Monday, January 12, 2015

HISHAMMUDDIN HUSSEIN: BACALAH SEJARAH BARAT



Blogger Tan Sri Zam baru-baru ini menyiarkan satu komen yang ditulis oleh Tan Melaka mengecam kenyataan Hishammuddin Hussein mengenai serangan ke atas majalah Charlie Hebdo di Paris.

Kata Tan: "Saya rasa kenyataan Hishamuddin itu tidak kena masanya. Kita tidak seharusnya menimbulkan prasangka  bahwa kita  berada dalam keadaan yang sama dengan France yang medianya bersikap Islamophobia, biadap  dan sering  memprovokasi orang Islam  dengan berbagai penghinaan dan sindiran sejak sekian lama."
http://zamkata.blogspot.com/2015/01/kenyataan-menteri-pertahanan-yang-tidak.html

Dalam kenyataannya Hishammuddin memuji kepimpinan kerajaan Perancis.

Kata Hishammuddin: “Kepimpinan Perancis tidak menuduh umat Islam melakukan serangan tersebut dan mereka menangani masalah ini dengan kematangan, tetapi masalahnya, sama ada masyarakat kita matang atau tidak, bila berbincang mengenai isu keagamaan. Persepsi buruk yang digambarkan terhadap Islam pada masa ini, dibuat ketika umat Islam tidak bersatu dan tidak boleh menyumbang terhadap keamanan dunia. Ini bukan budaya yang kita warisi...tidak mustahil Malaysia berdepan masalah sama satu hari nanti."

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/09/serangan-ke-atas-charlie-hebdo-hishammuddin-puji-sikap-perancis/#ixzz3OCYWBrxo

Rasanya elok juga Hishammuddin membaca sedikit sejarah dunia.

Petikan berikut yang sudah lama viral di media sosial adalah antara gambaran sebenar mengenai Barat yang dipuji Hishammuddin.

A German Muslim scholar was asked on a live TV show about terrorism and Islam. He said:
Who started the First World War? Was it Muslims?
Who started the Second World War? Was it Muslims?
Who killed about 20 million Aborigines in Australia? Was it Muslims?
Who sent the nuclear bombs to Hiroshima and Nagasaki? Was it Muslims?
Who killed more than 100 million Indians in North America? Was it Muslims?
Who killed more than 50 million Indians in South America? Was it Muslims?
Who took about 180 million of African people as slaves, of whom 88% died and thrown in the Atlantic? Was it Muslims?
No, they weren’t Muslims! First, you have to define terrorism properly. If a non-Muslim does something bad, it is a crime. But if a Muslim commits the same act, he is a terrorist.
First remove this double standard, and then come to the point!


Untuk makluman Hishammuddin, tiada seorang yang benar-benar Islam yang sanggup melihat Nabinya, Muhammad SAW, dihina seperti mana diperlakukan di Perancis.

Sunday, January 11, 2015

MUSA HASSAN MINTA LEPASAN TAHFIZ MASUK POLIS



TERUK sangat ke disiplin di dalam Jabatan Polis sehinggakan bekas Ketua Polis Negara BERHARAP lebih ramai LULUSAN TAHFIZ memohon untuk menyertai Polis?

Kata Musa: 

"Pegawai dan anggota polis diingatkan tidak menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara. Jadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai amalan di dalam hidup seharian. Jika tidak rakyat akan sentiasa memandang serong ke atas pasukan polis. Saya juga berharap agar lebih ramai lepasan tahfiz yang akan memohon menganggotai polis." 

 http://www.sinarharian.com.my/nasional/polis-jangan-khianati-agama-dan-negara-1.349356

TUN DR M MINTA PEMIMPIN BELAKANGKAN PERJUANGAN UMNO BERUNDUR DENGAN "SENANG HATI"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kanan) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kanan) turut bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia dari kesan lumpur dan banjir diPekan, hari ini. - Foto Bernama

SUDAH diterima umum PENGKRITIK NO 1 Najib Razak ialah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Setiap penulisan dan kenyataan Tun Dr Mahathir akan dilihat ditujukan kepada Najib.

Terkini Tun Dr Mahathir menulis mengenai dua bab mengenai SYUKUR.

