Geli hati apabila kita membaca cerita-cerita kempen pemilihan sekarang ini. Semalam terbaca kisah Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan mempermainkan Menteri-Menteri Kabinet termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hassan Malek.
Kata satu laporan akhbar semalam: Mohamad Hasan memperli beberapa Menteri yang telah menggunakan taklimat rasmi untuk berkempen terutamanya Hassan Malek yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi, yang dikatakan menggunakan taklimat mengenai harga ayam untuk berkempen.
"Turun harga ayam apa? Kempenlah ni. Kempen saja. Jangan takut - disambut dengan ketawa para hadirin di majlis tersebut (terjemahan)."
http://www.nst.com.my/nation/general/fun-sessions-in-negri-and-malacca-1.371825
Sejak akhir-akhir ini, tiba-tiba Hishammuddin Hussein, sepupu Najib Razak, umpama seperti terjaga dari tidur.
Seperti mana pemilihan-pemilihan sebelum ini, ramai pemimpin "ditelanjangkan" di akar umbi termasuk Hishammuddin.
Di akar umbi tersebar cerita mengenai seorang Menteri yang sekarang bertanding jawatan tinggi di dalam Majlis Tertinggi Umno malas bekerja, malas pergi pejabat, bangun tidur lambat dan kerap pergi bercuti tetapi rajin mencuri publisiti.
Jelapang anggap ini semua fitnah politik menjelang pemilihan Umno 19 Oktober ini.
Semalam TV3 menyiarkan temuramah bersama Hishammuddin. Sebelum ini, tiba-tiba kita terbaca cerita Hishammuddin hadir untuk menyaksikan majlis ujian pendaratan kapalterbang di KLIA2.Di akhir majlis tersebut Hishammuddin mengumumkan KLIA2 selamat. Rasa nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada bila kita baca cerita Hishamuddin ini.
http://english.astroawani.com/news/show/hishammuddin-klia2-is-safe-23406
Sebelum ini kita dihidangkan dengan gambar Hishammuddin bermesra dengan Shahrizat Jalil dan pemimpin-pemimpin Wanita Umno di Kluang.
Kita dapat mengagak kenapa Hishammuddin Hussein tiba-tiba sibuk.
Mengikut apa yang kita dengar, Hishammuddin akan kalah dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.
Jelapang pun merasakan perwakilan Umno akan menolak Hishammuddin kali ini.
Yang menariknya, kita mahu melihat bagaimana Najib mahu menyelamatkan sepupunya kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment