"UMNO DILIHAT LONGLAI, TIDAK BERANI KE HADAPAN. Ramai pihak mula persoal perkara pokok perjuangan asas hak-hak kita dan ini dibuat secara terbuka walaupun dulu tidak berani apatah lagi kini ada media sosial." - Timbalan Presiden Umno Muhyiddin semasa merasmikan Konvensyen Umno Terengganu Sabtu lepas (1 Nov 2014)
http://www.astroawani.com/news/show/umno-perlu-lebih-berani-jika-mahu-kekal-pembela-rakyat-muhyiddin-47470
Baru-baru ini apabila Jelapang menulis mengenai "Generasi muda mengamuk" ada yang memberi komen dengan memaki hamun. Jelapang bukan blogger cari makan seperti sesetengah blogger yang diberi imbuhan bulanan oleh Menteri, Ketua Bahagian ataupun pemimpin pembangkang. Jelapang hanya orang kampung yang melihat tingkah laku pemimpin dan parti politik dari jauh. Oleh itu tak perlulah memaki hamun. (Mulai hari ini, sebarang komen yang mempunyai perkataan memaki hamun akan dipadam oleh Jelapang).
Berbalik kepada Muhyiddin Yassin. Tiba-tiba Muhyiddin membuat kenyataan Umno longlai. (Janganlah pula mereka yang ingin memberi komen, memaki hamun Tan Sri Muhyiddin kerana melabel Umno longlai)
Jelapang telahpun menulis bagaimana generasi muda kini berani bangun dan menyuarakan pandangan tanpa sebarang perasaan takut seperti mana yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini.
Kenapa mereka bertindak sedemikian? Kerana pemimpin Umno longlai. Mungkin betul kata Muhyiddin.
Siapa di kalangan Menteri, Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen hari ini yang berani bangun dan memperjuangkan kepentingan rakyat dan graduan?
Muhyiddin? Najib?
Hanya Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah saja yang berani bersuara. Mana yang lain? Yang lain kini dilihat mementingkan diri sendiri.
Untuk pengetahuan Muhyiddin, di akar umbi sekarang ini, mereka mengharapkan Tan Sri Muhyiddin juga tidak longlai.
Jelapang mengharapkan Muhyiddin tidak dilabelkan standard ketua kampung dan ketua cawangan saja. Setakat ini tiada rekod menunjukkan Muhyiddin berani menegur Perdana Menteri walaupun ada dasar dan tingkahlakunya tidak berkenan di hati rakyat.
Para graduan dahagakan kepentingan mereka diperjuangkan. Kos pengajian meningkat, gaji selepas graduan rendah dan kos hidup tinggi. Di mana pemimpin yang sepatutnya melindungi mereka?
Kita yakin, selepas ini Muhyiddin akan menjadi contoh kepada semua ahli Umno bahawa beliau BUKAN di kalangan pemimpin longlai.
Kita menanti dengan penuh sabar akan JANJI Muhyiddin untuk memperjuangkan hak-hak kita sebagai rakyat tanpa takut dan segan.
Kerana kita tahu, Muhyiddin bukan standard ketua kampung atau ketua cawangan yang hanya berani menjerit di kedai kopi dan beliau tidak longlai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Umno memang longlai....semalam Najib baru henjut Umno selangor....kenapa baru semalam ????
Sebelum ni, Muhyidin kata usul2 dlm mesyuarat Umno banyak yg dibakulsampahkan...kenapa???
Rumusan akhir, paling mudah....siapa ketua dan siapa timbalan ???....DAN APA YANG ANDA BUAT ????....orang tua2 kata perkara ni samalah macam 'meludah ke langit '....kedua2nya perlu bertanggungjawab dan menyusun semula strategi dan barisan.
Post a Comment