Antara kandungannya:

BAB 1:


15. Pemimpin tidak boleh membelakangkan dasar perjuangan UMNO. Apabila Presiden UMNO yang pertama, Dato Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya. Dan Dato Onn pula menyedari akan amalan demokrasi, menganggap penolakan pendiriannya sebagai “undi tidak percaya” dengan senang hati melepaskan jawatannya.
16. Perkara yang sama berlaku kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku berundur.
17. Inilah kelebihan sistem demokrasi. Di sesetengah negara percubaan dibuat untuk mengekalkan jawatan kerapkali melalui keganasan. Tetapi dalam demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa merosakkan negara.
BAB 2: 
27. Semua ini mesti difahami oleh bakal ahli dan pemimpin UMNO. Jika mereka tidak tahu dan tidak faham, jika mereka anggap UMNO sebagai batu loncatan untuk kekayaan dan kuasa, adalah lebih baik jika berada diluar UMNO. Suarakanlah pendapat mereka di dalam negara yang bebas dan demokratik ini.
31. Dalam UMNO tidak harus ada dinasti. Siapa sahaja yang layak dan cinta UMNO berhak dilantik ke semua jawatan. Kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan.
Persoalannya: Apakah ianya tanda-tanda Tun Dr Mahathir selepas ini akan meminta Najib "dengan senang hati" melepaskan jawatannya?
Apakah Tun Dr Mahathir berpendapat pemimpin hari ini menjadikan Umno "batu loncatan untuk kekayaan dan kuasa"?
Kalau Tun Dr Mahathir tidak tujukan semua ini kepada Najib, siapakah pemimpin Umno yang dimaksudkan Tun?

Saturday, January 10, 2015

LAPORAN POLIS PUNYA HAL, RUMAH KENA LELONG

 Rupa-rupanya ramai kumpulan ekstremis di dalam Umno.

Inilah nasib pemimpin Umno apabila tidak bersependapat dengan pucuk pimpinan.

Khairuddin Abu Hassan, Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, hanya meminta polis menyiasat kepincangan di dalam 1MDB berikutan pelbagai isu dibangkitkan mengenai syarikat tersebut.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/12/ahli-umno-mahu-polis-siasat-kepincangan-1mdb/

Mungkin ada yang terasa pedasnya maka kini Khairuddin diserang bertubi-tubi oleh ahli parti beliau sendiri.
 Begitu ekstremnya Umno, satu MAJLIS diadakan di Ibupejabat Umno pada 6 Januari 2015 di mana Ketua Pemuda Umno Batu Kawan Hilmie Ibrahim bersama rombongannya menyerahkan dokumen semakan Jabatan Insolvensi kononnya Khairuddin diisytiharkan bankrap pada bulan Mei tahun lepas kepada Setiausaha Kerja Umno.  http://m.utusan.com.my/berita/politik/gesa-siasat-khairuddin-didakwa-muflis-1.45083
Tak cukup dengan pengisytiharan bankrap, Isnin ini rumah Khairuddin di Mont Kiara pula akan dilelong.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-terkejut-rumah-dilelong-tanpa-pengetahuan

Semua ini sudah pasti gara-gara laporan polis Khairuddin mengenai 1MDB.

Jelas sekali ada pemimpin yang tak sedap duduk dengan laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin.

Nampak sangat pemimpin berkenaan berada di dalam "ketakutan" dengan laporan tersebut.

Begitulah ekstremnya Umno hari ini. Kalau tidak sependapat, sampai ke rumah kawan sendiri pun kena lelong.

Tuesday, January 6, 2015

MUSA HASSAN: RASUAH PERINGKAT ATASAN



“Rasuah yang melibatkan peringkat atasan akan menghancurkan negara kerana keputusan yang dibuat untuk kepentingan diri dan bukan kepentingan negara. Rasuah menjadi barah jika tiada ketegasan penguatkuasaan dan tiada 'political will' untuk membanterasnya. Ia hanya polemik.” - Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan.


PERINGKAT ATASAN?

Siapa yang dimaksudkan oleh Musa?

Pemimpin negara?

