Saturday, June 20, 2015

NAZRI AKAN BERDIAM DIRI, TAK AKAN PERTAHAN NAJIB. JANGAN TUDUH MUHYIDDIN & SHAFIE TENTANG NAJIB

Image result for nazri+aziz+playboy

NAZRI AZIZ bijak dalam mencari publisiti. Itu kita kena akui. Selepas kenyataan beliau hendak "belasah" Tengku Mahkota Johor, kali ini Nazri membuat kenyataan seolah-olah beliau TIDAK AKAN MEMPERTAHANKAN NAJIB RAZAK dari serangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dulu apabila saya MEMPERTAHANKAN Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), saya dikutuk dan dimarahi oleh Umno katanya saya kurang ajar. Saya tak hormat.

"Memandangkan suasana sekarang berubah (dari zaman Pak Lah) di mana seluruh Umno melawan Dr Mahathir, saya akan hanya MELIHAT dari tepi gelanggang. Kerana itu kebebasan beliau (Tun Dr Mahathir) bersuara. Bila Tun mengkritik (Najib), saya akan DIAM kerana itu kebebasan beliau bersuara."


Jelapang: Maknanya Nazri tidak akan mempertahankan Najib dan ia juga bermaksud Tun Dr Mahathir berhak mengkritik Najib dalam isu-isu pentadbiran negara.


Nazri juga mendesak supaya dihentikan TUDUHAN bahawa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal menentang Najib berikutan isu 1MDB.

Kata Nazri: "Itu pandangan Muhyiddin. Media mahukan ahli politik menunjukkan keikhlasan, bila kita melakukannya, media kata kita anti-Najib.

"Muhyiddin bimbang, saya juga bimbang dan Shafie juga bimbang. Tiga individu yang mempunyai tiga stail berlainan."


Jelapang: Kesimpulannya Muhyiddin, Shafie dan Nazri satu GENG.




http://www.malaysiakini.com/news/302425




5 comments:

Anonymous said...



tiap2 hari aku tengok pm menipu

Anonymous said...

Menteri sekarang dah out of touch. Nazri memang biadap tak kala beliau mengelar Tun sebagai bapa racist semasa zaman pak lah. Dah kena penangan sebab tu tak berani. Lepas tu nak belasah anak raja. Bila menteri dah tak guna otak begitulah jadinya.

Bilamana Tun mengekang kuasa Raja tak perlu pun dia bersikap biadap tapi Nazri perlu bersikap biadap hanya sekadar nak suruh anak raja berhenti memberi komen. He is so stupid.

Macamana kita nak harap menteri seperti Nazri mempertahankan negara dan orang Melayu?

Anonymous said...

Selahi najib jadi pm...malaysia dlm bahaya kerana malaysia sudah tunduk dan dijajah oleh yahudi proksi singapura...najib boneka yahudi dan kristian evangelist. ....

Anonymous said...

betoi ka seluruh umno sokong najib.
kalau betoi maknakata umno is a gone case....takdak harapan...putus nyawa dah

Anonymous said...

Terimalah kenyataan

Yg ampu najib sekarang ni masing2 nak kan habuan!

Dan kesan nya,

umno terpaksa berkongsi kuasa (itu kira ok lagi)

Atau lebih terok lagi,

UMNO akan di talkinkan.

Lihat disekeliling anda adakah rakyat masih menyokong najib?