Saturday, November 22, 2014

MUHYIDDIN TIDAK AKAN MELEPASKAN JAWATAN TPM/TIMBALAN PRESIDEN UMNO



Ada KHABAR ANGIN mengatakan Muhyiddin Yassin akan melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

Tetapi ini kenyataan Muhyiddin kepada akhbar hari ini:

"Bagi saya selagi DIBERI KEYAKINAN DAN SOKONGAN OLEH PRESIDEN DAN AHLI parti mahukan saya berada di sini, saya AKAN TERUS memberikan khidmat yang terbaik.
Kerana saya faham, insaf dan sedar kita berhadapan dengan apa yang disebut awal tadi (situasi hidup atau mati). Sama ada itu boleh membantu, terserah kepada kepimpinan. Oleh sebab itu dalam tempoh BEBERAPA TAHUN MENDATANG, saya fikir SAYA MASIH ALIVE AND KICKING. saya MASIH HIDUP DAN MASIH MENENDANG kalau ikut tafsiran bahasa Inggerisnya, MENENDANG ITU BUKAN UNTUK MENENDANG SESIAPA.
Saya fikir SAYA ADA LAGI KEPUPAYAAN UNTUK MEMBANTU PIMPINAN UMNO dan kerajaan. Jadi SAYA AKAN TERUS berikan perkhidmatan. TAK PAYAHLAH BICARAKAN SOAL BILA SAYA NAK BERHENTI atau apakah benar begitu.
Saya berfikir juga kalau dianggap sudah bersedia (hadapi PRU), bolehlah saya berundur tetapi saya tengok keadaan sekarang tidak sebegitu, dilihat MASIH PENTING UNTUK SAYA BERADA DI SINI DAN SAYA KENA TERUS BANTU.
Sebab itu bagi saya, AKAN TERUS KEKAL SELAGI MANA DIBERI KEPERCAYAAN OLEH PERDANA MENTERI DAN AHLI PARTI."
http://www.utusan.com.my/rencana/bangkit-atau-terima-padah-muhyiddin-1.27648

MUNGKIN ada di kalangan pemimpin yang kecewa dengan kenyataan ini kerana amat berharap mendapat LALUAN MUDAH untuk menjadi TPM TANPA melalui proses pemilihan parti.

3 comments:

Anonymous said...

Jangan lah mcm tu tan sri. Tendang lah dia tu

Anonymous said...

Siapa yg nak laluan mudah tu.

Anonymous said...

Yang nak laluan udah tu ,kalau dah duduk di atas akan jadi semacam juga dengan yang ada sekarang.Lebih baik yang ada sekarang tekatkan bantu melayu terus menerus.Jangan takut pada sesiapa demi Bangsa Agama dan Negara Melayu ini.

Kalau takut gertak orang kerana membela bangsa sendiri, lebih baik turun !

Cikgu"S"