Friday, May 29, 2009

AHMAD MASLAN KUNCI KEMENANGAN UMNO DI MANIK URAI

“Saya akan tidur di rumah penduduk untuk memahami masalah mereka.” - Ketua Penerangan Umno Malaysia Ahmad Maslan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090528075510/Article/

Dan tambah Ahmad lagi: “Berdasarkan perbualan ketika minum dan solat berjemaah bersama penduduk (pengundi Manik Urai), maklum balas mereka sangat positif dan mudah-mudahan ia berterusan."

Selamat maju jaya kita ucapkan kepada Ketua Penerangan Umno yang baru ini. Nampak gaya Umno akan tumpaskan Pas di Manik Urai dan sepanjang kempen pilihanraya kecil nanti, rumah orang kampunglah yang akan menjadi tempat berteduh untuk Ahmad Maslan.

Nampaknya formula penyelesaian untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno mudah saja. Tidur di rumah mereka. Mungkin bekas Ketua Penerangan yang lalu, Muhammad Muhammad Taib, tak terfikir formula ini dan sebab itulah Umno kalah teruk di Kelantan.

Kehadiran Ahmad Maslan selama dua tiga minggu sepanjang kempen nanti, pada firasat beliau, akan mengubat kemarahan orang Manik Urai dan orang Kelantan terhadap Umno sejak 1990.

Selamat Maju Jaya kepada Ahmad Maslan. Siapa kata Najib Razak tersalah pilih Ketua Penerangan?

Tuesday, May 26, 2009

NG YEN YEN: 46 HARI, 6 NEGARA

Ng Yen Yen kelihatan betul-betul sibuk sejak beliau dilantik menggantikan Azalina Othman Said sebagai Menteri Pelancongan yang baru 10 April lalu.

Apa tidaknya. Dalam masa sebulan 16 hari atau 46 hari, Menteri Pelancongan kita yang baru ini sudah melawati enam negara - Jepun, China, Indonesia, Belanda, United Kingdom dan Peranchis.
Kalau dipecahkan mengikut ibukota ianya Tokyo, Beijing, Jakarta, Amsterdam, London dan Paris. Ketika ini Ng Yen Yen berada di Paris. http://www.kln.gov.my/perwakilan/paris/news/24334
Menariknya, Menteri-Menteri Pelancongan terdahulu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Azalina, pun melakukan perkara yang sama dan membuat lawatan ke ibukota-ibukota yang hampir sama - London, Paris, Amsterdam dan sebagainya.
Kadangkala tertanya-tanya kita samada perlukan Menteri-Menteri ini membuat lawatan ke negara-negara ini berulangkali? Atau adakah lebih berfaedah menggunakan wang perbelanjaan dari lawatan-lawatan ini untuk tujuan mempromosi negara melalui media dunia seperti CNN, BBC, Al Jazeera atau ABC?
Atau perlukah kita adakan KPI untuk Menteri Pelancongan untuk menilai keberkesanan lawatan-lawatan seumpama ini? Perkara ini kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menilaikannya.

Sunday, May 24, 2009

PENANTI: AHLI UMNO PILIH SIAPA?



Yang pasti, Pakatan Rakyat tidak akan dicabar oleh Umno di pilihanraya kecil Penanti. Itu yang pasti.
Yang tidak pasti, adakah ahli-ahli Umno akan keluar mengundi pada pilihanraya kecil kali ini? Kalau mereka keluar mengundi, adakah mereka akan memilih calon Bebas?
Semasa pilihanraya umum 2004, Umno memenangi kerusi Penanti selepas mendapat sokongan 6,195 pengundi dan calonnya pada masa itu ialah Abdul Jalil Abdul Majid yang kini Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh.
Di dalam PRU12, Jalil tewas dan Umno disokong oleh 5,127 pengundi, pengurangan sebanyak 1,068 pengundi.
31 Mei nanti, kita pasti ternanti-nanti siapa pilihan ahli Umno. Bebas atau PKR?

Saturday, May 23, 2009

PERTELINGKAHAN ADIK BERADIK DALAM NAZA?

Selepas pemergian Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, DRB-Hicom melalui saat-saat gentingnya apabila berlaku pertelingkahan mengenai penjualan saham di dalam syarikat tersebut. Umum mengetahui siapa pemilik DRB hari ini.

