Sunday, November 9, 2014

NUR JAZLAN: UMNO TUA, AHLI MAJLIS TERTINGGI TUA, PEMIKIRAN MEREKA JUGA TUA


HARI ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu interbiu dengan Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed.

Beliau adalah anak kepada Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung Umno. Nur Jazlan pernah menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada satu ketika dulu.

Selepas membaca interbiu tersebut, Jelapang membuat kesimpulan bahawa inilah pandangan pemimpin-pemimpin muda di dalam Umno. Dan pandangan ini bertentangan dengan pegangan hampir keseluruhan pemimpin tua di dalam Umno.

Kita berharap pemimpin-pemimpin yang berumur seperti Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi, Hassan Malek, Shahidan Kassim dan Tajuddin Rahman, Adnan Yaakob, Mohamed Hassan, Musa Aman dan pemimpin lain membaca artikel yang diterbitkan oleh akhbar Star hari ini walaupun Jelapang tahu ada di antara Menteri-Menteri ini kurang faham bahasa Inggeris dan tidak membaca akhbar Inggeris.

Untuk tatapan semua, Jelapang senarai petikan dari interbiu tersebut:

1. Bila saya menyertai politik, saya ingatkan sebagai seorang profesional, saya akan dapat memperbaiki politik. Tetapi sebenarnya apabila seseorang itu berada di dalam politik, rupa-rupanya dia akan menjadi "salah satu bata di sebuah dinding (just one of the bricks in the wall).

2. Saya amat bosan dengan kekurangan usaha untuk meremajakan parti dengan memberi ruang kepada orang muda. Saya hanya mahu memberikan satu mesej yang jelas tetapi usaha ini juga membunuh karier politik saya kerana saya mencabar orang nombor dua di dalam parti yang juga Timbalan Perdana Menteri.

3. Itu sebabnya Perhimpunan Agong Umno semakin MEMBOSANKAN tahun demi tahun kerana mereka bercakap perkara yang sama. Mereka mengurung diri di dalam satu bilik dan hanya bercakap mengenai bangsa mereka, agama dan isu kesultanan apabila membicarakan agenda Umno.

4. Sebagai contoh, mereka tidak mahu mentafsirkan Akta Hasutan secara total dan melihat bagaimana ia memberi kesan kepada agama dan bangsa lain, tetapi sebaliknya Umno hanya mahukan Akta tersebut melindungi hanya Raja-Raja, hak orang Melayu dan Islam. Jika orang lain mengkritik tiga perkara ini, mereka akan kena. Tetapi bila ahli Umno menghentam orang lain, OK, tak mengapa. Cara PEMIKIRAN LAMA ini lah yang menyebabkan MAJORITI DARI RAKYAT KITA MARAH DENGAN UMNO dan mereka mempunyai PERSEPSI BAHAWA UMNO TUA. Bukan saja AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO YANG DUDUK DI ATAS PENTAS dan perwakilan UmnoTUA, malah PEMIKIRAN MEREKA JUGA TUA.

5. Soalan Star: Bagaimana hendak meremajakan parti.
Nur Jazlan: TUKAR PEMIMPIN! Lihat DAP. Mereka mempunyai pemimpin muda seperti Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang), Tony Pua (PJ Utara) dan Dr Ong Kian Ming (Serdang). Ong Kian Ming berusia 32 tahun, Chin Tong, 34. Zairil Khir Johari juga muda dan sekarang DAP sedang membimbing Dyana Sofya yang berusia 24 tahun. 

Sebaliknya di dalam Umno. walaupun saya akan berusia 49 tahun tahun depan dan tidak lagi muda, SAYA MASIH DI ANGGAP MUDA DI DALAM UMNO.

6.  Malah di dalam PKR pun, mereka ada Rafizi Ramli yang datang entah dari mana dan sering membuat "bising" (membangkitkan isu). Dan PKR ada Nik Nazmi, pelapis di Selangor yang bakal mengambil alih sebagai Menteri Besar dari Azmin Ali.

7. Saya sedang cuba untuk MENGHAPUSKAN PEMIKIRAN LAMA di dalam Umno dan dalam masa yang sama saya sendiri menjadi tua. Saya akan terus memperjuangkan walaupun keseorangan.

8.  Soalan: Adakah Dato' akan menerima tekanan dari Umno?

Nur Jazlan: Apapun, mereka TIDAK SUKA SAYA. Saya kalah apabila saya bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi.

Mereka melihat saya sebagai seorang yang tidak mahu mempertahankan cara lama. SAYA TELAH PUN MENCAPAI KEDUDUKAN MAKSIMUM DI DALAM UMNO.

Bagi seorang profesional seperti saya, kedudukan sekarang adalah paling tinggi untuk saya di dalam Umno. Seseorang perlu menjadi BAKA SPESIAL untuk naik lebih tinggi di dalam Umno.

Dan usia tidak lagi membenarkan saya untuk terus bermimpi mencapai kedudukan lebih tinggi di dalam parti.

Itulah kedudukan paling terbaik untuk orang muda. Oleh itu saya akan terus menjalankan peranan saya sebagai penjihad  "PAC" (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara).


