Sunday, April 12, 2009

AMY BAWA "WOW" KEPADA PAS?



WOW!!! Ketika Umno dan Muhyiddin Yassin tercari-cari faktor WOW untuk menghidupkan semula roh Umno, Nik Aziz Nik Mat nampaknya telah mendahului Muhyiddin.

Mengikut akhbar Kosmo, Amy Search membuat persembahan semasa majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan dan Nik Aziz menitiskan air mata selepas mendengar lagu Rock persembahan Amy. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Umno pasti menarik nafas lega pabila Amy berkata: ""Saya masih bersifat neutral tidak sertai mana-mana parti. Kehadiran saya ke sini sekadar memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan. Apa yang berlaku selepas ini adakah ketentuan-Nya namun saya perlu berfikir lagi semasak-masaknya kerana ia akan mempengaruhi peminat setia saya. Bagaimanapun saya akui, memang peminat tok guru (Nik Aziz) namun belum lagi memutuskan menyertai Pas"
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Kehadiran Amy di Kota Bahru sudah cukup untuk meng"wow"kan penyokong pembangkang sementara penyokong Umno masih menanti apakah "wow" yang akan Muhyiddin bawa untuk memperkasakan Umno. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Ketika saya dan rakan dari Tanah Merah berkunjung ke Pulau Melaka, rumah Nik Aziz pada 10hb jam 6.00 pagi untuk menyelesaikan beberapa perkara, dikhabarkan Tok Guru uzur dan ceramah pagi Jumaat di pasar Siti Khatijah juga tidak dihadiri, tetapi tidak disangka pula sihat segar bugar pada 11hb menyambut Amy Search.

Apa ilmu agaknya Nik Aziz pakai, ilmu sihat untuk mencari publisiti murah dan ilmu mengelak untuk masalah rakyat.

add said...

Nik aziz menangis bila mendengar amy menyanyi...
orang bila dah tua nak mati menagis dengan alunan ayat-ayat quran, nik ajis ni syok pula dengar lagu... memang sah la nik ajis ni gila dah nak mam@@@,,,,