Allahyarham adalah antara usahawan Melayu yang dididik di bawah era Tun Dr Mahathir Mohamad. Malangnya, beliau ditakdirkan pergi terlebih dahulu dan malangnya empire yang dibina gagalkan dipertahankan oleh para pewarisnya. http://www.i2media.com.my/gallery/articles/asiaweek/1997-03-14-a-blow-to-the-nation.pdf

Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin juga dikenali sebagai usahawan Bumiputera yang cukup berjaya. Namun kini Naza, syarikat milik beliau, dikatakan melalui saat-saat genting disebabkan krisis adik-beradik.

Benarkan berlaku krisis dalam Naza seperti yang ditulis oleh blogger Jailani Harun? http://justread-whatever.blogspot.com/2009/05/power-tussle-at-naza-group.html

Dan adakah Dato' RA bercakap benar bahawa tiada pertelingkahan dalam Naza? http://justread-whatever.blogspot.com/2009/05/no-rivalry-among-3-bros.html

Tuesday, May 19, 2009

ELIZABETH WONG BERTUDUNG

Ramai ahli politik melakukannya apabila diduga dengan isu moral.

Pada akhir tahun 80an, seorang ahli politik Umno yang terkenal dari Pantai Timur dituduh berkhalwat dengan seorang artis popular pada masa itu.

Khabar angin mengenai isu itu menjadi buah mulut ramai dan hampir-hampir menamatkan karier politik beliau.

Hampir berbulan-bulan beliau bertungkus lumus untuk membersihkan imej beliau. Caranya mudah. Berpakaian macam orang agama. Berkopiah lebai putih dan berkain sarung putih ke mana sahaja bertemu pengundi dan menghadiri majlis. Kini beliau bergelar Tan Sri.

Begitu juga dengan seorang pemimpin terkemuka Pas yang ditangkap khalwat di sebuah hotel. Kes beliau banyak membantu Umno dan BN untuk menang besar pada pilihanraya ketika itu.

Pemimpin Pas itu berhempas pulas ke sana ke mari berceramah untuk membersihkan nama beliau. Kini beliau masih menjadi antara pemimpin tertinggi Partai Se-Islam Malaysia itu.

Dalam pemilihan Umno yang lalu, seorang bekas Ketua Menteri yang dituduh terlibat dalam skandal seks melibatkan gadis bawah umur turut bertanding jawatan Naib Presiden parti.

Kini giliran Elizabeth Wong. Gambar atas dikatakan gambar Elizabeth ketika berceramah di Kok Lanas, Kelantan.

Dalam ceramahnya, Elizabeth dikatakan memuji Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan memberi nasihat ketika beliau berdepan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great. Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan." http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=7824:exco-bergambar-bogel-bertudung-di-ceramah-pas&catid=51:berita-tempatan&Itemid=29

Begitulah tebalnya muka orang politik.

Sunday, May 17, 2009

DR MAHATHIR: PAK LAH HAPUSKAN LEGASI SAYA

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyampaikan satu ucapan dalam satu majlis Bloggers Universe Malaysia yang dihadiri oleh kebanyakannya para blogger.

Agak menarik juga ungkapan Dr Mahathir di majlis tersebut. Antaranya:

* Penapisan berita dalam akhbar tempatan semakin teruk selepas saya meletakkan jawatan akhir 2003. Tetapi ianya lebih menarik kerana adanya seorang "supremo" (juru tapis). - Dr Mahathir merujuk kepada Kalimullah Maseerul Hassan yang ketika itu menerajui New Straits Times Press.

** Tun Abdullah Ahmad Badawi bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dan memadamkan legasi saya.

*** Saya ingin membuat pengakuan bahawa saya sudah tidak lagi membaca New Straits Times.
http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/message/108584

Saturday, May 16, 2009

UMNO PARTI HAMPAS TANPA ORANG MELAYU!

"Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih. Jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar. Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita. " - A.Kadir Jasin, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=411420
Sebelum PRU12, Anwar Ibrahim dalam satu temuramah di Kolej Han Chiang pada Februari 2008, beberapa hari sebelum pilihanraya umum, memberi satu analisis yang cukup munasabah. Kata beliau Pakatan Rakyat yakin akan menang besar dalam PRU12 kerana "orang Melayu marah pada Umno dan BN, orang Cina marah dan orang India juga marah."
Ketika pilihanraya 1999 yang diadakan selepas Anwar disingkirkan dari Umno, BN tewas di banyak kerusi tetapi masih kekalkan majoriti dua pertiga kerana walaupun orang Melayu marah pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu, pengundi China dan India masih sayangkan Umno dan BN.
Pada 2008, jelas analisis Anwar itu ada kebenarannya. Umno kalah di Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Kelantan kerana orang Melayu marah kepada Umno.
Seperti kata Kadir, hati orang Melayu belum terubat. Apa yang dilakukan oleh Umno dan pemimpin Umno hari ini lebih cenderung kepada seperti kata Kadir "lebih untuk menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu".
Malaysian Insider menyiarkan satu berita mengenai cadangan kerajaan untuk melantik samada Ong Ka Ting atau Ong Ka Chuan sebagai Duta Malaysia ke China sebagai sesuatu yang tidak pernah kita lakukan. Apakah tujuan perlantikan ini sekirannya spekulasi ini benar? http://www.themalaysianinsider.com/lite/articles.php?id=26461 Isu ini turut dikupas oleh Saudara Rocky. http://rockybru.com.my/2009/05/chinese-for-china-gesture-of-trust.html
Adakah perlantikan ini untuk menyenangkan hati rakyat Malaysia atau perlantikan Ong Ka Ting atau Ong Ka Chuan ini bakal mengukuhkan hubungan Sino-Malaysia ke tahap lebih tinggi?
Kalau alasan kedua menjadi sebab musababnya, kita sambut baik keputusan ini. Lain daripada itu, sukar untuk kita mengubati hati orang Melayu.
Kita kena belajar dari episod sebelum pilihanraya yang lalu. Episod di mana Ketua Pemuda Umno Hishammddin Hussien sanggup meminta maaf semata-mata kerana keris dicabut dari sarungnya.
Peristiwa itu cukup menghiris perasaan orang Melayu dan kita masih terasa pedihnya hingga ke hari ini. Umno tanpa sokongan Melayu akan tinggal parti hampas. Percayalah.

Friday, May 15, 2009

AHMAD MASLAN: PENYAPU BARU UMNO

Sekarang kita tahu kenapa Umno kalah teruk di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan.

Jawapannya datangnya dari Ketua Penerangan Umno yang baru, orang Pontian, Ahmad Maslan.

Ini kata Ahmad Maslan hari ini:

"Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu. Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=411263

Atau dengan kata lain keputusan Najib Razak meletakkan Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan yang baru amatlah tepat atau ianya juga bermaksud Ketua Penerangan yang lalu Muhammad Muhammad Taib tak buat kerja atau tak tahu buat kerja.

Ianya juga bermaksud Umno akan bertambah kuat di masa akan datang dengan adanya Ahmad Maslan kerana mulai hari ini kesemua 60,000 anggota penerangan Umno akan mula memahami tentang peranan mereka sebagai jentera penerangan.

Dengan kata lain, Umno akan kembali kuat dengan adanya Ahmad Maslan kerana jentera penerangan akan beliau perkasakan sepanjang beliau memegang takhta sebagai Ketua Penerangan.

Bagaimanapun, kalau Umno kalah dan tak kemana keputusannya dalam PRU 13 nanti, kita tahulah siapa yang kita nak godam.

Tuesday, May 12, 2009

ZAMBRY SETARAF MANDELA, GHANDI & MARTIN LUTHER KING?

"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama." - Petikan dari nukilan Zambry Kadir dalam blog beliau - http://www.zambry.com/2009/05/permulaan-sebuah-lagi-perjuangan.html

Adakah Zambry setarah tokoh terkemuka ini?

Aisehman berpendapat Zambry sedang melalui krisis identiti. http://aisehman.org/

ANTARA ZAMBRY & NIZAR

Zambry Kadir kembali menjadi Menteri Besar Perak sebentar tadi, tidak sampai 24 jam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Nizar Jamaluddin Menteri Besar yang sah. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=410496

Pelbagai tafsiran dibuat mengenai keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Blogger Loyar Buruk menyenaraikan beberapa asas yang telah dikemukakan oleh Hakim Abdul Aziz Abd Rahim dalam membuat keputusan yang menyebelahi Nizar. Kini keputusan tersebut menjadi topik perdebatan. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=410310

Asas-asas keputusan hakim boleh dibaca disini: http://www.loyarburok.com/selected-judgments/notes-of-grounds-of-judgment-in-nizar-v-zambry-case/

Saturday, May 9, 2009

CORAT-CORET: TONGKAT ALI BAHAYA?

