Saturday, June 29, 2013

AZALINA LWN SHAHRIZAT: MANA TOKOH LAIN?

Berikut reaksi 3 blogger kepada keputusan Azalina Othman Said untuk mencabar Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Wanita Umno.

1) MAMAMIA
Wanita UMNO ramai lagi kan? Mana dia Dato' Maznah? Dato' Rosni? Banyak lagi tokoh2 kan?
Tolong lah..janganlah DS Azalina..
Memang dia pandai bercakap dan tegas tapi janganlah bagi dia jadi Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Banyak reasons tapi tak baiklah nak mengata okay..so please.

Takder ker calon lain yang lebih berkaliber lagi yang boleh bertanding melawan DS Shahrizat Jalil?
Ya Allah Ya Rabbi Ya Rasul...kita Wanita UMNO that bad ker?
Balik2 muka tu..depressing betul! 

http://mamasita-mamamia.blogspot.com/2013/06/what-takder-orang-lain-lagi-ker-azalina.html

2) OUTSYED THE BOX

I think UMNO is doomed. Dont they have anyone else?  The same old stressed out and controversial faces appearing again and again.  Both these ladies have plenty of stories behind them. There is no need to enumerate them as everyone has their own version with varying degrees of toxicity and certainty.  

Shahrizat lost her Parliamentary seat in 2008. She was appointed a Senator and a Minister. Her Senatorship was not renewed and so her Cabinet post also lapsed.  Azalina was also dropped from the Cabinet some time ago.  It looks like they are being recycled now. 

Toxic recycling.  Is this the best that UMNO can put forward? Tak ada choice lain ke?

I dont know what is wrong with Najib Tun Razak? He seems determined to destroy the party and his own career. Of course the president cannot stop people from contesting. But only if he really does not care. If the president cares he can use many means at his disposal to bring about new change. Promote lah calon baru yang non-toxic.

3) PANGLIMA PERANG CYBER
bukan Azalina Othman tidak layak namun beliau belum tiba masa yang sesuai untuk terus mendaki puncak tertinggi. Diharap beliau juga mampu dan akan dapat menerajui Wanita satu hari nanti, tetapi bukan kali ini.

JELAPANG: AKAN HANYA MENYOKONG CALON YANG TIDAK BERPARUT DAN BERKUDIS.

Friday, June 28, 2013

KETUA WANITA UMNO: AZALINA LAWAN SHAHRIZAT

SAH bekas Ketua Puteri Umno dan Ahli Parlimen Penggerang Azalina Othman Said akan mencabar Shahrizat Jalil untuk jawatan Ketua Wanita Umno di dalam pemilihan Umno kali ini.

Kata Azalina: "Ya. Saya berminat untuk bertanding. Saya sudah membuat keputusan. Kini Wanita Umno dianggotai oleh generasi baru Wanita dan mereka mampu menjadikan Wanita Umno lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik hari ini." 
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/6/28/nation/13298646&sec=nation

Thursday, June 27, 2013

JAWATAN PRESIDEN/TIMBALAN PRESIDEN UMNO DIBUKA UNTUK PERTANDINGAN

Berikut ialah kenyataan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor:


"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi. Hanya daftarkan diri...semua boleh bertanding."
Elok juga kita ingatkan akan kenyataan Presiden Umno Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 1 Jun yang lalu. Kata Najib:
"Sebagai parti demokrasi, saya bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden. Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding.”
Sementara itu, Jelapang ingin menarik perhatian kepada proses demokrasi di Australia di mana Perdana Menteri Australia Julia Gillard hilang jawatan Perdana Menteri selepas ditewaskan oleh pemimpin di dalam parti beliau sendiri selepas pengundian berikutan usul tidak percaya kepada kepimpinan Parti Buruh.
Ini lah demokrasi dan kini Umno bakal menyaksikan proses demokrasi yang sama melalui transformasi politik yang akan diperkenalkan oleh Najib semasa pemilihan Umno hujung tahun ini.

PM Julia Gillard tersungkur


Julia Gillard berucap di Parlimen Australia di Canberra, semalam. - AGENSI
SYDNEY 26 Jun - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tewas dalam pengundian menentukan kepemimpinan Parti Buruh, sekali gus mengembalikan seteru politiknya dan bekas pemimpin parti itu, Kevin Rudd mengetuai parti dan kerajaan.

