Showing posts with label tenaga nasional. Show all posts
Showing posts with label tenaga nasional. Show all posts

Tuesday, July 25, 2017

LEMBAGA PENGARAH TENAGA NASIONAL TAK ADA PAKAR LETRIK?

Image result for blackout+tenaga nasional+lilin
HARI ini kita melayan rakan yang datang bertandang jauh dari Sri Gombak, Kuala Lumpur.

Bukan main marah dia dengan Tenaga Nasional. Katanya, dah berkali-kali letrik putus di kawasan rumah dia.

Katanya, ada suratkhabar dah menulis mengenainya tetapi masalah tetap sama. Maka disemak, berita ini yang kita jumpa:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/24/sri-gombak-folks-peeved-by-recurring-blackouts/

Biasalah bila sudah marah. Macam-macam diungkitnya. Tarif letrik tak turun-turun, gaji orang TNB besar-besar belaka. Bonus tinggi.

Terfikir kita, kalau gangguan sekecil ini di Sri Gombak terkial-kial hendak diselesaikan, bagaimana jika ada gangguan besar sepertimana berlaku pada tahun 1992, 1996 dan 2003?

Bila Jelapang semak barisan Lembaga Pengarah Tenaga Nasional, tak nampak pula macam Lembaga Pengarah Syarikat Letrik.

Yang jadi ahli lembaga pengarah bekas hakim, ahli politik, pakar audit, pakar innovasi pun ada.

Senarai Lembaga Pengarah TNB: https://www.tnb.com.my/about-tnb/board-of-directors

MANA PAKAR LETRIK DALAM LEMBAGA TNB? Tak akan tak ada ahli lembaga pengarah yang ada pengalaman sebagai jurutera letrik?

TNB tempat untuk tolong orang tertentu atau serius nak atasi isu-isu letrik negara?

Kepada rakan dari Sri Gombak, kita hanya boleh menyatakan simpati. Harap bersabar.

Mungkin di Tenaga Nasional, keutamaannya lain.

Tuesday, August 16, 2016

TAKUTILAH WAHAI KAKITANGAN KERAJAAN. DZULKIFLI BERJIHAD MENGHAPUSKAN RASUAH

Image result for dzulkifli sprm

SEKALUNG tahniah kita ucapkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad, dan Pengarah Siasatan SPRM Azam Baki.

Edisi Johor

Semalam 3 "jerung" ditangkap oleh Dzulkifli dan Azam. 

Inilah yang dikatakan JIHAD - jihad memerangi rasuah.

Dua dari jerung ini adalah pegawai kanan kerajaan dan seorang lagi pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad.

Dzulkifli hanya perlu memegang jawatan 15 hari saja untuk memberkas 3 PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA dan NEGARA ini.

Amat jelas bahawa selama ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohammed serta beberapa pegawai kanan SPRM memerap fail ketiga-tiga mereka ini dan mungkin berpuluh lagi fail siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan.

Masuk saja Dzulkifli ke SPRM, dalam masa 15 hari sudah diberkas mereka ini.

Timbul persoalan apa yang Abu Kassim buat di SPRM selama ini?

Maruah bangsa dan negara perlu dijaga. Indeks rasuah perlu dibetulkan. Padan lah selama ini ranking Malaysia dalam memerangi rasuah jatuh. Rupa-rupanya banyak fail terperap semasa Abu Kassim.

Marilah sama-sama kita menyokong usaha MURNI Dzulkifli ini. Inilah JIHAD yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Kita yakin Dzulkifli akan memberkas ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam masa terdekat ini.

Inilah pertama kali kita melihat SPRM benar-benar mahu memerangi rasuah.

Perlantikan Dzulkifli nampaknya keputusan yang paling tepat dan kita amat yakin SPRM tidak lagi dikenali sebagai agensi membela jerung dan menganiaya ikan bilis.

TAHNIAH DATO' DZUL. 

Kami bangga dengan apa yang Dato' lakukan tak sampai sebulan memegang jawatan tertinggi SPRM.

Kepada kakitangan kerajaan, sokonglah usaha murni Dato' Dzul untuk membersihkan perkhidmatan awam.

