"Dalam demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat.
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.
Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan "Ganyang Malaysia" di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta agar kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=526774
Penunjuk perasaan Indonesia menceroboh Kedutaan Malaysia lagi di Jakarta. Itulah laporan agensi Bernama mengenai kejadian pencerobohan kedutaan kita di Indonesia semalam.
Amat jelas tindakan mereka ini membuktikan kita dianggap musuh oleh Indonesia. Kita bukan lagi negara jiran yang satu ketika dulu dianggap abang adik - saling memerlukan di saat-saat getir.
Apa salah Malaysia? Hampir 1 juta rakyat Indonesia dibenarkan mencari rezeki di bumi Malaysia ini. Ada yang masuk Malaysia secara sah, separuh memasuki Malaysia secara haram.
Apakah negara lain memberi layanan yang sama kepada rakyat Indonesia?
Ketika Indonesia dilanda malapetaka, siapa yang pertama menghulur tangan membantu mereka?
Sekiranya orang Indonesia tidak menyedari hakikat ini, biarlah kita katakan, kami, orang Malaysia, yang pertama menghulur tangan membantu kamu. Ketika Aceh dilanda Tsunami, ketika gempabumi melanda Indonesia, Malaysia ialah jiran setia buat orang Indonesia.
Tetapi malangnya, orang Indonesia tidak tahu berterima kasih kepada tangan yang menghulurkan bantuan.
Pemerintah Indonesia lepas tangan. Penunjuk perasaan disalahkan. Malaysia boleh juga lepas tangan dengan membiarkan penunjuk perasaan di Kuala Lumpur menghumban najis ke arah Kedutaan Indonesia. Tetapi Malaysia bukannya Indonesia. Orang Malaysia tidak diajar berlaku kurang ajar.
Memang benar ada isu yang belum selesai antara Malaysia dan Indonesia. Isu Ambalat, isu tenaga kerja asing, isu nelayan. Kalau dahulu isu-isu seumpama ini dibawa ke meja rundingan, kenapa tidak sekarang?
Kita tidak boleh menyalahkan Indonesia 100 peratus. Kita juga ada kelemahan di pihak kita.
Yang jelas, Duta Besar Malaysia di Indonesia gagal dalam memperbaiki hubungan antara Malaysia-Indonesia.
Terkenang kita akan zaman di mana Allahyarham Tan Sri Mohamad Rahmat menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia pada tahun 1982. Allahyarham pernah menjadi Menteri Penerangan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika ini negara memerlukan seorang tokoh setanding dengan Allahyarham Mohamad Rahmat untuk memperbetulkan hubungan antara kedua-dua negara.
Hanya Rais Yatim, Menteri Penerangan sekarang, yang mempunyai ketokohan untuk merapatkan hubungan antara Malaysia-Indonesia.
Perdana Menteri Najib Razak perlu membuat keputusan segera demi masadepan negara. Keputusannya mudah. Najib hanya perlu melantik Rais Yatim sebagai Duta Besar ke Indonesia untuk meredakan keadaan.
Rais Yatim amat memahami budaya Indonesia kerana beliau seorang aktivis bahasa dan budaya.
Jarang sekali kita mendengar Rais berbahasa Inggeris kerana tingginya semangat Melayu beliau.
Umum mengetahui, mana-mana pegawai kerajaan dan agensi di bawah Kementerian beliau bertutur dalam bahasa Inggeris akan ditegur Rais. Malahan tersebar berita di kalangan pelabur asing bahawa Rais sanggup bercakap bahasa Melayu apabila bertemu dengan pelabur yang melabur di dalam industri komunikasi negara. Tahniah Dato' Seri Rais.
Apalah ada pada wang pelabur dibandingkan dengan martabat bangsa dan bahasa Melayu.
Rais telah melakukan yang terbaik untuk Kementerian beliau. Kini tibalah masanya ketokohan Rais ini digunakan pula oleh Perdana Menteri untuk memperbaiki hubungan Malaysia-Indonesia.
Malaysia perlukan Rais sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia demi kepentingan rantau Asia Tenggara.
Kita mengharapkan Najib segera menghantar Rais untuk tinggal di Jakarta untuk selama mungkin demi hubungan Malaysia-Indonesia.
3 comments:
Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin
Selamat Hari Raya saudara Udanggalah. Semoga bahagia di hari raya. Maaf zahir batin.
Jelapang
memang sial bangsa indon ni, tapi bukan semua contohnya tiga ekor batak kristien yg menjadi perancang bendera tu, ni tiga ekor kafir pasti ada agenda tersembunyi dan ada kafir yg berpengaruh yg support diorang ni.
Tentang bantuan yg kita pernah beri pada mereka contohnya org2 acheh, itu memang tak de masalah kerana org Acheh tidak pernah menghina malaysia dan blh dikatakan semua acheh itu adalah islam, bukan seperti bangsa indon yg lain, contohnya jawa, batak, madura, itu campur ada muslim ada kafir, cuma yg bodohnya byk yg muslim senang dipergunakan utk memghina saudara seagama mereka sendiri, klu indon ni 100% kafir melayu kat sini pun bila2 sanggup perang dgn korang, tapi indon adalah negara islam jd klu berperang pun sia2 aje.
Bodoh punya indon.
Post a Comment