Rudd yang merupakan bekas Perdana Menteri Australia memperoleh 57 undi berbanding Gillard yang menerima 45 undi dalam pengundian usul undi tidak percaya berhubung 'kepemimpinan parti' tersebut.

Kekalahan Gillard menyaksikan beliau gugur jawatan Perdana Menteri dan sebagai pemimpin Parti Buruh, dalam pendekatan parti untuk mengelak tewas pada pilihan raya umum akan datang.

Kemenangan Rudd itu juga, sekali gus menamatkan perebutan kuasa dalam parti pemerintah Australia itu yang berlaku sejak tiga tahun lalu, selepas Gillard dan Rudd masing-masing berikrar bahawa pihak yang kalah dalam pengundian kepimpinan parti itu, akan bersara daripada politik.

Gillard yang menggulingkan Rudd sebelum tamat penggal pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 2010, mengadakan undian tersebut bagi menyelesaikan persoalan tentang kepimpinan parti itu, sebelum Pilihan Raya Umum yang dijadual diadakan pada 14 September ini.

Kemenangan Rudd tersebut bakal menyaksikan pilihan raya umum diadakan pada Ogos ini bagi memberi kelebihan kepadanya untuk menarik perhatian pengundi yang masih belum mempunyai sebarang pendirian tentang kepimpinan baru parti.

Perubahan kepemimpinan dalam Parti Buruh itu berlaku berikutan beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan kerajaan minoriti pimpinan Gillard mungkin kalah teruk, selain memberi peluang kepada parti pembangkang menang dengan majoriti besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan pendapat juga menunjukkan Rudd lebih popular dalam kalangan pengundi dan kepemimpinannya sebagai Perdana Menteri, akan mengurangkan saiz kekalahan Parti Buruh.

Perubahan kepemimpinan itu dilihat tidak memberi kesan besar kepada polisi negara kerana Rudd dan Gillard menyokong kerjasama ketenteraan antara Australia dan Amerika Syarikat (AS) dan menyokong penuh peningkatan hubungan perdagangan dengan China. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130627/lu_05/PM-Julia-Gillard-tersungkur#ixzz2WuNz31qY
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Wednesday, June 26, 2013

APA LAGI NAJIB BOLEH LAKUKAN?

 Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri bermula 3 April 2009 sebelum PRU-13 diadakan pada 5 Mei 2013.  Selama tempoh tersebut (4 tahun 1 bulan 2 hari) pelbagai perkara diperkenalkan dan dilaksanakan oleh beliau. NAJIB TELAH MELANCARKAN GTP (PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA)
 LANCARKAN PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PRIMA)
 LANCARKAN PROGRAM JANJI DITEPATI
 PERKENALKAN KONSEP KESEMARATAAN 1MALAYSIA
 HADIAHKAN WANG POKET BRIM
 I LUV PM PUN DAH, PM LUV U PUN DAH
 PAKAI KURTA, BAJU TRADISIONAL KAUM INDIA SEMASA DEEPAVALI PUN DAH BUAT
 PAKAI BAJU KAUM CINA SEMASA TAHUN BARU CINA PUN DAH (HANYA BAJU SANTA CLAUS YANG MASIH BELUM DISARUNG PERDANA MENTERI)
 BANGUN TENGAH MALAM BERSAHUR DENGAN RAKYAT PUN SUDAH
 TENGOK BOLA TEPI LONGKANG PUN DAH DIBUAT NAJIB
 MAKAN KAT KEDAI MAMAK PUN SUDAH
ROSMAH MANSOR PUN DAH TAK BERHENTI-HENTI TURUN PADANG MEMBANTU SUAMI BERKEMPEN

KESUDAHANNYA: NAJIB HANYA MAMPU MEMBAWA BARISAN NASIONAL MEMENANGI HANYA 133 KERUSI PARLIMEN.

KALAU IKUT HISAB JELAPANG, MEMENANGI 133 KERUSI UMPAMA KALAH.

PERSOALAN: KALAU 4 TAHUN 1 BULAN 2 HARI NAJIB SUDAH MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK BN DAN HASILNYA HANYA 133 KERUSI PARLIMEN, APA LAGI YANG MAMPU DILAKUKAN BELIAU SEHINGGA MANDAT KERAJAAN HARI INI BERAKHIR PADA 2018? 

Tuesday, June 25, 2013

NOH OMAR NAKHODA UMNO SELANGOR UNTUK PRU-14

Menurut satu laporan akhbar hari ini, Noh Omar bakal mengambil alih perjalanan Umno Selangor dari Presiden Umno Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Prestasi BN yang dipimpin Najib di Selangor semasa PRU-13 lebih teruk dari PRU-12 apabila memenangi hanya 12 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 20 kerusi pada 2008.