Kepada peminat "XP Tongkat Ali Supreme", eloklah baca berita berikut:


Singapura Haramkan Tongkat Ali Mengandungi Bahan Bahaya
-->
SINGAPURA, 8 Mei (Bernama) - Pihak berkuasa kesihatan Singapura melarang jualan produk suplemen herba Tongkat Ali dari pasaran tempatan selepas kelongsong kapsulnya didapati mengandungi bahan berbahaya yang tidak diisytiharkan.

Menurut Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA), ia telah mengesan bahan "Tadalafil" dalam produk "XP Tongkat Ali Supreme", yang diedar dan dijual di kedai-kedai runcit di Singapura dan juga menerusi internet.

Dalam satu kenyataan Jumaat, HSA berkata ini kes pertama ia dapat mengesan bahan kimia yang mempunyai kesan kuat diselitkan dalam kelongsong kapsul produk berkenaan dalam percubaan untuk mengelakkan bahan itu dari dikesan.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai jangan membeli atau memakan produk berkenaan, walaupun setakat ini ia belum menerima sebarang laporan mengenai reaksi buruk akibat memakan produk berkenaan.

"XP Tongkat Ali Supreme" yang boleh didapatkan dalam bentuk kapsul dipasarkan sebagai "suplemen herba tradisional untuk lelaki" dan mendakwa 100 peratus asli.Labelnya menyatakan mengandungi Tongkat Ali, kandungan herba asli.

HSA berkata berdasarkan ia mengandungi hanya kandungan herba sebagaimana diisytihar pada labelnya, produk itu dianggap sebagai sejenis perubatan tradisonal dan dijual di Singapura tanpa sebarang pendaftaran atau kelulsan pra-pasaran dari badan itu.Ia menyatakan "Tadalafil", ingredien aktif dalam ubat Cialis, yang digunakan untuk merawat mati pucuk, dan ia dadah kuat yang hanya boleh digunakan bila dibenarkan oleh doktor.

Pengambilan "Tadalafil" boleh menyebabkan reaksi buruk yang serius seperti serangan jantung, strok dan darah tinggi, terutama di kalangan mereka yang mempunyai masalah jantung atau yang mengambil ubat nitrate, ujar HSA.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=409879

Friday, May 8, 2009

AHMAD SAID LETAK JAWATAN 12 MEI?

Berita ni disiarkan di mukasurat 2 Utusan Malaysia hari ini. Tetapi ia cukup untuk menggamatkan suasana di Terengganu.

Laporannya berbunyi:

PUTRAJAYA 7 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini bagi berbincang mengenai situasi politik di Terengganu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Dek berita ini, rata-rata di kalangan orang Umno membuat pelbagai spekulasi. Ada mengatakan pertemuan tersebut membincangkan kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan ada mengatakan ianya perjumpaan biasa.

Ada mengatakan perubahan akan berlaku di Terengganu minggu hadapan. Blogger "Perundingperiuknasi" menyiarkan satu spekulasi yang ditulis oleh seorang blogger bernama Hambali kononnya perubahan pucuk pimpinan akan berlaku minggu hadapan. Wallahualam.
http://perundingperiuknasi.blogspot.com/2009/05/cerita-orang-umno.html

RINTIHAN RAKYAT

Satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin negara pernah melontarkan kata-kata "tanyalah diri kita, apakah sumbangan kita kepada negara."

Maka rakyat diminta supaya jangan hanya bergantung kepada kerajaan sebaliknya menanyakan diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada negara.

Inilah yang menjadi falsafah pemimpin-pemimpin ketika itu sehingga rakyat kurang diutamakan.

Kini Najib Razak ingin mengakhiri falsafah "Government knows best". http://www.kwp.gov.my/cmskwp/docs/Teks%20Ucapan%20YB%20Menteri/2009/Ucapan_Najib_Mengenai_Pembentukan_Kabinet_Baru.pdf

Tahniah kepada Najib. Sekurang-kurangnya beliau tahu di mana salah silapnya pemimpin terdahulu. Bagi para ahli Kabinet dan pemimpin yang masih belum memahami kehendak rakyat, adalah baik sekiranya mereka menghayati berita muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai cerita Halimah Hussein, ibu kepada wanita hamil, Allahyarhamah Saripah Mohd Noor, yang mati digilis kereta apabila tercampak ke tengah jalan selepas diragut beg tangan beliau.