Untuk membaca artikel penuh temuramah Nur Jazlan, sila klik link ini:  http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/09/Rebel-with-a-cause-At-48-Datuk-Nur-Jazlan-Mohamed-believes-he-has-achieved-the-highest-he-can-go-po/ 



9 comments:

Anonymous said...



bukan tua.


TUA BANGKA

Anonymous said...

PEMUDA UMNO ?????
TERLALU MUDA pulak.... ZUMBA ZUMBA .
MASAALAH MELAYU DAN ISLAM TAK TANGANI,...
ZUMBA juga DIDAHULUKAN !

Anonymous said...

Apa apalah nur jazlan. Pemikiran manusia tidak semestinya sama seiras. Yg muda akan jadi tua, yg tua akan mati. Umno bukan muda lagi. Nak meremajakan umno yang dah tua? Bukankah langkah kamu seumpama membunuh umno? Apapun, teruskan jika itu kamu rasa betul.

Anonymous said...

Dia ni sebenarnya salah sorang manusia yang kecewa sebab tak dilantik menjadi menteri jadi melalak sana sini.Jenis manusia cakap tak serupa bikin dulu masa masa muda remaja diam.

Anonymous said...

Tak ramai dlm umno berani bersuara mcm ni.


Yg lain sayang jawatan.. Kaki bodek

akmy said...

Kecik sungguh “jiwa” dia ni walau pun nama bermula dengan “cahaya”. Politik/UMNO ni asalnya bukanlah untuk duit, pangkat, jawatan dan gelaran. Tidak salah kita utamakan agama, bangsa dan Negara. Tapi cara dia ni mengutarakan pendapat macam seorang yang dengki, tamak dan tidak teguh dengan parti sendiri. Gelaran “Datuk” dah ada, duit agaknya dah cukup tak perlu kais pinjam sana sini untuk sekolah anak2. Cuma belum dapat jadi Menteri atau PM...sabarlah, jawatan itu sedikit, orang yang layak ramai. Percayalah, apa yang hak kita tapi tak dapat di dunia ini akan digantikan dengan yang jauh lebih besar di akhirat nanti. Beratus ribu mungkin berjuta orang yang terus berjuang demi agama, bangsa dan Negara, tanpa ada sebarang gelaran, jawatan dan hanya cukup makan dari segi kewangan. Janganlah mudah mengambil DAP sebagai contoh kerana dalam UMNO sendiri adalah lebih banyak dan jauh lebih baik untuk dicontohi. UMNO ada Putera/Puteri, Pemuda dan berbagai lagi. Apalah sangat dengan DAP tu, panduannya tetap datang dari orang tua spt Lim Kit Siang dan siapakah dalam DAP yang berani menegur atau memberi pendapat berlainan dari orang atasnya. Tengku Aziz yang kata demonstrasi lebih banyak mendatangkan kekecohan, itu pun terus diketepikan begitu saja. Ambillah contoh Khalid al-walid, yang sedang memimpin pasukannya tetapi apabila sampai arahan dia digantikan, dia terus akur dan berjuang sebagai tentera biasa. Apa pun teruskan perjuangan yang baik membetulkan UMNO agar terus kukuh. Selama ini pun telah ramai para pemimpin UMNO yang terkuak ketepi atau gugur dalam proses pertumbuhan pucuk muda, ibarat pohon jati yang berusia berates tahun tapi makin kuat. Apa pun kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan.

Anonymous said...

Tengku aziz yang nyanyuk tu ke

Anonymous said...

Lim kit sial yg racist bigot tua yg langsung tiada contribution terhadap nation building kecuali pencetus huru hara 13 mei itu pun dah tua nak mampus memerintah DAP cara kuku besi dgn anak nya.

Nur Jazlan lahir drp baka bekas org kuat umno tlg lah ubah umno drp dalam dan jangan luahkan dirty linen in public. Lebih lagi bercakap dgn evangelist the star. Mereka ni hancurkan umno aje.

Najib ni tiada clue memimpin umno mcm TDM. Dia asyik playsafe je asal kedudukan dia selamat. Dok cakap pasal transformasi lah bluè ocean strategy lah dll tapi tiada substance atau perubahan yang di bawa didalam pengurusan umno. Itu sebab dia dok bela cina voters dgn menyokong sekolah cina dan bagi bantuan berjuta2.

Org lama pun dlm umno kena terima hakikat jangan dok pertahan jawatan sebab nak balun peruntukan aje dan projects. Kekadang rezeki mcm ni tak tahan lama sebab dapat pun cara menipu dan untung melambung drp biasa.

Tengok je lah keluarga bekas org umno yg terlibat dgn gejala begini adakah keluarga mereka bahagia hari ini?

UMNO ialah parti orang Melayu bergantung perjuangan bukannya parti untuk ahli bergantung mencari kekayaan. Ingatlah itu supaya satu hari nanti kaum Melayu tidak hidup didalam penyesalan.

Anonymous said...

Memang x suka sgt la dia nie walaupun sya org johor...ucapan dia memang selalu masuk media pembangkang...memang la pembangkang ada Rafizi yg kaki fitnah...pemimpin mcm tu nk jadikan contoh...UMNO lagi ramai pemimpin pelapis muda.