Gugur dari senarai perhubungan ialah Zin Mohamed yang tewas di Parlimen Sepang.

Berikut laporan mengenai perlantikan Noh sebagai Pengerusi Perhubungan: 


Shah Alam: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, sekali gus diberi kepercayaan memimpin parti sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Noh yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini bertanggungjawab sebagai timbalan ketika UMNO Selangor diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Dengan pelantikan Ketua UMNO Tanjong Karang itu, jawatan lamanya akan diisi Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus. Difahamkan pelantikan kedua-dua pemimpin itu dicadangkan majoriti ketua UMNO bahagian di Selangor dan dipersetujui Najib yang dijangka membuat pengumuman rasmi Jumaat ini. 


Bedah sisat kenal pasti punca 

Menurut sumber, Najib yang juga Presiden UMNO turut bersetuju melantik ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz sebagai Setiausaha UMNO negeri, menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, manakala ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro pula Ketua Penerangan.

“Dalam pada itu, UMNO akan melakukan bedah siasat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca prestasi buruk parti pada PRU-13 dan bersedia lebih awal untuk PRU-14. Banyak pengajaran kita peroleh daripada kekalahan ini, terutama dari aspek komunikasi sesama ketua UMNO bahagian sendiri,” katanya.

Pada PRU-13, BN hanya menang 12 kerusi DUN di Selangor, jauh ketinggalan berbanding pakatan pembangkang yang menguasai 44 kerusi, manakala bagi kerusi Parlimen pula, BN hanya menguasai lima daripada 22 kerusi. Pada PRU 2008, BN menang 20 daripada 56 kerusi DUN dan lima daripada 22 kerusi Parlimen di negeri ini.

Sunday, June 23, 2013

PENURUNAN KADAR JENAYAH NEGARA: PERSEPSI ATAU REALITI?

Ini lah wajah Goh Ai Hon yang menjadi mangsa ragut di Rahman Putra, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Ini lah wajah yang harus Perdana Menteri, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara harus diingati mereka setiap kali mereka mahu mengatakan negara selamat dan kadar jenayah telah menurun pada kadar memberangsangkan.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/6/23/nation/13276954&sec=nation

Pada akhir bulan Mac, Najib Razak membuat kenyataan berikut: "kadar jenayah negara menurun pada tahap yang sangat memberangsangkan sehingga 29 peratus selepas kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan bermula 2009."
http://www.hmetro.com.my/articles/2013033106114520130331061145/MA/Article

Sebenarnya ramai antara kita keliru - yang mana satu persepsi dan yang mana satu realiti. 

Apakah kenyataan Najib itu persepsi atau realiti?

Apabila sebuah website menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya ke-6 paling bahaya di dunia, Polis dengan segera mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan website tersebut dan menurut polis dakwaan tersebut PALSU.
http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/pdrm-denies-kuala-lumpur-among-10-most-dangerous-cities-globally/

Apa yang ditulis oleh website tersebut? Menurut website tersebut: "Malaysia also takes pride in its spectacular landscapes, a culture that begs to be discovered and explored and… a history of violence that made way too many victims. Presently, the state’s capital is said to be one of the most dangerous cities in the world, as the crime rate increased with 70% in the last three years. It wasn’t a peace on Earth display before either, but now things seem to keep getting worse."
http://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/

Akan ada yang bersetuju dengan kenyataan polis bahawa laporan ini palsu tetapi jika kita bertanyakan kepada Gai Ai Hon, sudah pasti lain pula jawapannya. 

Hari ini seorang editor the Star menulis mengenai "rakyat kini hidup di dalam ketakutan" - antaranya takut dirompak ketika makan di kedai mamak. Penulisan editor ini boleh dibaca di link ini:  http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2013/6/23/columnists/onthebeat/13262052&sec=onthebeat

Sebenarnya kita kagum dengan kenyataan berani Najib apabila beliau membuat kenyataan berikut: "Bagi tiga bulan pertama tahun ini, kita berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan saya melihat ia sebagai kejayaan kita meningkatkan keselamatan pada tahap maksimum."

Ada persepsi yang mempersoalkan jika benar kadar jenayah menurun kenapa rakyat hidup di dalam ketakutan?