Dengan kerjasama tuan-tuan, perkhidmatan awam akan menjadi perkhidmatan paling dihormati di negara ini dan marilah kita sama-sama memerangi rasuah.

TERIMA KASIH DATO' DZUL 


Wednesday, February 4, 2015

SYED MOKHTAR & KERAJAAN PERLU JADI TELADAN



HARI ini Najib Razak bersuara dalam isu Ismail Sabri walaupun melalui kenyataan bertulis.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pertahan-ismail-sabri-seruan-boikot-bukan-untuk-kaum-tertentu

Ismail Sabri harus berterima kasih kepada Perdana Menteri yang tampil mempertahankan beliau walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kualiti "pemikiran" Ismail dalam menangani masalah kenaikan harga barang.

Banyak perkara berlaku hari ini. Ini termasuk kritikan baru yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap 1MDB dan sekali lagi Tun Dr Mahathir menekankan beliau TIDAK MENYOKONG NAJIB.

Kata Tun Dr Mahathir, kalau betul wang yang disimpan di Caymans Island berjumlah RM8 bilion dan sudah dibawa balik ke Malaysia, kenapa 1MDB perlu meminjam wang untuk menjelaskan hutangnya.
http://chedet.cc/?p=1600

Seperkara lagi yang menarik ialah gesaan Khairy Jamaluddin agar Tenaga Nasional menurunkan kadar tarif elektrik berikutan penurunan harga bahanapi dunia.

Sebagai Ketua Pemuda Umno yang bijaksana, eloklah Khairy nyatakan FORMULA untuk menurunkan tarif elektrik.

Di Malaysia sekarang ini, negara sudah ada 2 syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan (GLC) - Tenaga Nasional dan 1MDB.

Kalau zaman Tun Razak dulu, hanya Lembaga Letrik Negara (LLN) yang membekalkan elektrik dan selepas dikorporatkan, LLN dijadikan Tenaga Nasional.

Sekarang 1MDB pun membekalkan elektrik. Tetapi di dalam kes 1MDB, salah satu daripada IPP yang dibeli bernilai hanya RM450 juta tetapi dibeli oleh 1MDB, milik kerajaan, dengan harga RM2.55 bilion.

Oleh itu apa caranya untuk membekalkan elektrik pada kadar yang murah kepada rakyat kalau pembeliannya dibuat dengan harga yang begitu mahal.

Tetapi kita yakin, Khairy, seorang Ketua Pemuda yang bijaksana, pasti ada FORMULA nya.

Kembali kepada isu harga barang. Jelapang pun rasa agak malu apabila ramai mempermainkan Ismail Sabri dan kerajaan kerana menyalahkan peniaga Cina berikutan harga barang mahal walaupun harga minyak menurun.

Ada yang menulis semasa Cina menjual gula (merujuk kepada Robert Kouk), harga gula hanya RM1.70 sekilo tetapi apabila saudagar Melayu Syed Mokhtar Al-Bukhary diberikan monopoli membekalkan gula, harga gula naik kepada RM2.80 sekilo.

Tidak terkata Jelapang bila membaca kritikan-kritikan ini terutamanya apabila orang Melayu sendiri mengkritik kerajaan kerana saudara Melayu, Syed Mokhtar, juga membekal beras, roti dan gas dan berkemampuan menurunkan harga barangan ini.

Masalah kenaikan barang ini bukan benda baru dan bukan perkara yang hanya terjadi di zaman Najib.

Di zaman Tun Mahathir pun berlaku tetapi tidaklah sampai ke tahap kerajaan dan Menteri pada masa itu menyalahkan peniaga Cina. Tidak pula sampai ke tahap memanggil puluhan Ketua Bahagian ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memegang poster menyokong Ismail Sabri di depan kamera TV.

Tak payah jadi Menteri pun kita tahu bagaimana nak selesaikan masalah kenaikan harga barang ini.

Kalau hendak turunkan harga gula, beri lah peluang kepada Melayu lain berniaga gula. Tak perlu lah Syed Mokhtar saja membekalkan gula kepada rakyat.

