Tuesday, June 9, 2015

ANNUAR MUSA: SAYA ADA DUIT, SAYA ADA PORSCHE DI RUMAH & AZEEZ RAHIM, MBA, MENTERI KEWANGAN BARU


"ROSMAH beli beg mahal. Ada duit, dia belilah. Saya pakai LV. Saya ada duit, saya belilah. Salahkah pakai beg LV? Tak salah. Yang salah kalau pakai duit haram. Saya jadi Pengerusi Mara diberi Proton tetapi DI RUMAH SAYA ADA PORSCHE. Salah kah Annuar Musa pakai Porsche?" - Ketua Umno Bahagian Ketereh (Kelantan) Annuar Musa.

Image result for porsche front view

Hebat betul Ketua Bahagian Umno. Orang Ketereh boleh pakai Porsche.

Hari ini spekulasi bertiup KENCANG, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang akan DIGUGURKAN oleh Najib Razak dalam satu rombakan di bulan Ramadan nanti.

Antara Menteri baru yang akan dilantik ialah: ANNUAR MUSA. BERUNTUNGLAH Ketua Setiausaha (KSU) yang akan ber"boss"kan Annuar Musa sepertimana KSU Kementerian Luarbandar yang dulu semasa Annuar menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2001.


Turut dikhabarkan akan menjadi Menteri penuh ialah Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim MBA yang telah BERJAYA menjual tanah yang dibeli dari 1MDB dan Tabung Haji meraih KEUNTUNGAN sebanyak RM5 juta.  https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/06/08/apa-deal-di-arab-saudi/


Memandangkan kononnya Najib akan MELEPASKAN jawatan MENTERI KEWANGAN, alangkah baiknya sekiranya AZEEZ RAHIM MBA diberi PORTFOLIO Menteri Kewangan kerana beliau memiliki MASTERS in Business Adminstration dari PRESTON UNIVERSITY, USA.


Dan ini yang ditulis oleh seorang blogger ketika Azeez MBA dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/01/14/be-professional-about-politics-part-ii/

Kita ingin mengalu-alukan lah PERLANTIKAN Azeez MBA dan Annuar Musa jika spekulasi ini benar.


9 comments:

Anonymous said...

Terpulanglah pd orang melayu. pemimpin diatas hidup dlm kemewahan & tidak langsung rasa bsalah kpd penyokong mereka rakyat yg marhaen ini.

begitulah hina nya bangsa melayu. dihina oleh bangsa mereka sendiri.. dihina oleh annuar musa, seorang melayu.

betul kata orang. Melayu tipu melayu. Melayu hina melayu.

Anonymous said...

Tak takut Tuhan tuan punya blog ni adu domba dan tabur fitnah. Tak suka kt Najib carilah benda yg ada fakta, jangan fitnah. tuan akan bawak dosa tu ke Mahsyar nanti kalau tak dpt minta maaf dr org yg tuan fitnah..

DUnia skrg CASH Tuhan balas..takut2 kt dunia lg tuan akan dirundung bala dan masalah sebab suka pecah belahkan umat Islam..

Anonymous said...

Jika MBA pun MENIPU?

apakah beliau tidak akan menipu orang lain?

& kita tak nafikan tanpa PHD boleh jadi Menteri yg bijak, namun jika mempamerkan MBA tipu, ia melambangkan kebodohan & kejahatan orang itu yg berhelah untuk meraih keuntungan haram.

sedih sekali, koleksi menteri BADUT selain menteri ayam, menteri gst, menteri prepaid yg terang2 membengongkan rakyat dizaman orang bukan bodoh seperti mereka..

Apa standardla..Kabinet ayam Najib ni..

Anonymous said...

layakkah org yg menipu kelulusan jadi pengerusi tabunh haji?

tu saja aku nak tanya PM kalau aku jumpa dia

Anonymous said...

Kalau betullah pm nak lantik annuar musa dan azeez rahim jadi menteri, aku give up lah. Tak ada org lain ke? Kenapa pm mesti lantik org yg ada isu. Kalau mcm inilah. Aku tak akan keluar mengundi kali ini.

Anonymous said...

Salleh said Keruak boleh ganti Timbalan Perdana Meteri...
Ali Tinju boleh jadi orang kanan Pahlawan Bugis..kah..kah..kah..

Anonymous said...

yang menyerang umno ni semuenye haramjadah,sebab tak dapat kan sesuatu

Anonymous said...

Any man can make mistakes, but only an idiot persists in his error.
Marcus Tullius Cicero

“It will take time to restore chaos”
― George W. Bush

“They say even death can't cure an idiot.
-Ririn”
― Tite Kubo

“The kind of man who wants the government to adopt and enforce his ideas is always the kind of man whose ideas are idiotic.”
― H.L. Mencken, Minority Report

“You can't make anything idiot proof because idiots are so ingenious.”
― Ron Burns

Anonymous said...

Lah, sapa lak nak melarang awak beli porsche, lv, hermes ke bagai. belilah byk2 jet fighter pun boleh beli kalau dah mampu bawak pegi tgk bola.
memang itulah warisan karun dan hamann zaman berzaman. lepas tu tunjuk dan cerita kat orang.