Apa pun kita perlu memberi peluang kepada Najib untuk menjalankan tugas beliau sebagai Perdana Menteri selepas mendapat mandat pertama  sebagai Perdana Menteri.

Beliau mahu anggota polis terus memerangi jenayah dan kita yakin dengan barisan kabinet yang berwajah baru dan dikatakan segar yang diperkenalkan Najib baru-baru ini, dan dengan adanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang baru serta Ketua Polis Negara yang begitu bersemangat tinggi, akan ada idea-idea baru dalam menangani kadar jenayah.

Kita yakin, 100 hari sejak Najib mendapat mandat pertama beliau, yang akan berakhir pada 13 Ogos nanti, akan ada idea baru dari Kabinet beliau bagaimana menangani masalah jenayah ini.

Harapan kita, semuga tiada lagi mangsa yang menderita seperti Gan Ai Hon tidak lama lagi.  

SITI JARUM (UTUSAN M'SIA): KENAPA SURUH PANGGIL "CHIEF"


Kenapa suruh panggil "Chief"?

Jangan panggil Datuk Seri. Jangan panggil Yang Berhormat. Jangan panggil YB. Kena panggil "Chief". Begitulah aduan yang Siti terima daripada beberapa pegawai kanan dan kakitangan sebuah kementerian mengenai arahan pelik yang mereka terima.

Pada mulanya Siti anggap mereka ini terlalu minat filem atau drama gangster Melayu yang membahasakan ketua mereka sebagai Chief, bukan "Tuan" yang sesuai dengan laras bahasa Melayu. Atau adakah ketua mereka ini kempunan nak jadi mafia Melayu masa muda muda dulu. Lalu dia yang bertaraf mafia "pencen" ini mahu menzahirkan cita-citanya dengan mengarahkan orang bawah panggil dia Chief.

Kata pihak yang mengadu, mereka tidak ada masalah untuk memanggil apa pun kepada ketua mereka. Tapi pada masa sama mereka turut bertanggungjawab untuk menyekat satu budaya yang mungkin boleh merosakkan teras budaya Melayu seperti dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Mereka tidak mahu panggilan indah seperti "Tuan" ditukar kepada bahasa Inggeris.

Siti tidak terus percaya dengan aduan itu. Siti menyiasat sendiri dan hasilnya sama dengan apa yang diadukan kepada Siti. Memanglah kalau dilihat pada lapisan permukaan bukan masalah besar pun untuk memanggil ketua utama sebagai Chief. Tak akan sakit perut pun siapa yang akur kepada perintah lisan itu.

Tapi disebabkan istilah bahasa Melayu itu sangat kaya maksud serta tahap penggunaan kepada individunya, Siti fikir istilah Chief sama sekali tidak boleh digunakan antara ketua dan orang bawahan. Tambahan pula segala yang berkaitan budaya tetap dirujukkan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan di mana budaya Melayu menjadi terasnya.

Dalam isu ini bahasa Melayu menjadi teras budaya Melayu. Kerana bahasa Melayu itu sangat kaya dengan istilahnya, tak wajarlah menggunakan istilah yang tidak tepat dalam konteks bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, kita mempunyai beberapa istilah untuk merujuk kepada diri orang lain sesuai dengan kedudukannya. Begitu juga untuk menggunakan ganti nama bagi diri kita.

Dalam bahasa Melayu, untuk raja kita merujuknya sebagai Tuanku. Untuk wakil rakyat kita rujuk sebagai Yang Berhormat. Untuk orang biasa yang kedudukannya mulia kita rujuk sebagai Tuan. Untuk orang yang baru kita kenal dirujuk sebagai saudara. Untuk kawan rapat bolehlah kita membahasakan dirinya sebagai hang, kau, mike, demo dan sebagainya.

Siti bukanlah nak bagi kuliah bahasa Melayu. Tapi dalam kes ini ketua tidak sepatutnya mengarahkan orang bawahan panggil Chief. Kalau segan dipanggil Tuan, diam saja dan orang pun tahu panggilan apa yang sesuai. Cuma istilah Chief saja yang tak sesuai.

Bayangkan kalau tok penghulu, tok imam atau wakil rakyat kita panggil Chief? Terkejut beruk jadinya. Memanglah Chief itu bermaksud ketua tapi dalam konteks budaya Melayu kita ada istilah yang lebih murni kepada orang yang sepatutnya.

