Monday, May 4, 2009

JOHARI BAHAROM & SELESEMA BABI

Orang Kedah terutamanya orang Kubang Pasu pasti hiba melihat nasib Ketua Bahagian mereka, Johari Baharom. Semalam Abang Jo membuat kenyataan berikut:

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak lagi mengeluarkan permit baru bagi mengimport daging babi berikutan wabak Influenza A (H1N1) di beberapa negara. Kajian klinikal ke atas sampel hingus, air liur dan najis haiwan itu yang disyaki mengidap H1N1 yang diambil dari 14 ladang di Selangor dan lima di Melaka mendapati ia negatif." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=408455

Dulu Abang Jo ada kelas sikit kerana diberi tanggungjawab menguruskan isu-isu berkaitan tahanan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad semasa menjawat jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Malangnya dek satu kontroversi (http://www.freewebs.com/southeast-wind/), Abang Jo kini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan semalam terpaksa mengendali isu pengimportan daging babi.

Kalau mengikut rasa hati Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak membimbing Abang Jo, bekas Setiausaha Politik Tun satu ketika dulu, Najib Razak seharusnya menggugurkan Abang Jo kerana dituduh terlibat dengan rasuah berjumlah RM5 juta pada 2007. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24126-dr-m-says-nazri-and-johari-are-among-those-najib-should-not-have-appointed

Seorang lagi yang Dr Mahathir merasakan tidak layak untuk dikekalkan di dalam Kabinet ialah Nazri Aziz.

Lumrah orang politik, jawatan apa pun tidak mengapa. Asalkan ada jawatan. Tak kira lah kena jaga banduan ataupun isu selesema babi.

2 comments:

Anonymous said...

Yang elok nya biarla datok Jo pun kena selsema babi sama... baru padan muka,,, chah keting pada TDM dua tahun lepas...

Quantum Metal Consultant said...

Terima kasih kepada selsema babi sebab ada le juga ruang untuk pakjo nak keluaq surathabaq...

Najib ni cukup handal lantik pakjo jadi timbalan menteri pertanian dan asas tani sebab pakjo ni dulu memang ampu habih pada paklah - elok dia dok jaga bidang yang paklah suka..

pakjo pulak jangan lupa diri, asai usi dok main bendang dulu - faham2lah maksud najib - selalu selalulah balik kampong ..