Monday, January 5, 2015

PM KENA JANGKITAN E-COLI



Kesian Perdana Menteri kita terpaksa berehat di rumah kerana terkena jangkitan e-coli kerana meredah air banjir sebaik sahaja kembali dari bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Kita mendoakan beliau cepat sembuh dan elakkan diri dari terkena air banjir lagi selepas ini.

Kepada yang tidak tahu apa itu e-coli, berikut sedikit penjelasan mengenainya.

E. coli (Juga disebut E. coli O157: H7 atau Escherichia coli) adalah spesies bakteri yang ditemukan dalam usus manusia dan hewan sehat dan diperlukan untuk membantu dalam pemecahan selulosa dan penyerapan vitamin K (yang membantu pembekuan darah). Namun, bakteri ini seringkali juga menjadi penyebab infeksi saluran kemih, diare pada bayi, dan infeksi luka.

Sementara itu tertanya kita apa yang terjadi kepada Pak Cik di dalam gambar ini yang terpaksa tidur di dalam air banjir.

Apalah nasib lebih 200,000 mangsa banjir baru-baru ini.

Kita mengharapkan Kementerian Kesihatan menjalankan ujian kesihatan segera ke atas mereka ini kerana mungkin mereka juga dijangkiti penyakit.

Thursday, January 1, 2015

2015 TAHUN KEINSAFAN



Selamat Tahun Baru.

Baguslah ramai pemimpin sekarang turun padang membantu mangsa banjir terutamanya di Kelantan.

Walaupun tidak dilanggar Tsunami seperti Acheh, kemusnahan kepada negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan hampir seteruk Acheh.

Paling menyedihkan ialah apabila mangsa kehilangan tempat tinggal.

Dan paling menyedihkan, hampir 95 peratus mangsa terutamanya di Kelantan adalah orang Melayu.

Kesannya akan dirasai berbulan-bulan. Hilang rumah, hilang punca pendapatan.

Yang miskin akan bertambah miskin.

Ada pemimpin pada awalnya enggan pulang dari bercuti tetapi akhirnya pulang selepas dikritik hebatnya.

Dan hari ini, sudah pasti pemimpin tersebut dapat merasai betapa peritnya rakyat mengharungi bencana ini.

Ada pemimpin yang baru pulang sehari dua lepas. Tidak mengapa. Turunlah ke bawah. Fahamilah keperitan rakyat.

Ambil ikhtibar. Tanyalah diri sendiri, berapa perbelanjaan yang dihabiskan semasa cuti tersebut dan bandingkan dengan nasib rakyat.

Ada anak pemimpin sanggup menghabiskan RM110 juta hanya untuk membeli sebuah penthouse di Amerika Syarikat.

Ada isteri pemimpin sanggup membelanjakan RM300,000 HANYA untuk satu beg tangan berjenama Hermes. Ada isteri pemimpin masih belum pulang dari bercuti.

Tetapi rakyat di bawah, hendak membina semula rumah pun perlu kepada pertolongan kerajaan dan berharap kepada BRIM.

Insafkah pemimpin kita?

Kita semua tahu jawapannya.

Monday, December 29, 2014

Sunday, December 28, 2014

MENTERI SEKARANG TADBIR NEGARA MELALUI TWITTER


SELEPAS kembali dari bercuti di Hawaii dan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Najib Razak hari ini mengarahkan semua menteri-menteri membatalkan cuti mereka dan kembali ke Malaysia dari luar negara.

Kasihan juga memikirkan nasib Menteri-Menteri kita yang terpaksa pulang awal.

Sebenarnya walaupun tiada dalam negara, kebanyakan Menteri-Menteri sudah menjalankan tanggungjawab mereka walaupun berada di luar negara.

Tengok saja twitter Hishammuddin Hussein yang kini katanya sedang bercuti di London.

Sesiapa yang membaca tweet beliau akan merasakan seolah-olah beliau sedang mengharungi banjir di Pantai Timur. Arahan-arahan diberikan melalui twitter.

Sementara Ahmad Maslan pun nampak begitu prihatin dengan masalah rakyat di bawah melalui tweet beliau dan sentiasa berdoa agar air banjir cepat surut walaupun sedang menikmati cuaca dingin di Jerman.