Sebenarnya tak salah tapi tak kena. Antara salah dan tak kena ada bezanya. Kalau salah, kita buat juga itu melanggar undang-undang. Tapi kalau tak kena, kita buat juga, itu orang kata tak reti bahasa. Bagi orang Melayu lebih baik dikatakan bersalah daripada kata "tak reti bahasa."

SITI JARUM: Di pejabat orang panggil Kak Cik sebab kecil, molek dan comel.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130623/re_12/Kenapa-suruh-panggil-%22Chief%22?#ixzz2WY4znq47 

Nota: Setahu Jelapang, hanya Nazri Aziz, Menteri yang mahu dikenali sebagai Chief semasa beliau dipertanggungjawabkan menjaga Parlimen.

Friday, June 21, 2013

TEGURAN DOLLAH KOK LANAS PADA TOK PA: "MU JANGAN LOGHAT SANGAT"

Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas oleh orang Kelantan kerana beliau merupakan anak Kelantan, adalah seorang ahli politik yang berpengalaman serta pernah berkhidmat dengan Allahyarham Tun Abdul Razak.

Sejak Pas mengambil alih tampuk pemerintahan Kelantan dari BN pada 1990, tidak ramai pemimpin Umno yang benar-benar bertungkus lumus untuk mengembalikan Kelantan ke tangan BN. 

Pemimpin-pemimpin Umno Kelantan akan hanya tampak "SIBUK BEKERJA" apabila pilihanraya menjelang tiba dan jika pendekatan ini berterusan, kita akan hanya dapat menyaksikan pemimpin Umno Kelantan kembali "SIBUK BEKERJA" pada pertengahan tahun 2017.

Ini hanya lah pengamatan Jelapang yang sudah lama memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin Umno Kelantan.

Bagaimanapun Jelapang tertarik dengan teguran Dollah Kok Lanas terhadap Mustapa Mohamed. Berikut ialah teguran Dollah: 

"Kalaulah saya Tokpa tak usah lagilah terlampau 'loghat' sangat ... tumpulah lebih masa pada Kelantan. Malaysia akan terus maju siapa pun menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, siapa pun perdana menteri apa lagi seorang yang berkaliber seperti Najib Razak! Rafidah Aziz, begitu lama sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sekarang simbol promosi Air Asia.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berfungsi, kata musuhnya, lebih baik. Kalau mu tidak ada pun kementerian itu terus berperanan. Kalau demo tolong Kelantan, demo akan disanjungi dan diingati.

Jasa mu akan dikenang lebih daripada di Kuala Lumpur. Percayalah. Anda telah melakukan sebaik boleh bagi Malaysia; sekarang buatlah pula jasa kepada negeri kelahiranmu, lainlah kalau demo mimpi nak jadi Timbalan Perdana Menteri, satu impian yang sukar menjadi kenyataan.

Tidak mustahil tetapi tidak berkemungkinan meramal seorang politikus senior di Kuala Lumpur.
Sebaliknya, jadilah pelopor kerjasama erat dua hala ini- Kota Bharu-Putrajaya. Jangan lepas kesempatan ini, kimah atau nilaian luhur ini. Bertindaklah seperti anda telah berjaya mentransformasikan Jeli, Gua Musang oleh KuLi.

Mu transformasilah pula Bachok, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas, Tumpat agar bandar ini tidak terus bagai hidup segan mati tak mahu. Dinamikkanlah bandar ini seperti Kota Bharu, Wakaf Che Yeh, Kok Lanas, Tunjung, Tanah Merah, Wakaf Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Kerajaan Pas kelihatan sedia bekerjasama terutamanya MB Ahmad Yakob dan Timbalannya Nik Mohd Amar. Mereka telah menghulur tangan salam muhibah kepada demo dan Putrajaya.

Maka mu dan juga Najib wajib membalasnya dengan hemah dan kalau boleh lebih daripada itu. Ambillah peluang apa yang ditegaskan oleh Speaking, "no more spinning, de-escalate frictions and tensions. Go for realpolitik." Apa pun, actions speak louder than words."

http://www.sinarharian.com.my/karya/kolumnis/landskap-baru-politik-kelantan-1.171792

Thursday, June 20, 2013

DI MSIA, BERJAWATAN ADALAH JAMINAN KESENANGAN

Di Malaysia, memegang jawatan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Bahagian Umno adalah satu keistimewaan yang besar. Ia umpama jaminan kebahagian dunia sehingga ke akhir hayat.

