Friday, June 19, 2015

REBAT PLUS: KALAU BOLEH PLUS NAK SURUH PENGGUNA BALIK KAMPUNG RAYA SEBELUM PUASA RAMADAN

Click for Options

SEMAKIN hari semakin MENGARUT PLUS.

Kali ini, macam-macam syarat dikenakan untuk pengguna Lebuhraya Plus mendapatkan rebat untuk hari raya dan lihatlah tarikh-tarikh yang dikenakan rebat. 

Betullah kata orang, PLUS ini tak habis-habis pentingkan KEUNTUNGAN.

noorizah_plus-tol_600

Sekali imbas, tertanya-tanya apa yang Fadillah Yusuf buat di Kementerian Kerjaraya. 

Bagi rebat untuk LEPASKAN BATUK DI TANGGA saja.

Tahun depan, jangan terkejut PLUS MINTA PENGGUNANYA BALIK SEBELUM RAMADAN KE KAMPUNG UNTUK MENDAPAT REBAT.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/06/18/plus-gives-toll-rebate-up-to-50-for-hari-raya/

9 comments:

Anonymous said...

Rebat tu wajib ke bro. Kalau bertepatan dgn tarikh, alhamdulillah. Kalau tak kena, bayarlah macam biasa. Apa yg meroyan sgt ni bro. Nak balik ikut tarikh sendiri, takde sapa nk suruh atau larang. Pandai2lah.

Anonymous said...

Trunk road kan Ada...takdak sapa eh ugut bunuh kalau tak naik highway

Anonymous said...

Aku sokong kau. Nak bagi rebate macam tak ikhlas. Satu lagi tentang paksa bayar pakai elektronic di SEMUA LORONG. Kenapa duit rm dah tak sah diperlakukan kan. Bank negara tak boleh ambil tindakan ke. RM sendiri tak diterkma. Mengarut. Plus pulak yg ada hak untuk menentukan semuanya.

Anonymous said...

Baik juga sekiranya plus atur perjalanaan dengan menyenairaikan nama-nama yang akan balik kampung umpama-masa,hari,jam (jadual).Lagi senang mereka jaga kesesekan dengan beberapa kenderaankah yang menggunakan L/raya dalam masa 24 jam.

Anonymous said...

tuan admin;
kalau mengikut jangkaan, 1 syawal jatuh pada 17 julai. ini bermakna tawaran diskaun tol antara 30%-50% adalah sesuai pada tarikh2 yang dinyatakan dan bukan pada sehari atau pada hari raya pertama. rebat atau diskaun yang diberi bertujuan untuk menyuraikan kesesakan lebuhraya menjelang musim perayaan. dengan merancang perjalanan pulang berhari raya antara 3-5 hari sebelum raya akan mengurangkan kesesakan. bagi yang tak mampu pulang pada tarikh2 yang diberi rebat atau diskaun, pulanglah mengikut tarikh sendiri kerana tiadapun charge tambahan dikenakan. kekal seperti sebelumnya. begitu juga ketika pulang semula setelah habis berhari raya. jika mampu merancang, rancanglah perjalanan untuk mendapatkan diskaun atau rebat. jika tidak mampu, bayar sahaja tol seperti biasa.
nampak sangat penulisan anda penuh kesumat dendam yang tak tahu hujung pangkal. sebenarnya tuan admin, kalau benci sangat dengan lebuh raya, ada jalan alternatif yang boleh dilalui oleh pengguna jalanraya. jalan persekutuan, negeri dan perbandaranpun dah elok dan lebar. tak jadi masalah untuk tidak suka lebuhraya. kalau rasa nak lalu, lalu. kalau tak suka guna jalan lain. sayapun kadang2 merungut juga bila lalu lebuhraya. dah la kena bayar tol, jem pulak. tapi bila fikir sekali lagi, siapa yang suruh saya masuk ke lebuhraya? saya sendiri yang pandu kereta. takkanlah kerana saya bayar tol, maka orang lain kena beri ruang kepada saya seorang untuk lalu dengan selesa. orang lainpun bayar tol juga dan jem macam saya.
tuan admin, kalau marah pasal 1mdb, janganlah emosi dibawa kepada perkara lain. lihat sahaja tv3, bila nak kenakan tun mahathir, proton saban malam kena kencing. teksi proton selalu rosaklah, spare part susah dapat dan mahallah. apa yang merepek ni? antara spare part kereta paling murah di malaysia adalah spare part proton! emosi yang tak terkawal akan merosak dan memporakperandakan negara. tun mahathir pulak, dulu cukup anti dengan media kawalan yahudi dan zionis. kini kerana emosi tidak terkawal nak jatuhkan najib akhirnya media yahudi zionis itu juga digunakan untuk memburuk2kan kerajaan, umno dan najib. barang perlu diingat, tun mahathir masih lagi ahli umno dan anakanda beliau adalah mb kedah, sebuah kerajaan umno/bn.
saya percaya ada yang tak suka cara saya komen. namun dalam beremosi, fikirkan 2-3 langkah di hadapan kita. apakah risiko atas pa yang kita buat. kalau setakat kerosakan kepada kita sendiri tidak mengapa. kalau satu negara rosak?

Anonymous said...

Dah betullah tu .... Tiapbtahun tarikh raya berubah... Satu peel rakyat Malaysia ni ialah semua benda nak komplen. Asal satu mende tu tak fit ngan diri dia jer complain. Agak2 lah... PLUS dah kaji dah.... Tak payah plus lah... Kita rakyat biasa ni pun dah lama faham perangai rakyat Malaysia yg akan balik kampung seawal mungkin. Kalau Plus letak rebet 80% pun sehari atau masa hari raya...kau ingat boleh halang ker kalau orang nak balik awal. Dalam kes ni PLUS mmg nak galakkan pun org melayu balik awal beraya ...jgn balik tinggal nak mencekik jer. Dua tiaha hari sebelum raya dah balik itu biasa...dan rakyat sendiri yg cadangkan awalkan lagi program rebet tu. So bila dah buat tu.. Hang kaji rasionalitinya. Kau rasalah siapa yang akan mula travel pada hari raya tu sendiri sedang kita org melayu sudah pun di kampung makn kuih raya dan bakar mercun?.... Aper darrr itu pun nak komplen.dasar tamak dnan kedekut lah tewww.... Semua nak murah.

Anonymous said...

Haha,boring issue..nak murah naik bas je..atau takyah blk kg..indon keje kat mesia tu ramai tak blk kg raya..relax je..belilah keta jenama tempatan,ikut kemampuan..beli preve instead of polo gt,atau accord,bmw merc recon..insyAllah cukup duit tol,malah berlebih2 lg rasanye

Anonymous said...



inilah cara kerajaan & plus samun rakyat. penyamun pun tak samun org macam ni. 3 tahun sekali naik tol. penyamun pun ada hati perut.

itu hari cakap buat elektronik kat shah alam nak elak jam. hari2 jam haram jadah kat tol.

kalau plus nak kutip duit org cash pakai touch n go .. cakap lah.

betul penyamun

Anonymous said...



kalau PLUS berani, stoplah bagi rebat.

jgn jadi bacul