Menteri Kerjaraya Fadillah Yusof pula katanya di London walaupun rata-rata jalan runtuh dan ditutup.

Sekarang ada trend baru dalam Kabinet Malaysia - mentadbir melalui TWITTER.

Baru-baru ini, kita terima satu mesej dari Putrajaya yang berbunyi:

Dear all, please share this :-

There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts.

However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety.

He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.

A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation: 

In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat. 
http://www.mstar.com.my/…/2014/12/20/pm-lawat-mangsa-banjir/

It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive.

Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help.
Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance.

Remember that President Obama is the most powerful person on earth and has vast resources at his command.

Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance?

Dear all, please share this thanks (on PM golfing with Obama)

Selepas membaca mesej ini dan alasan yang digunakan, tertanya-tanya kita perlukah Menteri-Menteri diarahkan memendekan cuti mereka setakat untuk hendak bergambar untuk popular dan kehadiran menteri-menteri setakat bergambar mengharungi banjir tidak akan mengubah keadaan dan yang paling penting buat masa ini ialah peranan agensi-agensi yang membantu mangsa banjir.

Inilah yang kita katakan spin haru biru oleh penasihat-penasihat PM semata-mata mahu menyelamatkan Najib walaupun apa yang dilakukan Najib tidak masuk akal.

Friday, December 26, 2014

NAJIB: BEREHATLAH DATO' SRI

 YAB Perdana Menteri,

Tahniah kerana mendapat jemputan untuk bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii.

Ini satu peristiwa bersejarah. Belum ada Perdana Menteri Malaysia, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, seakrab Dato' Sri dengan Amerika Syarikat sehingga terpilih untuk menjadi "golf buddy" Presiden Amerika.
Semalam Dato' Sri menelefon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan Dato' Sri prihatin dengan masalah rakyat yang kini dilanda banjir besar, terbesar sejak 30 tahun.

Tersiar gambar Dato' Sri seolah-olah berada di dalam kesugulan tetapi malangnya gambar tersebut dijadikan bahan jenaka oleh rakyat Malaysia.

Rasanya Dato' Sri pernah terbaca mengenai Taufan Sandy yang menyebabkan banjir besar di Amerika Syarikat pada Ogos 2011.

Pada masa itu, rakan golf Dato' Sri, Obama, sedang bercuti di Martha's Vineyard dan membuat keputusan untuk menamatkan cuti beliau untuk bersama rakyat Amerika Syarikat mengharungi bencana tersebut.

Mungkin Dato' Sri terlupa peristiwa tersebut.
 Kini rakyat Malaysia dilanda banjir dan sudah hampir 100,000 dipindahkan di seluruh negara.

Jika pertemuan dan golf di Hawaii lebih penting kepada Dato' Sri untuk masadepan negara, eloklah Dato' Sri terus berada di sana. Lagipun Tan Sri Muhyiddin pun mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara tanpa Dato' Sri.
 Rakyat sekarang ini merayu-merayu meminta pertolongan. Tidak mengapa. Tan Sri Muhyiddin ada.
 Saya terbaca juga kenyataan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Dato' Sri yang mengatakan apa yang boleh Dato' Sri buat kalau berada di Malaysia sekarang ini.

Sekadar mengharung air bah paras lutut saja yang mampu Dato' Sri lakukan. Memang betul kata mereka.

Betul juga kata penasihat Dato' Sri di Putrajaya, bukan mudah untuk menjadi tetamu golf Barack Obama.

Lagipun, sebelum Dato' Sri keluar negara tanpa diketahui rakyat (hanya selepas Washington Post menyiarkan berita tersebut baru rakyat mengetahui Dato' Sri berada di Hawaii), penasihat Dato' Sri berkata Dato' Sri telah pun melawat pusat pemindahan banjir sebelum belepas keluar negara.

Nampaknya apa yang dilakukan oleh Dato' Sri sama dengan apa yang dilakukan Pak Lah dulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum berlepas ke Perth untuk merasmikan restoran nasi kandar, Pak Lah juga melawat pusat pemindahan banjir di Johor.

Maka Dato' Sri bukan yang pertama melakukannya. Pak Lah yang memulakan tradisi ini.
Tetapi Dato' Sri, rakyat pun tahu kalau balik pun, Dato' Sri setakat boleh melawat dan bergambar untuk media tempatan.