Ini kita sedang saksikan sekarang ini. Tidak mengapa sekiranya tidak terpilih sebagai wakil rakyat. Tidak mengapa sekiranya digugurkan sebagai Menteri. Tidak mengapa sekiranya ditolak rakyat dan kalah dalam pilihanraya.

Keistimewaan memegang jawatan ini menjanjikan ganjaran besar sehingga ke akhir hayat. Lihat senarai berikut:

1. Nor Mohamad Yakcop (digugurkan sebagai calon dan Menteri Kabinet) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional pada 3 Jun 2013. Khabarnya Nor Yakcop juga akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad.

2. Ng Yen Yen (digugurkan sebagai calon dan Menteri Kabinet) kini menyandang jawatan Pengerusi Tourism Malaysia.

3. Ghani Othman (bekas Menteri Besar Johor dan kalah di dalam PRU-13) dikatakan bakal dilantik sebagai  Pengerusi Sime Darby.

4. Syed Hamid Albar (digugurkan sebagai Menteri Kabinet dan calon PRU) kini Pengerusi SPAD.

5. Jamaluddin Jarjis (digugurkan sebagai Menteri Kabinet oleh Abdullah Ahmad Badawi) kini Pengerusi Prima.

6. Samy Vellu (tewas pada PRU 2008) kini duta khas bertaraf Menteri ke India dan Asia Selatan dan bergaji RM27,000 sebulan; dan ramai lagi yang boleh disenaraikan di sini.

Begitulah suasana di Malaysia, yang berjawatan akan mendapat jaminan kesenangan hingga ke akhir hayat.

Wednesday, June 19, 2013

TIDAK HARAM MENCABAR NAJIB & MUHYIDDIN


"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi. Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden. Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan." - Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mungkin ada di kalangan penyokong Najib Razak dan Muhyiddin Yassin tersenyum lebar selepas membaca kenyataan Dr Mahathir ini.
Di Malaysia hari ini,  kenyataan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet sudah tidak penting dan kurang maknanya.
Yang ditunggu-tunggu ialah kenyataan dari dua Tun - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin - seolah-olah memberi gambaran mereka lah yang paling berpengaruh pada ketika ini.
Kenyataan kedua-dua Tun ini akan ditafsirkan mengikut keselesaan masing-masing dan buat masa ini Kem Najib akan mentafsirkannya sebagai satu "fatwa" atau "arahan" untuk memastikan Najib tidak dicabar di dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Bagaimanapun sukar untuk kita menilik reaksi Kem Muhyiddin.  Sebelum Muhyiddin menyokong kenyataan Tun Mahathir ini, Kem Muhyiddin perlu memastikan Kem Najib tidak meletakkan calon untuk bertanding jawatan No 2 parti.
Bagi Jelapang,  kenyataan Tun Dr Mahathir tidak lebih dari hanya salah satu dari banyak PANDANGAN.  Kita semua menghormati pandangan Tun Dr Mahathir bahawa "beliau menyokong kalau ada pertandingan tetapi bukan dua jawatan di puncak sekali".
Sebenarnya, terdapat BANYAK pandangan mengenai isu pertandingan jawatan No 1 dan No 2.  Di samping menghormati pandangan Tun Dr Mahathir, kita juga perlu menghormati pandangan mereka yang mahu adanya pertandingan dan mahu BERTANDING.
Bertanding jawatan No 1 dan No 2 TIDAK SALAH. Ianya tidak menyalahi Perlembagaan Umno. Malahan Perlembagaan Umno membenarkan pertandingan untuk semua jawatan dalam parti. Perlembagaan Umno TIDAK MENGHARAMKAN pertandingan.
Kalau kita tidak mahu Presiden dan Timbalan Presiden dicabar, ada lah lebih baik kita meminda Perlembagaan Umno dan mengharamkan pertandingan.
Pertandingan akan berlaku kali ini dan ini perlu dihormati. Mungkin Muhyiddin tidak berminat untuk merebut jawatan Presiden, tetapi katanya Tengku Razaleigh berminat atau mungkin Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai,  mahu mencuba nasib sepertimana yang beliau lakukan pada 2009 apabila beliau mencuba bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Dan ramai juga yang berminat pada jawatan Timbalan Presiden Umno. Ali Rustam dikatakan berminat, begitu juga Ahmad Zahid Hamidi.
Kita kena menghormati keputusan mereka sekiranya mereka bertanding kerana Perlembagaan Umno tidak mengharamkan Pertandingan untuk sebarang jawatan dalam parti.
Dr Mahathir bimbang sekiranya berlaku pertandingan akan berlaku perpecahan dalam parti.
Itu zaman Dr Mahathir.  Hari ini pemimpin-pemimpin Umno sudah pasti lebih waras, matang  dan bertanggungjawab.
Zaman Dr Mahathir, kalau kalah, kalah semua. Zero Sum Game. Itulah yang menjadi punca kepada perpecahan semasa era Dr Mahathir. Zaman Najib lain. Dulu mengkritik kerajaan, sekarang dalam Kabinet.
Dulu tak relevan, sekarang relevan dan dibawa semula ke Kabinet.  Dulu digugur Timbalan Menteri, sekarang kembali menjadi Ketua Menteri.
Zaman Najib sudah tidak sama macam zaman Dr Mahathir. Tidak mungkin parti berpecah sekiranya pemimpin hari ini terus menyokong perjuangan parti walaupun tewas di dalam pertandingan.
Kita hormati kenyataan Dr Mahathir yang menyokong tidak ada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden TETAPI kita kena menyokong juga hasrat orang lain untuk bertanding.