Kata Halimah: “Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal. Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Negara merdeka sejak 52 tahun lalu dan Umno akan berusia 63 tahun Isnin ini. Dan kita masih ada rakyat yang terpaksa pinjam RM5 untuk isi minyak motor dan beli jajan untuk anak. Renungilah.

Tuesday, May 5, 2009

1MALAYSIA: NAJIB TERTEKAN?

Rakyat hari ini telah berubah. Rakyat hari ini tidak lagi boleh disogok dengan kata-kata manis. Sebenarnya tiada lagi yang manis buat kerajaan dan BN era ini. Tidak pernah dalam sejarah politik negara Umno enggan menyertai pilihanraya kecil.

Dahulu, pilihanraya kecil merupakan medan Umno mempamirkan kegagahan and keperkasaannya. Hari ini, pilihanraya kecil digeruni. Ia adalah petanda rakyat sudah berubah dan semakin matang.

Terbaca Jelapang sebuah artikel yang di tulis oleh Tunku Abdul Aziz dari Transparency International di dalam blog beliau.
http://tunku-aziz.org/

Antaranya: "Najib is being watched carefully by the people of this country to see whether he has the stomach for meaningful reform, the sort of reform that will thrust Malaysia into the ranks of respected democratic nations, fully observing the central tenet of justice, fair play and equity in the governance of a multi-racial people. His credibility, both as a person as well as prime minister, will suffer irreparably if he does not deliver the promised package of goodies as understood by the people of this country. He is under considerable pressure to explain in clear, simple terms, what he means by 1 Malaysia. We wait with bated breath for the ceremonial rolling out of Najib’s great vision for Malaysia. He will have our support in this magnificent endeavour if his version coincides with justice and equity for all Malaysians." - Tunku Aziz

Terjemahan: "Najib diperhatikan oleh rakyat samada beliau benar-benar berani memperkenalkan reform yang benar-benar bermakna, satu pembaharuan yang akan meletakkan Malaysia di persada yang dihormati di kalangan negara demokrasi, negara yang benar-benar mematuhi asas keadilan dan kesaksamaan dalam mentadbir negara pelbagai kaum. Kredibiliti Najib, sebagai seorang Perdana Menteri, akan musnah sekiranya beliau gagal memenuhi janji beliau kepada rakyat negara ini. Najib kini tertekan untuk menerangkan dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah, apa yang beliau maksudkan dengan 1 Malaysia. Kita sedang menanti akan pembentangan visi Najib yang terbilang ini untuk Malaysia. Najib akan dijulang sekiranya janji indah ini memenuhi aspirasi keadilan dan kesaksamaan yang dijanjikan untuk semua rakyat Malaysia." - Tunku Aziz. http://tunku-aziz.org/2009/05/02/1-malaysia-a-blurred-vision/ http://www.mysinchew.com/node/23921

Barangkali mesej Tunku Aziz ini jelas kepada Najib.
(Tunku Aziz telah menyertai DAP tidak lama dahulu. Biodata Tunku Aziz: http://dapmalaysia.org/newenglish/biodata_tunku_aziz.htm) 80k

Monday, May 4, 2009

JOHARI BAHAROM & SELESEMA BABI

Orang Kedah terutamanya orang Kubang Pasu pasti hiba melihat nasib Ketua Bahagian mereka, Johari Baharom. Semalam Abang Jo membuat kenyataan berikut:

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak lagi mengeluarkan permit baru bagi mengimport daging babi berikutan wabak Influenza A (H1N1) di beberapa negara. Kajian klinikal ke atas sampel hingus, air liur dan najis haiwan itu yang disyaki mengidap H1N1 yang diambil dari 14 ladang di Selangor dan lima di Melaka mendapati ia negatif." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=408455

Dulu Abang Jo ada kelas sikit kerana diberi tanggungjawab menguruskan isu-isu berkaitan tahanan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad semasa menjawat jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Malangnya dek satu kontroversi (http://www.freewebs.com/southeast-wind/), Abang Jo kini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan semalam terpaksa mengendali isu pengimportan daging babi.

Kalau mengikut rasa hati Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak membimbing Abang Jo, bekas Setiausaha Politik Tun satu ketika dulu, Najib Razak seharusnya menggugurkan Abang Jo kerana dituduh terlibat dengan rasuah berjumlah RM5 juta pada 2007. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24126-dr-m-says-nazri-and-johari-are-among-those-najib-should-not-have-appointed

Seorang lagi yang Dr Mahathir merasakan tidak layak untuk dikekalkan di dalam Kabinet ialah Nazri Aziz.