Oleh itu tidak mengapa jika Dato' Sri ingin terus berehat di Amerika Syarikat.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin,"Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa. "Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini. Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagi-masa-najib-berehat-dia-cuma-manusia-biasa-kata-muhyiddin

Oleh itu, berehatlah. Dato' Sri sudah bekerja terlalu keras.

Nota: Untuk pengetahuan Dato' Sri, tiada akhbar di Malaysia menyiarkan gambar bersejarah Dato' Sri bersama Obama bermain golf. Seharusnya gambar tersebut bersemat di dada-dada akhbar kerana saya yakin Dato' Sri banyak menyelesaikan masalah negara semasa berbual dengan Obama di padang golf di Hawaii itu.

Tuesday, December 23, 2014

LODIN 1MDB PUN SUDAH TIDAK YAKIN DENGAN RINGGIT MALAYSIA



"Membawa balik duit yang disimpan oleh 1MDB yang disimpan di Cayman Island sekarang ini akan menjejaskan simpanan tersebut kerana pada ketika ini NILAI RINGGIT telah menurun 6.5 peratus dalam 9 bulan ini dan pada masa ini kadar ringgit merudum kepada RM3.48".
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mbd-says-repatriating-funds-from-caymans-will-expose-cash-to-market-fluctu

Inilah maksud lebih kurang kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin semalam mengenai janji kerajaan untuk membawa balik wang yang disimpan oleh 1MDB di Cayman Island.

Apa sebenarnya mesej Lodin kepada kita dan dunia?

Adakah ini bermaksud Lodin HILANG KEYAKINAN dengan Ringgit Malaysia?

Adakah Lodin mahu menyampaikan mesej kepada pelabur asing Ringgit Malaysia sudah jatuh nilainya dan bukan masanya untuk pelabur terus menyimpan Ringgit?

SEMENTARA itu, kemana Najib dan pemimpin-pemimpin lain pada ketika negeri di Pantai Timur dilanda banjir dan pelbagai masalah berkaitan Pendidikan?

Wednesday, December 17, 2014

NAJIB DIMINTA LETAK JAWATAN



Apalah NASIB Perdana Menteri Najib Razak.

Selepas diarahkan supaya kurang bercuti ke luar negara dan dinasihatkan supaya BERHENTI MENIPU RAKYAT, kali ini seorang pemimpin PERINGKAT CAWANGAN pula meminta beliau meletakkan jawatan.

PEMIMPIN PERINGKAT CAWANGAN!

Agaknya apa perasaan Najib dan ahli keluarga beliau terutamanya isteri tersayang, Datin Seri Rosmah Mansor, pada ketika ini DIHINA begini rupa terutamanya ketika mereka sedang bersiap-siap untuk BERCUTI dan MERAYAKAN TAHUN BARU di luarnegara semasa cuti Krismas ini.

Berikut surat terbuka yang ditulis oleh Ketua Penerangan Umno CAWANGAN Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan, kepada Najib.

Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Merangkap Presiden Umno, Dato ' Sri Hj . Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak.

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum Dato ' Sri,

Sesungguhnya saya sebagai ahli Umno merasakan yang perkhidmatan Dato Sri tidak lagi diperlukan bukan kami hendak menghina Dato ' Sri tetapi kami rasakan lebih baik Dato ' Sri berundur secara kehormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno.Umno ketika ini sudah semakin lemah dari segi sokongan orang melayu mahupun dari sokongan pengundi2 komponen BN terutama parti berteraskan bangsa cina dan india.

Jikalau Dato ' Sri betul2 sayangkan Umno dan Barisan Nasional maka jalan yang terbaik Dato ' Sri berundur lah.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Dato ' Sri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung jadi jalan yang terbaik ialah Dato ' Sri berundur.

Bantu lah kami supaya menjadi kuat semula dengan Dato ' Sri berhenti.

Saya tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci nanti Dato ' Sri tidak mengaku dan saman saya mana mampu nak bayor.

Demi Agama, Bangsa dan Negara,
Syed Rosli Jamalullail,
Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno, Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.