Kalau ada Melayu lain yang boleh menjual gula dengan harga murah, beri lah mereka peluang. Biar mereka bersaing dengar Syed Mokhtar. 

Begitu juga dengan beras.

Apakah bapak-bapak Menteri tidak pernah belajar prinsip ekonomi?

Dalam prinsip ekonomi, sekiranya "supply" melebihi permintaan, maka harga akan turun.

Oleh itu apa masalahnya untuk kerajaan menambahkan bekalan?

Mana-mana barang yang mahal harganya, kita tambah bekalan. Minta FAMA impot.

Tak perlulah nak salahkan peniaga Cina. Kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri tidak membawa kesan apa pun kepada harga barang.

Mungkin kerajaan juga boleh menjadi teladan kepada peniaga-peniaga dengan menurunkan kadar tol di lebuhraya Plus.

Lagipun Plus adalah hakmilik KWSP. Dan KWSP adalah hakmilik Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bidayuh dll. Semua bangsa ada saham di dalam KWSP.

Oleh itu, menurunkan kadar tol adalah wajar kerana Plus adalah milik semua bangsa.

Saturday, November 1, 2014

TENAGA NASIONAL UNTUNG RM6.4 BILION

Semalam Tenaga Nasional mengumumkan jumlah keuntungannya untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014.

Jumlahnya: RM6.4 bilion.



Apakah akan ada kenaikan tarif elektrik selepas ini?

Jawab Tenaga Nasional: Tidak ada kenaikan dalam masa 2 bulan ini (sehingga akhir tahun).

Kali terakhir Tenaga Nasional menaikkan kadar elektrik ialah pada 1 Januari tahun ini dengan kenaikan sebanyak 14.89 peratus.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/capex-tnb-rm10b-dari-laba-rm6-4b-1.19254

Thursday, December 19, 2013

PESANAN BUAT NAJIB & KERAJAAN


Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..
**** tolong sebarkan.tanda protes KAMI****

Kedua-dua pesanan ini tersebar luas di alam maya. Semuga ianya menjadi panduan kepada pengubal dasar.

Monday, December 9, 2013

NAJIB: KADAR ELEKTRIK TETAP NAIK 2014


NAJIB Razak memperlihatkan ketegasan beliau dengan MEMUTUSKAN untuk menaikkan kadar elektrik bermula 1 Jan 2014 walaupun ditentang oleh Menteri Kabinet dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Umno Malaysia, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Irmohizam Ibrahim secara terbuka membuat kenyataan mahukan kenaikan ditangguhkan.

Malangnya, Najib membuat kata putus - kadar letrik akan dinaikkan bulan hadapan.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenaikan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Januari ini tidak dapat dielakkan bagi mengekalkan daya saing Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terjejas.
Menurut Perdana Menteri, sebagai sebuah badan, TNB memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan namun pada masa sama kerajaan akan tetap memastikan rakyat teramai tidak terjejas.
''Sebenarnya sebanyak 71 peratus pengguna tidak terlibat dengan kenaikan tarif ini, yang kena kenaikan ialah kira-kira 30 peratus melibatkan pengguna komersial dan domestik," katanya.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beberapa perwakilan UMNO dalam sesi perbahasan sebelum ini meminta kerajaan menimbang semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen kilowatt-jam (kWj) kepada 38.53 sen kilowatt-jam (kWJ) berkuat kuasa 1 Januari ini .
Ditanya mengenai peningkatan harga beberapa barangan sejak berakhir Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), beliau berkata, kenaikan tersebut diputuskan oleh kerajaan bagi memastikan kewangan negara lebih kukuh.
''Namun dari segi kepentingan rakyat, jaringan keselamatan sosial ditambah lagi. Misalnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan, kita ada insurans takaful dan terus menimbangkan dari semasa ke semasa (bantuan lain) tetapi kita perlu kekuatan fiskal," jelasnya.
Berhubung rungutan golongan kelas pertengahan yang merasakan mereka paling menerima kesan daripada kenaikan ini, Perdana Menteri berkata: ''Ialah.. tak dapat dielakkan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131208/um_10/Kenaikan-tarif-elektrik-tidak-dapat-dielakkan---Najib#ixzz2mthotrz8 

Rajah berikut memberi gambaran kenaikan pada bil anda bulan hadapan.