Lumrah orang politik, jawatan apa pun tidak mengapa. Asalkan ada jawatan. Tak kira lah kena jaga banduan ataupun isu selesema babi.

Sunday, May 3, 2009

ERA BARU DALAM NEW STRAITS TIMES

84 JALAN TANGSI: Selepas menempa nama sebagai salah seorang blogger terkemuka dan telah mencapai jumlah layaran melebihi 10 juta, Rocky, Jumaat lepas mencipta satu lagi blog baru - 84 Jalan Tangsi.

Mungkin blog ini dicipta Rocky sempena bermulanya era baru dalam dunia kewartawanan selepas era Kalimullah Hassan di NSTP.

Rakan-rakan media yang Jelapang kenali pernah menggambarkan betapa rakusnya Kalimullah selepas beliau menjejakkan kaki di NSTP.

Jelapang bukan orang media tetapi dari cerita-cerita rakan-rakan media, perkara pertama yang dilakukan Kalimullah ketika di NSTP ialah menyingkirkan kesemua editor-editor Melayu yang pro-Mahathir dan Najib. Antaranya Datuk Ahmad Talib, Rocky dan Nuraina Samad. Ketiga-tiga mereka ini meninggalkan dunia kewartawanan dan menjejak kaki ke dunia "blogging". Sebahagian menyertai Tun Dr Mahathir di Yayasan Perdana, sebahagian menjadi Setiausaha Akhbar Menteri dan sebahagian merana entah ke mana. Hampir kesemua yang disingkir Kalimulah menjadi blogger samada secara rahsia atau terang-terang seperti Ahmad, Rocky dan Nuraina.

Malang buat Kalimullah, mereka-mereka ini menjadi, meminjam kata-kata Tun Musa, duri dalam dalam daging buat Tun Abdullah Ahmad Badawi. Blogger bekas wartawan NSTP ini mengkritik hebat Tun Abdullah bukan kerana benci akan bekas Perdana Menteri itu tetapi kerana marah pada Kalimullah. Itulah antara kesilapan Tun Abdullah sehinggakan beliau terpaksa mengundur diri sebagai Perdana Menteri Malaysia paling singkat dalam sejarah politik negara kita.

Ahmad Talib disingkirkan untuk memberi ruang kepada Brendan Pereira
(http://www.jeffooi.com/2006/10/how_we_miss_brendan_by_50_albo.php) untuk di bawa masuk oleh Kalimullah ke New Straits Times. Pereira ialah seorang penulis anti-Mahathir, anti-Najib dan pro-Singapura dan bekerja untuk akhbar kepunyaan Kerajaan Lee Kwan Yew dan Singapura - Straits Times.


Sepanjang karier Pereira, Singapura kiblatnya dan Singapura kepentingannya. Mengikut rakan-rakan media, Kalimullah menyakinkan Tun Abdullah, Pereira lah orangnya yang bakal memastikan Tun Abdullah kekal di tampuk pemerintahan.

Sebaliknya, Pereira dan Kalimullah dikatakan menjadi punca kejatuhan. NSTP diserang hebat kerana terpesong dari landasan sebenar. Editor-editor Melayu dipinggirkan, wartawan-wartawan Melayu diketepikan, agenda Melayu disisihkan. Yang lebih kritikal, apabila agenda Islam dipersendakan dan Rasullulah diperhinakan dan kesannya Umno kecundang politiknya.

Semalam, Edge Financial Daily, melaporkan kembalinya Ahmad Talib ke New Straits Times. http://www.theedgemalaysia.com/business-news/13221-flashnstp-gets-new-editorial-advisor.html

Dan seperti yang dijangkakan, Malaysian Insider, mengikut orang media, dikendalikan oleh Kalimullah dan Brendan Pereira, menyerang hebat Ahmad Talib dengan menyifatkan beliau sebagai penyokong setia Tun Dr Mahathir. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/25259-umno-reins-in-its-media

Tidak menghairankan kalau Kalimullah dan Pereira tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk diperkatakan mengenai saudara Ahmad. Ia kerana NSTP pernah menjadi tempat kedua-dua mereka bermaharajalela sehinggakan yang tinggal hanya beberapa wartawan Melayu yang hanya boleh dikira dengan jari.

