Sunday, September 12, 2010

NG YEN YEN JUAL DURIAN D-24 DI SHANGHAI

Inilah rupabentuk Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia yang sedang diadakan di Shanghai, China.

Berapa kos pembinaan dan mengurus pavilion ini? Kata Menteri Pelancongan Ng Yen Yen, jumlah keseluruhannya ialah RM35 juta.

Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Majalah Forbes, sehingga 1 September, 47 juta orang sudah mengunjungi Ekspo ini.
http://blogs.forbes.com/russellflannery/2010/09/01/shanghai-travel-transportation-businesses-cashing-in-on-world-expo/?boxes=financechannelforbes

Jumaat lepas, jumlah pengunjung mencecah 60 juta pengunjung.
http://news.xinhuanet.com/english2010/china/2010-09/11/c_13489798.htm

Dari 60 juta pengunjung ini, berapa yang melawat pavilion Malaysia?

Jawab Ng Yen Yen semalam, 4.715 juta pengunjung.

Dan berapa pula hasil jualan Malaysia di pavilion ini?

Jawab Ng Yen Yen, RM309,073 atau US Dollar 99,700.

Atau dengan kata lain, setiap pengunjung membelanjakan 0.065 sen seorang di Pavilion Malaysia.

Dan apa yang dipamerkan di Pavilion Malaysia?

Jawab Ng Yen Yen, durian D-24, Tarian Singa, Gendang 24 1Malaysia, jualan kuih bulan dan Pertunjukan Orkestra.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/11/mstar_berita/20100911221955&sec=mstar_berita

Tidak menghairankan apabila seorang rakan yang baru pulang dari Shanghai membuat kenyataan sinis berikut.

"Pavilion kita antara ke 10 pavilion terbaik. 10 dari bawah."

Berikut ialah pavilion negara lain.
PAVILION UAE

PAVILION BRITAIN

PAVILION CHINA

PAVILION DENMARK

4 comments:

Anonymous said...

Salam..
Setuju dengan Pavilion kita 10 kebelakang..memang hampeh..!!kita masih menonjolkan tradisi..macam tak cukup lagi..nak tonjol tradisi..dah 53 tahun Merdeka..masih takut dengan bayang2 sendiri..Pavilion negara lain melambangkan atau menonjolkan kemajuan dan kemakmuran rakyat..kestabilan ekonomi..Malaysia..!!??sedih bro..!!

Unknown said...

kang kalau pakai duit banyak, komplen pulak jadi buat la cheap and the best..kah..kah...kah..

Me? said...

Aku setuju dgn airman...depa ni apa yg org lain buat semua x kena - pandai komplen aja

Anonymous said...

Dari apa yang DR MAZA cakap.. Pavilion Malaysia tidak menggambarkan Malaysia.. Agama - kristian macam yang utama, bangsa - india dan baba yang utama, Bangunan - indonesia le..apa cerita..nampaknya, tarian singa dan jualan kuih bulan pulak yang utama..