaysia tahun ini berbanding 27 juta pelancong pada tahun lepas.


"Tahun lepas, kita lihat ada cabaran ekonomi namun, tahun ini saya yakin sasaran ini mampu dicapai," katanya.

Beliau juga berkata Malaysia berpotensi meraih pendapatan sebanyak RM105 bilion tahun ini hasil perbelanjaan para pelancong.

- Bernama




4 comments:

Anonymous said...

kan dah jawab kenapa pejabat tu perlu ditutup. dah berlaku pertindihan kerja. pusat dan negeri buat kerja yang sama, baik salah satu ditutup. lagi nak seleweng fakta nampak. ni blogger cucuk hidung ni, dah tak tahu beza benda betul dan benda bengkok asal dapat ikut telunjuk tukang suap.

Anonymous said...

Unit Perancangan Ekonomi Neraga (UPEN) di gantikan dengan IPEN!!!

UPEN DAN IPEN!!!

Kahkahkah...

Kerajaan di pimmpin oleh Petdana Menteri Kleptokret Hancur Negara!!

Anonymous said...

Ini lah bala bencana untuk umno...alhamdullulah
Insyallah...hapus lenyaplah najib umno bn..

Anonymous said...

Insyallah moga majoriti rakyat malaysia undi pribumi warisan harapan
Insyallah pribumi warisan harapan menang pru14
Insyallah rakyat bangkit bantahan seluruh negara pecat dan penjara najib tun razak