Apapun yang akan diperkatakan oleh Kalimullah dan tulisan Pereira, menurut ramalan Saudara Rocky samada ditulis oleh Pereira atau Kalimullah dalam Malaysian Insider semalam, mengenai blogger Ahmad Talib, yang pasti kumpulan NSTP dan dunia kewartawan akan menempuh lebaran baru. Tidak mengapa sekiranya Malaysian Insider terus menyerang dan irihati kepada blogger Ahmad Talib kerana selama ini tidak ada apa pun yang baik ditulis oleh Malaysian Insider kecuali memburuk-burukkan sesiapa saja yang tidak disukai mereka.

Perubahan dalam dunia kewartawan ini yang juga menyaksikan kembalinya Johan Jaafar sudah pasti akan memastikan agenda Melayu dan Islam tidak terpinggir lagi.

Saturday, May 2, 2009

CORAT-CORET: PENANGAN ISTERI BERGELAR ARTIS!

Hashimuddin Abdul Kadir VS Norish Karman

Norish: "... kembalikan dengan kadar segera Nissan Murano yang saya gunakan untuk membawa anak-anak saya." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Hashimuddin: "Saya izinkan dia menggunakan kereta itu dengan syarat ia tidak boleh digunakan oleh mana-mana lelaki. Saya tengok kereta ini sering diguna dan disimpan di rumah Mohd Luqman seolah-olah keretanya sendiri." http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/1/mstar_hiburan/20090430215202&sec=mstar_hiburan

Norish: "Bayar nafkah saya RM1,500 seorang bagi ketiga-tiga anak saya, bayaran sewa rumah RM5,000 serta upah pembantu rumah sebanyak RM900." http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Hashimuddin: "Saya beri (Norish) RM5,000 sebulan dalam tempoh edah selama tiga bulan 10 hari, membayar sewa rumah RM15,000, wang pendahuluan rumah RM9,000 dan kos berpindah RM3,000." http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/BeritaUtama/20090429060419/Article/index_html

Norish: “Salah ke saya bawa anak-anak jumpa Luqman (Mohd Luqman Mohd Amin), sekurang-kurangnya mereka (anak-anak) tahu dengan siapa saya keluar.” http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090428075841/Article/index_html

Hishamuddin: “Perceraian kami berpunca daripada cinta rahsia dia (Norish Karman) dengan seseorang. Saya tidak cemburu langsung, apabila dia bebas membawa teman lelakinya ke rumah dengan anak saya ada di sana, malah membawa mereka bercuti sekali di Pulau Tioman, Pahang, Mac lalu. Saya pernah bersemuka dengan lelaki itu dan meminta dia sedar perbuatannya itu melanggar hukum agama. Tetapi mereka teruskan juga hingga Norish meminta saya menceraikannya." http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/BeritaUtama/20090429060419/Article/index_html

Friday, May 1, 2009

KSU RASUAH?

OH KSU? Ada cakap-cakap di kedai kopi mengatakan kakitangan perkhidmatan awam lebih tidak bermoral dari ahli politik.

Cakap-cakap seumpama ini tidak adil kepada lebih 800,000 kakitangan awam. Apalah kuasa yang ada pada seorang pegawai tadbir biasa dan pembantu pejabat untuk mereka menyalahgunakan kuasa mereka?

Yang peliknya, ketua-ketua jabatan dan Biro Pencegah Rasuah dulunya lebih menumpukan kepada perkara remeh-temeh seperti menghalang penghantaran kurma ke pejabat apabila tiba Ramadan dan hamper hariraya kepada kakitangan awam.

Padahal ada bos-bos mereka yang "hamper dan kurmanya" dihantar terus ke rumah mereka dan tiada siapa peduli.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas Ketua Setiausaha sebuah Kementerian atas tuduhan menerima sogokan lebih RM50,000 dari sebuah syarikat. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive

Kita tunggu hasil siasatan SPRM untuk mengetahui siapa bekas KSU tersebut.

21 April lalu Ketua Setiausaha Negara membuat pertukaran di peringkat KSU untuk memastikan setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaan dapat memenuhi slogan Perdana Menteri Najib Razak, "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Ini termasuk usaha untuk memperkukuhkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan meletakkan bekas KSU Kementerian Kerja Raya Abdul Munit Kasmin dan KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Abdul Hanan Alang Endut di JPA. http://www.jpa.gov.my/2009/04/1048/

Semuga kita akan menyaksikan satu sinar baru di dalam JPA.