Friday, October 11, 2013
SHAHIDAN MENGAJAR ZAHID MENJADI "RAJA MEMBALING BATU, SEMBUNYI TANGAN"
"Saya fikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka. Kita dapat bukti, kita tembak dulu." - Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamid Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat.
http://serbukcili.blogspot.com/2013/10/panas-tembak-dulu.html
Kenyataan Zahid ini mengundang kritikan dari pelbagai pihak. Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan Zahid dengan menyalahkan media kerana menyiar kenyataan beliau. Antaranya Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang kini dilantik sebagai Menteri oleh Najib Razak.
Kata Shahidan: "Tindakan oleh media tersebut sangat tidak beretika dan tidak menghormati majlis tersebut kerana ia berlangsung secara tertutup dan tidak wajar ia didedahkan kepada umum. Apa haknya untuk mereka membuat laporan dalam sebuah majlis tertutup, bayangkan kalau hak mereka dilanggar, bagaimana perasaan mereka." http://my.news.yahoo.com/pendedahan-ucapan-tertutup-zahid-tidak-beretika-kata-shahidan-071747384.html
Kita tidak berminat hendak mengulas kenyataan Zahid. Zahid bakal Perdana Menteri kalau kita ambil kira cakap-cakap di akar umbi, beliau akan menang besar semasa pemilihan Umno pada 19 Oktober nanti.
Dengan kemenangan yang besar dan dinobatkan sebagai Naib Presiden No 1, Zahid mempunyai peluang besar menggantikan Najib dan Muhyiddin Yassin tidak lama lagi. Sebagai calon Perdana Menteri, sudah pasti Zahid telah menggunakan kebijaksanaan beliau untuk membuat kenyataan seumpama itu.
Ramai juga yang mengkritik cara Shahidan mempertahankan Zahid dengan menghentam media. Jelapang tidak terkejut dengan kenyataan Shahidan.
Dah lama Jelapang mengikuti gerak geri Shahidan. Siapa tidak kenal Shahidan. Orang Perlis mana yang tidak kenal Shahidan.
Jelapang kenali Shahidan sebagai "KAKI BALING BATU SEMBUNYI TANGAN".
Itu lah kerja Shahidan selama ini di Perlis, dari dahulu dan sehingga kini. Tanyalah bekas Menteri Besar Perlis Isa Sabu, Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid.
Kenyataan Shahidan mengenai Zahid seolah-olah mengajar Zahid "JADILAH MACAM AKU", "baling batu, sembunyi tangan".
Zahid adalah seorang Menteri Kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri.
Ke mana saja beliau pergi, beliau adalah Menteri kepada 28 juta rakyat Malaysia, siang dan malam.
Zahid bukannya Menteri waktu pejabat dan selepas waktu pejabat statusnya kembali sebagai rakyat biasa. Keistimewaan yang diberikan kepada Zahid dinikmati beliau siang dan malam.
Kalau di pejabat dilindungi oleh bodyguard polis, waktu malam pun dikelilingi oleh bodyguard polis.
Kalau Zahid membuat kenyataan secara terbuka, ianya dilihat sebagai pandangan kerajaan dan akan dilihat sebagai dasar kerajaan.
Kalau Zahid membuat kenyataan secara tertutup, walaupun di hadapan 10 orang sekali pun, ianya akan dilihat sebagai nada kerajaan.
Kenyataan Zahid, secara terbuka atau tertutup, adalah pendirian kerajaan.
Oleh itu apabila Shahidan mengkritik media kerana menyiarkan kenyataan tertutup Zahid, maka Shahidan mengajar Zahid supaya "tiru macam saya".
Di Perlis, saya (Shahidan) "RAJA BALING BATU SEMBUNYI TANGAN".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
abis ko nak suruh polis bersilat macam hadi awang nasihatkan tu?
Post a Comment