Tuesday, June 18, 2013

ROSMAH MANSOR: WANITA PALING BERKUASA DI MALAYSIA

Ini lah yang disiarkan oleh akhbar The Star di muka surat 5 hari ini. Ini bukan lagi persepsi tetapi satu penyataan bercetak yang disiarkan oleh salah sebuah akhbar terlaris negara.

Blogger Kadir Jasin ada menulis mengenai perkara ini di blog beliau:  http://kadirjasin.blogspot.com/2013/06/rosmah-most-powerful-woman-in-malaysia.html

Senarai 10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia yang disiarkan oleh akhbar tersebut:

1. Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
2. Tan Sri Dato' Seri Dr Zeti Akhtar Aziz
3. Tan Sri Datuk Seri Michelle Yeoh
4. Dato' Ambiga Sreenevasan
5. Y.B. Nurul Izzah binti Anwar
6. Y.B. Hannah Yeoh
7. Y.B. Teresa Kok Suh Sim
8. Geethanjali G
9. Datuk Jamelah Jamaluddin
10. Datin Paduka Marina Mahathir.

(Jelapang: Tiada tokoh Wanita Umno di dalam senarai di atas).

PEGAWAI PM, LEBIH SUDU DARI KUAH?



NGO Islam: Pegawai PM, 'jangan lebih sudu dari kuah'
 
Demi transformasi pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Gabungan NGO Melayu Islam mengusulkan 15 kriteria kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam melantik pegawainya termasuk memastikan yang "tidak berlagak lebih sudu dari kuah". 

"Tetapi bertindaklah sebagai kuli yang berkhidmat kepada perdana menteri sepenuhnya dan bukan berlagak angkuh, sombong dan bongkak dengan kedudukan di Pejabat Perdana Menteri. 

"Jangan menyusahkan atau menjadi liabiliti kepada perdana menteri tetapi sebaliknya jadilah kekuatan kepada beliau untuk menunaikan amanah kepada agama, bangsa dan negara," kata gabungan itu. 

Dalam kenyataan media gabungan NGO itu hari ini, mereka berkata semua kriteria yang disarankan kepada Najib itu turut terpakai kepada semua anggota kabinet dan timbalan menteri.

"Kami berpandangan perdana menteri perlu melakukan proses pembaharuan dan tranformasi pasca PRU13 bermula di pejabat beliau sendiri. 

"Kriteria yang disarankan terpakai juga kepada semua anggota Jemaah Menteri serta timbalan menteri. Nasihat kami kepada perdana menteri, pilihlah dengan teliti serta penuh kebijaksanaan," kata gabungan itu. 

Kenyataan oleh kumpulan ini kemungkinan dikeluarkan ekoran laporan yang mengkritik pasukan war room pilihan raya BN yang didakwa menjadi punca kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu.

Selain itu, terdapat juga ura-ura di Internet yang mengatakan kemungkinan bekas pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor akan dilantik sebagai setiausaha politik Najib yang baru.

Ketika dihubungi Malaysiakini, sekretariat gabungan NGO itu bagaimanapun memberitahu kriteria yang digariskan tidak mensasarkan kepada mana-mana isu atau individu. 

"Tidak (berkaitan mana-mana isu). Kita keluarkan ni sebagai panduan kepada perdana menteri dan mana-mana menteri. Ya, saja-saja," kata seorang pegawai sekretariatnya.

