Kita terbaca satu kritikan bahawa perhimpunan ini tidak ubah seperti Red Carpet Hollywood, di mana pemimpin-pemimpin Umno memperagakan kereta siapa paling cantik dan terbaru dan sampin siapa paling mahal.
Debat akan dipenuhi hilai ketawa oleh perwakilan, gambaran seolah-olah bahawa Perhimpunan Umno tidak lebih dari satu karnival dan selepas tamat karnival, pemimpin beramai-ramai keluar negara bercuti.
Jelapang tidak setuju dengan pandangan ini walaupun dari satu segi ada juga kebenarannya.
Kita tahu, ada di kalangan pemimpin mengambil serius perhimpunan tahunan ini. Mereka melihat inilah sebagai gelanggang atau forum sebenar untuk pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian mencurah perasaan mereka dan menyampaikan perasaan gundah gulana dan rintihan rakyat bawahan kepada pemimpin atasan.
Tetapi belum lagi Perhimpunan Agung berlangsung, sudah KEDENGARAN RUNGUTAN di akar umbi bahawa Presiden Umno Najib Razak akan MELARANG perwakilan yang akan membahas usul dari MEMBANGKIT PERKARA YANG KURANG DISENANGI PIHAK PIMPINAN ATASAN.
Katanya, pucuk pimpinan akan mengadakan pertemuan dengan semua pembahas dan memberi GARIS PANDUAN, apa TOPIK YANG BOLEH BANGKITKAN dan apa TOPIK YANG HARAM DIBANGKITKAN.
Kalau benarlah dakwaan ini, tidak salah kita katakan bahawa UMNO kini di ZAMAN KEGELAPAN.
Kalau ahli Umno sendiri tidak dapat menyuarakan kegelisahan mereka dan memberi pandangan kepada pemimpin mereka di dalam pertemuan setahun sekali ini, maka tidak salahlah persepsi rakyat bahawa Umno kini menuju kehancuran.
Kalau benarlah tuduhan ini, adalah lebih baik Najib menubuhkan satu panel menulis skrip ucapan perbahasan dan apabila tiba masanya, skrip ini diedarkan kepada pembahas untuk membacanya di hadapan lebih 3,000 perwakilan.
Generasi muda pun sudah membuat kesimpulan bahawa Umno bukan lagi parti yang boleh menerima pandangan dan teguran.
Mungkin kali ini giliran ahli Umno pula dihalang menegur kepimpinan.
Betapa bersimpang jauhnya Umno hari ini.
Jelapang terbaca satu kenyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Rais Yatim bagi mengimbas kembali suasana perhimpunan agung pada tahun 80an:
"Masa itu Menteri DITEGUR dalam setiap ucapan (perwakilan). Orang Umno berani tegur Menteri. Saya sendiri kecut perut untuk melawan hujah antaranya Syed Sahab dari Johor dan Datuk Taha dari Negeri Sembilan. Menjawab sesuatu isu diwajibkan kepada Menteri berkenaan. Jawapan yang ditekankan mestilah memuaskan.
" Di situ boleh dilihat Menteri mana yang berkebolehan dan menyerlahkan dasar-dasar di Kementerian masing-masing."
"Dulu pembahas tidak ditetapkan malah ada dipilih secara rambang di kalangan yang duduk di bawah."
Malangnya, hari ini, kesemua pembahas dipilih oleh pemimpin dan kandungan perbahasan pun ditapis oleh Majlis Tertinggi.
Bagi Jelapang, sekiranya perkara ini berlaku hujung bulan ini, jelaslah Umno kini di ZAMAN KEGELAPAN di mana ahli sendiri pun sudah tidak boleh menegur di dalam keluarga sendiri.
