Sunday, November 16, 2014

PERHIMPUNAN NGO MELAYU LEBIH RELEVAN DARI PERHIMPUNAN AGONG UMNO?

 DI dalam politik, jarang sesuatu perkara berlaku secara KEBETULAN. Dalam banyak situasi, ia berlaku secara DIRANCANG.
Pada hari AHAD minggu hadapan, 23 Nov 2014, satu Konvesyen Perpaduan Nasional besar-besaran yang akan dihadiri oleh 1,500 NGO Melayu akan diadakan di ibukota Kuala Lumpur (Dewan Muktamar, Pusat Islam).

Perasmian akan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan lepas MENARIK BALIK SOKONGAN BELIAU KEPADA NAJIB RAZAK.

Konvesyen ini diadakan 3 hari sebelum ucapan Najib di Perhimpunan Agong Umno dan 2 hari sebelum Najib berucap secara tertutup di hadapan lebih 3,000 perwakilan Umno di majlis pre-council Perhimpunan Agong.

Konvensyen ini diadakan secara KEBETULAN sebelum Perhimpunan Agong Umno?

TIDAK MUNGKIN!

Ianya sudah pasti dirancang awal.

Kenapa?

Mungkin kerana orang Melayu sudah kurang yakin dengan relevannya Perhimpunan Agong Umno.

Apa tidaknya. Awal-awal lagi perwakilan yang akan membahas usul di Perhimpunan Agong Umno sudah diberi panduan, apa yang boleh dibangkitkan, dan apa yang DIHARAMKAN.

Maka, NGO Melayu beramai-ramai berpakat mengadakan Konvensyen ini sebelum Perhimpunan Agong Umno.

Dan perasminya ialah Tun Dr Mahathir, PENGKRITIK HEBAT NAJIB.

Semasa konvensyen tersebut, beberapa perwakilan NGO akan berucap, dan tidak seperti Umno, mereka BEBAS membahas isu orang Melayu.

Mereka akan membangkit isu-isu yang melanda orang Melayu, isu bahasa, tanah rizab Melayu, masalah ekonomi yang mengekang orang Melayu dan beberapa isu lain.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-1-500-ngo-sertai-konvensyen-perpaduan-1.23306

Sudah terbalik jadinya. Masalah Melayu diperjuangkan oleh NGO Melayu, Perhimupan Agong Umno pula menjadi perhimpunan puji memuji sesama sendiri.

Jelapang yakin Perhimpunan Umno kali ini tidak ubah seperti yang lepas-lepas, dipenuhi pantun, syair, nyanyian memuji Najib.

Najib akan dipuji bertalu-talu kerana kejayaan Malaysia mendapat tempat di Majlis Keselamatan PBB dan menjadi seketariat Asean bagi tahun 2015.

Masalah rakyat dibawah akan di lupakan buat sementara.

Oleh itu, kita tunggu ucapan Tun Dr Mahathir. TIDAK SALAH KITA ANGGAP UCAPAN TUN SEBAGAI UCAPAN SEBENAR PERASMIAN PERHIMPUNAN AGONG UMNO.

Dan kita saksikan sendiri, mana yang lebih demokratik dan terbuka dalam meluahkan perasaan rakyat - PERHIMPUNAN AGONG UMNO atau NGO MELAYU DI KONVENSYEN PERPADUAN NASIONAL.

5 comments:

Anonymous said...

Yang ini jom ramai ramai kita pergi...wajib pergi....silance majority....dah lama tak pergi majlis macam ni.....jom hadir ramai ramai ...mohon semua blogger blogger sebarkan seluas luasnya.....

Anonymous said...



kpd perwakilan umno, jgn lupa puji/bodek rosmah mansor sekali

Anonymous said...

Saya melayu islan dari sarawak.....insyallah akan hadir pada perhimpunan nanti atas kapasiti individu bukan mewakili mana NGO. Saya tahu peluang untuk tanya soalan kepada TDM dan Tun Hamid adalah zero. Namun saya ada cadangan jika ada a mediator who could arrange for a 4 eyed meeting between tun mahathir and najib to thrash out key issues like BRIM, malays n muslims...etc. insyallah....a positive outcome could be achieved......any comment please?

Anonymous said...

Saya dari perlis juga akan turun

Anonymous said...

In Shaa Allah akan hadir.