"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya." - NORA DANISH.
http://www.sinarharian.com.my/rumah-rm7-2juta-hadiah-nadim-untuk-nora-danish-1.209038
Ini kata-kata dari seorang pelakon Nora Danish dalam memperjelaskan pembelian rumah mewah yang dikatakan bernilai RM7.2 juta dan sebuah kereta mewah (Ferrari) yang dibeli oleh Nedim, anak kepada Menteri Pelancongan Nazri Aziz.
Sebenarnya, bukan pedagang-pedagang Cina saja yang kaya di Malaysia sekarang ini. Ada juga orang Melayu seperti Nedim yang kaya raya pada usia yang muda.
Alangkah baiknya sekiranya Najib Razak menimba sedikit ilmu dari Nedim dan bapanya akan RAHSIA menjadi kaya dan mungkin ILMU ini dapat digunakan untuk MEMPERKAYAKAN kaum MELAYU yang begitu ketinggalan ini.
Banyak RAHSIA orang Melayu yang tidak dikongsi bersama. Anak Raja Nong Chik juga ada RAHSIA. Begitu juga anak JAMALUDDDIN JARJIS, anak TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP dan juga anak NAJIB sendiri, NAZIFUDDIN.
Setakat memperkasakan orang Melayu dengan menyimpan di dalam ASB2, orang Melayu tidak akan kaya.
JELAPANG hanya ada RM415.26 di dalam ASB (pertama).
Tuesday, October 8, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hu hu hu.... Kesian la kat org miskin yg susah tu nora oiii.
Paling tidak pun kesian la kat rakyat myanmar yg merempat kat malaysia ni. ramai yg mintak sedekah kat Jalan TAR.
Masalahnya mana dia dpt $ beli rumah & kete mahal?
itu pokok persoalanya.
Post a Comment