Semuga Najib juga turut bertegas dalam perkara-perkara lain dan bukannya sekadar menaikkan kadar elektrik.

Saturday, December 7, 2013

Thursday, December 5, 2013

TENAGA NASIONAL PRIHATIN TERHADAP GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH



Tenaga Nasional hari ini mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan rasional kenaikan tarif elektrik. Antara kandungannya:


TNB sentiasa prihatin terhadap nasib kumpulan berpendapatan rendah dan akan memastikan mereka tidak dibebankan hasil semakan tarif itu.
TERIMA KASIH TNB!

Kenyataan penuh di link berikut: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=998565 

Mungkin ramai juga ingin mengetahui PENDAPATAN para PEGAWAI KANAN Tenaga Nasional termasuk Ketua Eksekutifnya termasuk mereka yang berpendapatan RM2.33 juta setahun dan siapa menerima RM654,000 setahun.




Kepada yang berminat untuk melihat butiran lengkap sila ke link berikut dan pergi ke mukasurat 113.


Tuesday, December 3, 2013

KADAR BARU LETRIK: BERAPA KENAIKAN BIL ANDA?

Berapa bil letrik yang akan anda terima berikutan kenaikan tarif yang diumumkan beberapa hari lalu?

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini menyiarkan anggaran kenaikan sebulan mengikut kadar penggunaan.

Bagi mereka yang purata penggunaan sebulan sebanyak RM357.80, bulan Januari nanti, mereka akan menerima bil sebanyak RM452.70, kenaikan sebanyak RM76.90.   

Monday, December 2, 2013

RAKYAT MERANA LETRIK NAIK: KAKITANGAN TNB DAPAT BONUS 6 BULAN GAJI!

HARI ini, Kerajaan mengumumkan kenaikan tarif letrik berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Berapa kenaikannya?


Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89%) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj yang melibatkan 4 komponen iaitu:

Apa alasannya?

 Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.

Setiap kali Kerajaan mahu menaikkan harga letrik, alasan yang sama diberikan kepada rakyat. 

Link berikut ialah kenyataan akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Maximus Ongkili mengenai kenaikan tarif letrik bermula 1 Januari 2014.
http://www.kettha.gov.my/content/semakan-semula-tarif-elektrik-di-semenanjung-sabah-dan-wp-labuan

Tahun 2012, Tenaga Nasional mengaut keuntungan lebih RM1 bilion. 2013, keuntungan Tenaga Nasional adalah sebanyak RM219 juta, kejatuhan disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit.

Kalau dianalisa kenyataan akhbar tersebut, Kerajaan sengaja mengelak untuk menyatakan berapa keuntungan yang akan dikaut oleh Tenaga Nasional dengan kenaikan tarif ini. 

Ada yang mengatakan kenaikan ini akan memberi keuntungan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Tenaga Nasional.

Kerajaan juga dengan sengaja berdiam diri dengan pemberian bonus yang lumayan diberikan kepada kakitangan Tenaga Nasional.


JELAPANG DIMAKLUMKAN, TENAGA NASIONAL MEMBERI BONUS ANTARA 5 HINGGA 6 BULAN KEPADA KAKITANGANNYA TERMASUK PENGURUSAN ATASAN.

LEBIH MENARIK LAGI, TENAGA NASIONAL MEMINTA KAKITANGANNYA MERAHSIAKAN PEMBERIAN BONUS INI DARI PENGETAHUAN UMUM.

KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR, KITA MINTA KERAJAAN DAN TENAGA NASIONAL TAMPIL MENAFIKAN PEMBERIAN BONUS LUMAYAN INI.

Persoalannya, WAJARKAN rakyat diperah kerana kegagalan kerajaan menguruskan perbendaharaan negara?

Kita bukan hendak menidakkan pemberian bonus kepada kakitangan TNB, tetapi janganlah melampau.

Pemberian bonus yang lumayan ini hanya menggambarkan keangkuhan kerajaan dan tidak memperdulikan keperitan rakyat.