Showing posts with label ng yen yen. Show all posts
Showing posts with label ng yen yen. Show all posts

Friday, November 15, 2013

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014?: PELANCONG TAIWAN DITEMBAK MATI!





KOTA KINABALU - Seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya dikhuatiri diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom dekat Semporna awal hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu mangsa yang berumur 57 tahun ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pusat peranginan di pulau berkenaan dengan kesan tembakan pada tubuh.

"Semasa kejadian itu seorang pengawal keselamatan di situ mendengar bunyi tembakan dan melaporkan perkara tersebut kepada Pasukan Gerakan Am yang berada kira-kira 800 meter dari tempat kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini.

Katanya, polis percaya isteri mangsa yang juga warga Taiwan berusia 58 tahun telah dilarikan oleh kumpulan terbabit ke perairan Semporna.

"Kami percaya mangsa yang dilarikan itu masih hidup," katanya menambah polis sudah menghubungi Kedutaan Taiwan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.      

Hamza berkata, berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percaya penjenayah menggunakan senjata berat.

Kes ini juga tidak ada kaitan dengan insiden pencerobohan dan motif kejadian masih disiasat, katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Terdahulu di JOHOR BAHARU, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian berkata polis sedang memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Di LAHAD DATU, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek pula menegaskan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.

Katanya pasukan keselamatan juga sudah mempertingkat kawalan terutama di pulau-pulau peranginan. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/pelancong-taiwan-mati-ditembak-isteri-diculik-1.221309

Sunday, September 12, 2010

NG YEN YEN JUAL DURIAN D-24 DI SHANGHAI

Inilah rupabentuk Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia yang sedang diadakan di Shanghai, China.

Berapa kos pembinaan dan mengurus pavilion ini? Kata Menteri Pelancongan Ng Yen Yen, jumlah keseluruhannya ialah RM35 juta.

Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Majalah Forbes, sehingga 1 September, 47 juta orang sudah mengunjungi Ekspo ini.
http://blogs.forbes.com/russellflannery/2010/09/01/shanghai-travel-transportation-businesses-cashing-in-on-world-expo/?boxes=financechannelforbes

Jumaat lepas, jumlah pengunjung mencecah 60 juta pengunjung.
http://news.xinhuanet.com/english2010/china/2010-09/11/c_13489798.htm

Dari 60 juta pengunjung ini, berapa yang melawat pavilion Malaysia?

Jawab Ng Yen Yen semalam, 4.715 juta pengunjung.

Dan berapa pula hasil jualan Malaysia di pavilion ini?

Jawab Ng Yen Yen, RM309,073 atau US Dollar 99,700.

Atau dengan kata lain, setiap pengunjung membelanjakan 0.065 sen seorang di Pavilion Malaysia.

Dan apa yang dipamerkan di Pavilion Malaysia?

Jawab Ng Yen Yen, durian D-24, Tarian Singa, Gendang 24 1Malaysia, jualan kuih bulan dan Pertunjukan Orkestra.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/11/mstar_berita/20100911221955&sec=mstar_berita

Tidak menghairankan apabila seorang rakan yang baru pulang dari Shanghai membuat kenyataan sinis berikut.

"Pavilion kita antara ke 10 pavilion terbaik. 10 dari bawah."

Berikut ialah pavilion negara lain.
PAVILION UAE

PAVILION BRITAIN

PAVILION CHINA

PAVILION DENMARK

Tuesday, May 26, 2009

NG YEN YEN: 46 HARI, 6 NEGARA

Ng Yen Yen kelihatan betul-betul sibuk sejak beliau dilantik menggantikan Azalina Othman Said sebagai Menteri Pelancongan yang baru 10 April lalu.

Apa tidaknya. Dalam masa sebulan 16 hari atau 46 hari, Menteri Pelancongan kita yang baru ini sudah melawati enam negara - Jepun, China, Indonesia, Belanda, United Kingdom dan Peranchis.
Kalau dipecahkan mengikut ibukota ianya Tokyo, Beijing, Jakarta, Amsterdam, London dan Paris. Ketika ini Ng Yen Yen berada di Paris. http://www.kln.gov.my/perwakilan/paris/news/24334
Menariknya, Menteri-Menteri Pelancongan terdahulu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Azalina, pun melakukan perkara yang sama dan membuat lawatan ke ibukota-ibukota yang hampir sama - London, Paris, Amsterdam dan sebagainya.
Kadangkala tertanya-tanya kita samada perlukan Menteri-Menteri ini membuat lawatan ke negara-negara ini berulangkali? Atau adakah lebih berfaedah menggunakan wang perbelanjaan dari lawatan-lawatan ini untuk tujuan mempromosi negara melalui media dunia seperti CNN, BBC, Al Jazeera atau ABC?
Atau perlukah kita adakan KPI untuk Menteri Pelancongan untuk menilai keberkesanan lawatan-lawatan seumpama ini? Perkara ini kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menilaikannya.