Saturday, October 12, 2013

HEBATNYA UMNO: SITI ZAHARAH YANG TELAH BERSARA PUN MENANG


Mengikut laporan sebuah akhbar, bekas Ketua Wanita Umno Dr  Siti Zaharah Sulaiman yang tewas kepada Rafidah Aziz pada pemilihan Umno 2000 menang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar di Pahang hari ini.

Begitulah hebatnya Umno. Orang yang sudah bersara pun boleh kembali hidup karier politiknya.

Jelapang berharap bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik juga dipilih semula sebagai Ketua Bahagian minggu depan.

Mengikut rakan Jelapang, sekiranya Bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid dan MB Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad turut bertanding, sudah pasti mereka juga berpeluang menang.

Begitulah hebatnya Umno.

2 comments:

Anonymous said...

a corcdile story

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888

CT Embun said...

Zaharah kembali memimpin Wanita UMNO.
Sebaliknya Hamidah di Perak kalah.'Kesian pada Hamidah.PRU 13 pun kena sabotaj.Pemilihan Ketua Wanita UMNO pun kena pancung.