6 comments:
Bah. Pertama:
Aku dah MELUAT benaq dgn pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL; yg. asyik BERPURA-PURA! Di mana pemimpin UMNO utk. MEMPERTAHANkan Islam/umatnya dgn. amat BERANI serta membantu Islam/Melayu MISKIN termasuk keluarga pesara POLIS dan kaum Org. Asli Che Wong ini – tapi asyik suka DIPUJI si Barat-Zionis, nak jadikan Malaysia ni “negara maju”-ala-Barat/Zionis; dan terus MENJEMPUT si PENDATANG KAPIRDAJAL warga asing utk. MEROMPAK tanah pusaka nenek moyang kami ini di bawah progran "Rumah Keduaku"!
Sedgkan BUMIPUTERA Islam/Melayu makin terpaksa jadi PENGEMIS termasuk diROMPAK TANAH RIZAB MELAYU kita terutamanya di Pulau Pinang, Johor dan Selangor, pusaka nenek moyang kami – maka dasar undg-undg Perlembagaan BUMIPUTERA dan Tanah Rizab Melayu yg. berasaskan Wasiat Raja-Raja Islam/Melayu, telah diPERMAINkan dan diPIJAK dgn sewenangnya tanpa rasa BERSALAH lansung, oleh pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT, yg. sibuk mengKAYAkan anak-beranak depa! Di samping BERZUMBA terhegeh-hegeh kat sini sana dan BERPELUKAN dgn. si gong-eng- SIAL DAPBANGKAI!
Lihat di –
1. http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/pendapatan-bergantung-bantuan-jkm-jiran-1.22103Pendapatan bergantung bantuan JKM, jiran , Empat beradik hidup daif, OLEH ZULHISHAM ISAHAK (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 November 2014:
MUAR 7 Nov. - Kedaifan hidup memaksa empat beradik termasuk dua warga emas tinggal dalam keadaan serba kekurangan di rumah pusaka milik bapa mereka di Kampung Kenangan Dato’ Abdullah Jaafar, di sini sejak beberapa tahun lalu.
Kesemua ahli keluarga tersebut yang mendiami rumah awam di kampung itu tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira RM500 sebulan.
Empat adik-beradik itu, Saadiah Jaafar, 64; Saedah, 62; Nooraini, 48 dan Saiful, 47 juga terpaksa berhutang atau menagih simpati jiran-jiran untuk hidup selain kerap mengikat perut atau tidak makan beberapa hari kerana tiada makanan.
.....Berikutan kesusahan hidup itu, Saadiah meminta pihak berkenaan tampil membantu mereka terutama Baitulmal supaya dapat membantu Saedah kerana pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk meminta bantuan daripada UMNO Bahagian Bakri.
“Kami juga berharap persatuan pesara polis dapat memberikan bantuan kerana ayah kami dan suami saya merupakan pesara polis. Modal perniagaan juga diharap dapat diberikan untuk kami berniaga nasi lemak atau pisang goreng di kawasan rumah,” katanya....
Makcik Sambal Belacan.
Lanchang, Pahang jauh berbeza dengan rumah penduduk di negara ini.
Ruang tamu rumah mereka lapang tanpa televisyen dan perabot.
Begitu juga bahagian dapur yang kosong tanpa perkakasan elektrik.
Apa yang ada hanyalah tin dan balang yang digunakan semula untuk mengisi barang-barang keperluan memasak.
Rumah berlantai dan berdinding buluh yang siap dibina kira-kira tiga tahun lalu itu sedikit bergoyang semasa kami melangkah naik melalui tangga yang diperbuat daripada batang pokok hutan......
3. di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/makan-nasi-kuah-air-setiap-hari-1.13380, Makan nasi kuah air setiap hari, OLEH AZELI ALI, AZELI.ALI@UTUSAN.COM.MY | 16 Oktober 2014:
PULAU PINANG 15 Okt. - Hidangan mereka hanyalah nasi putih berkuahkan air sejuk yang dikongsi bersama 13 orang dan dinikmati sekali sehari. Bayi yang berumur setahun pula hanya mampu diberi minum air gula kerana ibu bapanya tidak mampu membeli susu formula.
