Thursday, January 26, 2017

TABIK ARTIS KITA YANG BERJUANG UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA



JELAPANG kena TABIK pada artis terkemuka tanahair.

Rupa-rupanya mereka lebih bermaruah dan berani bangkit untuk menyelamatkan negara. Rasa malu dibuatnya.

Malam tadi semasa minum-minum dengan beberapa AJK bahagian, masing-masing memuji kesungguhan artis-artis negara seperti Siti Nurhaliza dan Che Ta.

Jelapang pun macam kawan-kawan AJK juga. Marah betul pada Najib Razak. Apa tidaknya? Bukan setakat duit 1MDB hilang, duit SRC pun masuk akaun beliau.

Tak cukup setakat itu. Tanah milik kita dijualnya. Tabung Haji dan Felda lingkup dibuatnya.

Harga ikan naik, kos sara anak naik. Najib tak peduli langsung tiba-tiba bercakap mengenai TN50 bukan mengenai kos sara hidup, mengenai duit yang masuk akaun beliau.

Kita puji para artis yang berjiwa jitu ini.

Seperti yang saya katakan tadi, kita pun sama marah macam artis-artis kita. 

Malahan kemarahan yang meluap-luap dan membara.

Tetapi kita kena akui lah, bahawa kita tak seberani artis Malaysia. Kita hanya berani di kedai kopi.

Tak berani nak tunjuk kemarahan, maklumlah bila tunjuk, anak bini jadi mangsa.

Kalau lebih-lebih, biasiswa anak kita ditarik. Kalau lebih-lebih anak kita disuruh berhenti kerja.

AJK bahagian lagi takut. Takut tak ada langsung bantuan BR1M dari Ketua Bahagian. Yang atas-atas pula takut difitnah dengan skandal seks.

Apabila melihat kesungguhan artis Malaysia semasa berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, Jelapang teringat zaman dulu-dulu.

Orang yang terdahulu dari kita sanggup bergadai golok dan gelang untuk bangun menyelamatkan Tanah Melayu.

Hari ini, artis kita mengambil tindakan sama - berjuang untuk menyelamatkan negara. 

Mereka sanggup meletakkan periuk nasi mereka dalam risiko . Selamat Malaysia dari kerakusan pemimpin menjadi matlamat perjuangan mereka sekarang ini.

Semuga artis-artis tidak dianiaya.

Maklumlah, memasukkan pasir ke dalam periuk nasi orang sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah pihak.

3 comments:

Anonymous said...

DOJ...SR...FBI...SWISS BANK...SPORK BANK... BERSIH 5...3 TAN SRI... SUMA SUDAH DIBATUAPIKAN OLEH MAMAK.. SUMA KANTOI...

SKG ARTIS PLAK DIBATUAPIKAN MAMAK... KIKIKIKI....

Anonymous said...

ambik gambar dengan tun mahathirpun dah kira berjuang juga ke bro? belum nampak apa2 lagi selain bergambar. lainlah kalau ada yang dah berpiket, berdemo, mogok lapar dan ada yang dah ditahan dalam lokap, baru sesuai dengan istilah berjuang. apa punya jek la blogger ni. setakat ni belum adapun statement siti norhaliza secara terbuka mengecam najib. sedang tunggu juga ni, berani betul ke atau acah2 je....

Anonymous said...

JANGAN LUPA PENJENAYAH BMF... YANG TERSEMBUNYI SEBAGAI MUSANG BERBULU AYAM... PANDAI TUN M BUAT KERJA SEPERTI TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, RAMBUT DITARIK TIDAK PUTUS, TEPUNG TIDAK BERSELERAK... WALAUPUN SUDAH BERPULUH TAHUN CERITA DISIMPAN NAMUN ALLAH SWT JUA MAHA BERKUASA, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. MAKA TAHUN BARU CINA TAHUN AYAM, AIB TUN M DISEBAR DI MUKA BUMI CIPTAAN ALLAH SWT. AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN RAKYAT DI MUKA BUMI INI TIDAK MENUDUH TUN M TAPI AKU BERSERAH SAJA KEPADANYA TUHAN MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM. AAMIIN...