Antara syarat lain yang digariskan oleh gabungan NGO seperti berikut:
  • Pegawai-pegawai yang dipilih tidak perlu di kalangan ahli politik sahaja tetapi hendaklah juga diambil kira anak-anak Melayu professional dan komited dari luar lingkungan politik seperti NGO, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya
  • Mesti menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Perdana Menteri dan berusaha dengan penuh komitmen agar semua visi, dasar serta program beliau berjaya dilaksanakan dengan menepati semua objektif.
  • Jangan menjadi batu penghalang kepada mana-mana permintaan rakyat atau badan-badan NGO yang mempunyai alasan yang wajar dan kukuh untuk mengemukakan sebarang cadangan yang baik untuk negara atau masalah kepada beliau.
  • Jangan memberi nasihat atau pandangan kepada Perdana Menteri yang mempunyai maksud tersirat bagi kepentingan diri sendiri.
  • Bebas rasuah dan tidak mudah dibeli dengan tawaran sogokan wang ringgit, kesenangan hidup dan apa jua bentuk kemewahan yang boleh merosakkan keimanan dan komitmen kepada tugas yang diamanahkan.

Persoalannya, mampukah Najib Razak mengambil tindakan terhadap orang di sekeliling beliau?

Saturday, June 15, 2013

KETUA WANITA UMNO KELANTAN SAHKAN UMNO SAKIT TENAT

Ada di kalangan pemerhati politik dan pengundi neutral berpandangan Umno selepas PRU-13 "sakit tenat" dan hanya menunggu saat-saat kematian. Pada mulanya Jelapang berpendapat itu hanya persepsi mereka.

Tetapi selepas membaca kenyataan Ketua Wanita Umno Kelantan Rahimah Mohamad yang menyarankan agar jawatan Ketua Wanita Umno yang kini dipegang oleh Shahrizat Jalil tidak dicabar, maka SAH lah Umno "SAKIT TENAT" dan menunggu saat "KEMATIAN".

Rahimah telah mengesahkan bahawa pandangan ini bukan persepsi, tetapi realiti, dengan kenyataan beliau mahu Ketua Wanita sekarang yang imejnya teruk tercalar dipertahankan..
 http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130614/po_03/Cadang-jawatan-Ketua-Wanita-tidak-ditandingi

Salah satu faktor yang menjadi sebab musabab BN dihukum pada PRU-13 ini ialah skandal NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat sehinggakan beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita semata-mata mahu menyelamatkan Umno dan BN.

Imej Shahrizat dan keluarga begitu buruk sehingga menjejaskan imej BN dan akibatnya BN di bawah pimpinan Najib Razak hanya memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding 140 yang dimenangi BN di dalam PRU-12 di bawah pentadbiran Pak Lah.

Jelas sekali Rahimah adalah antara banyak pemimpin Umno yang masih tidur nyenyak dan enggan menerima hakikat bahawa rata-rata rakyat sudah muak dengan cara pentadbiran sekarang dan rakyat dahagakan pembaharuan dan perubahan.

Memilih Shahrizat semula sebagai Ketua Wanita sama lah seperti meneroka jalan ke pintu kematian buat Umno.

Atau mungkin juga Rahimah kini berpuashati dengan tindakan Najib tidak menghargai Wanita Umno dengan tidak memberi jawatan Menteri kepada Wanita Umno.

Buat pertama kalinya sejak 1956, Wanita Umno tidak diberi jawatan di dalam Kabinet.

Bermula dengan Ketua Wanita Umno ke-4 Tan Sri Fatimah Hashim (Menteri Kebajikan Am Malaysia), kesemua Ketua Wanita selepas beliau diberi jawatan Menteri.

Tan Sri Aishah Ghani dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am Malaysia,  Rafidah Aziz (Menteri Perusahaan Awam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa) dan Dr Siti Zaharah Sulaiman (Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat).

Adalah lebih baik Rahimah menegur Najib kerana tidak memberi jawatan Menteri kepada Wanita Umno daripada mempertahankan Shahrizat yang sudah tercemar imejnya.

Atau mungkin Najib juga telah membuat keputusan yang betul mengenai Wanita Umno Malaysia kerana mungkin juga imej Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak lebih baik dari Wanita Umno selepas tercemar dengan skandal NFC keluarga Shahrizat. Dan itulah sebabnya Kementerian Pembangunan Wanita kini ditunjangi Ketua Wanita PBB dari Sarawak.