Lebih malang, keluarga yang tinggal di Flat Green Garden dekat Paya Terubong di sini, terpaksa bergelap sejak sebulan lalu dan bergantung pada bilik air yang disediakan di kolam renang flat tersebut untuk mandi setelah bekalan elektrik dan air dipotong berikutan bil tertunggak sebanyak RM500.
Selain Muhammad Nazmir Abdullah, 27, dan isteri, Nurul Nadia Zulkifli, 25, bersama tiga anak mereka berusia lima, tiga dan setahun, rumah flat dua bilik itu turut didiami dua ibu tunggal dengan masing-masing mempunyai dua dan empat orang anak.
Menurut Muhammad Nazmir, rumah itu sebenarnya adalah kepunyaan kakak iparnya, Siti Maisuri, 27, yang tinggal bersama empat anak berusia antara dua dan tujuh tahun setelah ditinggalkan suami kira-kira setahun lalu.
"Selain keluarga saya, rumah ini turut didiami seorang lagi kakak Nurul Nadia iaitu Siti Fatimah, 33, yang juga merupakan ibu tunggal bersama dua anaknya berusia 17 dan 10 tahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini......
Makcik Sambal Belacan.
Betul dan tidak dapat disangkalkan , pembahas sekarang diberikan takliumat terlebih dahulu oleh perhubungan negeri untuk bercakap mengenai topik tertentu sahaja ,(mungkin ada penafian selepas ini)tetapi yang benar tetap benar, pemimpin hanya perlu diampu apatah lagi kata kata ampu dituju khusus kepada ieteri presiden , maka akan berlambaklah projek bergolek keriba..
Lg dulu pon dah mmg ada jawatankuasa yg tapis semua topik...
Lg zaman tun dah ada.....
Jawatankuasa ni nak selaraskan topik yg dibawa supaya tak redundant....
Supaya topik ikut arus semasa.....
Lg satu....memana yg dah dibahaskan di parlimen tak yah ulang lg...
Sbb nak pastikan kualiti topik yg dibawa tak jatuh.... yg mana2 isi dia kurang akan ditambah lg dgn fakta2 dari negeri lain....
Skrg pon macam tu jugak.... mereka ikut garis panduan yg sama....
ISMA ialah wakil Melayu Islam....!!
UMNO hnya utk korporat cari projek..
ISMA..sila daftar sbgai parti politik...undi DUN dan Parlimen utk wakil ISMA....
PASMA...boleh blahh..
Saya setuju dgn pandangan anon 5.07. Memang dulu ada jawatankuasa utk tapis topik.
Tak salah tapis topik. Tapi janganlah halang perwakilan nak luahkan perasaan.
Di bawah dato najib ni pelik betul. Ds hishamuddim husiin panggil semua pembahas dan bagitau bhw ds najib tak mau perwakilan bangkitkan isu negatif.
Apa definisi negatif. Tak kan kerakusan pemimpin isu negatif.
Tak kan tak boleh tegur pemimpin.banyak perkara pemimpin boleh ditegur.
Ada menteri bagi projek kpd anak. Anak anggota kabinet bagi projek rm4b kpd menantu. Org d bahagian nak minta projek buat pagar pun kena tendeer.
Tak kan nak tegur tak boleh. Takat nak cakap pasal ekon bumiputera, tiap tahun cakap. Yg dpt projek org yg sama.
Harga barang mahal. Pendapatan rendah. TAk kan tak boleh bangkitkan.
Lemah sangatlah pm kita ni sampai takut nak berhadapan isu rakyat.
Apa salahnya bdebat. Kalau isu yg dibangkitkan perwakilan salah, jawablah . Apa susah sangat.
Perwakilan tau adab berdebat. Tak payahlah d hisham nak panggil perwakilan makan dan sampaikan utusan dari pm suruh perwakilan jgn bangkit itu ini.
Apa salah tegur menegur
Post a Comment