Friday, May 20, 2016

JANGAN UNGKIT KISAH LAMA ANNUAR MUSA DI KEMENTERIAN LUAR BANDAR

Image result for annuar musa+pprt




RIUH sekarang ini akan berlakunya ROMBAKAN KABINET tidak lama lagi berikutan kenyataan Najib Razak menerusi blog dan twitter bahawa beliau melakukan 'PENSTRUKTURAN SEMULA" Kabinet dan perlantikan baru di dalam Kabinet. 

Katanya, ramai Ahli Parlimen Umno sedang MELOBI. Bukan mudah hendak menjadi Menteri. Apabila ada peluang, kenalah berusaha bersungguh-sungguh dan antara usaha tersebut ialah melobi - samada melobi Najib atau orang yang paling rapat dengan beliau.

Jelapang tak kisah dengan kegiatan lobi-melobi ini. Sudah menjadi lumrah. Semua jawatan dilobi, baik Pengerusi GLC mahupun ahli lembaga pengarah.

Yang menarik perhatian dan agak rasa sedih ialah SERANGAN yang dibuat terhadap Ketua Penerangan Umno Annuar Musa.

Setiap kali Annuar Musa membuat kenyataan mempertahankan Najib, beliau diTUDUH cuba melobi dan menunjuk-nunjuk kepada Najib dan Rosmah Mansor bahawa beliau orang paling kuat pertahan Najib.

Lagi menyedihkan, ada pihak mengungkit kisah lama. Kisah Annuar Musa di Kementerian Luar Bandar dulu.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1111&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2XLWDGIjD

Kisah Ketua Setiausaha Aziz Muhammad, Ketua Setiausaha semasa Annuar menjadi Menteri Luar Bandar, diPENJARA 5 tahun atas tuduhan pecah amanah.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tak usahlah kita membangkitkan cerita lama. Lagipun KSU tersebut dibebaskan selepas itu oleh Mahkamah Rayuan.

Kalau mengambil kira pandangan penyokong Annuar Musa, mungkin ada rasionalnya beliau dilantik sebagai Menteri.

Katanya Annuar akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih efisyen jika beliau menjadi Ketua Penerangan dan memegang jawatan Menteri.

Katanya juga, Annuar buat majlis pun tidak ramai hadir kerana beliau bukan berstatus Menteri.

Oleh itu jangan kita ungkit sejarah lama. Kalau perlu kita gantikan beberapa Menteri Umno yang ada sekarang, gantikanlah.

Jika hendak diungkit cerita lama Annuar, tidak adil pada beliau.

Ramai yang mempunyai kisah lama. Shahrizat Jalil ada kisah lama. 

1MDB pun ada kisah lama yang kita sudah lupakan.



Wednesday, May 18, 2016

JAMAL SUNGAI BESAR: PASTIKAN KES LAMA SELESAI



TAHNIAH kepada Ketua Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos yang juga dikenali sebagai Jamal Ikan Bakar dan kini Jamal Burger. 

Seminggu dua ini, Jamal begitu aktif di Parlimen Sungai Besar. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Bahagian.

Kalau dilihat akan dedikasi dan kesungguhan beliau bekerja, Jamal lah orang paling layak menjadi calon BN semasa pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar.

Siapakah yang dapat menandingi kesungguhan Jamal di Sungai Besar? Tidak ADIL jika Jamal diketepikan sebagai calon.

Satu pesanan kepada Jamal. Semak-semaklah kes-kes lama yang melibatkan beliau.

Lagipun SPRM sudah memberi peringatan bahawa calon-calon yang diketengahkan akan diTAPIS oleh SPRM.

Kalau ada kes-kes lama yang belum selesai atau failnya masih belum ditutup, eloklah Jamal uruskan segera.

Manalah tahu, kadang-kadang ada yang menggunakan kes lama walaupun sebesar zarah sebagai ALASAN untuk mengenepikan seseorang. Biasalah di dalam politik. Sebelum bertempur dengan pembangkang, kita perlu juga berwaspada dengan musuh dalam selimut.

Sekali lagi tahniah kepada Jamal yang sedang bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan BN di Sungai Besar.

Hanya Jamal yang bakal memberi kemenangan besar kepada BN.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1246024

Monday, May 16, 2016

PANDIKAR AMIN BERTARAF WORLD CLASS ATAU KOTA BELUD CLASS?

Image result for pandikar amin mulia

SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, pada satu ketika, mengugut Najib Razak untuk meletakkan jawatan sekiranya permintaan beliau untuk mereformasikan Parlimen tidak ditunaikan.

Hasrat Pandikar KONONNYA mahu menaikkan "standard" Parlimen ke taraf DUNIA.

Antara desakan Pandikar ialah menghapuskan portfolio Menteri yang menjaga Parlimen.

http://www.ismeblog.website/2015/05/speaker-dewan-rakyat-tan-sri-pandikar.html

Bukan main GARANG Pandikar sehinggakan diTEGURnya Azalina Othman Said kononnya meceroboh kuasa Speaker.

Pandikar nampak macam "world class" tetapi kadang-kadang nampak seperti "Kota Belud class".

Secara terang-terangan pengerusi jawatankuasa kira-kira Hasan Ariffin MENGAKU meminda laporan PAC mengenai 1MDB.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/laporan-pac-hasan-jawab-kenyataan-tony-pua-1.511323

Secara terang-terangan Hasan MENYUNTING secara tidak beretika Laporan PAC yang TELAH dipersetujui oleh semua ahli PAC.

Parlimen sedang bersidang sekarang ini untuk 2 minggu.

2 minggu ini kita akan melihat adakah Parlimen di bawah Pandikar bertaraf "World Class" atau tidak.

Kita sedang menunggu samada Pandikar akan merujuk Hasan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan di atas kesalahan serius yang dilakukan oleh Pengerusi PAC itu.

2 minggu ini kita akan dapat melihat samada Pandikar bertaraf 'WORLD CLASS" atau "KOTA BELUD CLASS".


  

Sunday, May 15, 2016

HASRAT TUN MAHATHIR: BN KALAH DI KUALA KANGSAR & SUNGAI BESAR



Inilah masalah kepada Najib Razak apabila Tun Dr Mahathir Mohamad BUKAN lagi ahli Umno.

Tetapi tidak mengapa, seperti mana isu 1MDB, Najib ada segala macam penyelesaian untuk sebarang masalah.

Kita yakin dengan bantuan Presiden Pas Hadi Awang, Umno akan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selama ini pun kepimpinan Pas tidak mahu kepimpinan Najib tidak diganggu.



Thursday, May 12, 2016

WALAUPUN ALI TINJU KATA KAKI MERAPU, JAMAL IKAN BAKAR PALING LAYAK JADI CALON BN DI SUNGAI BESAR









SIAPA sebenarnya Panglima Najib Razak?

ALI TINJU atau Jamal Ikan Bakar (Md Yunos)?

Baru selang beberapa hari Allahyarham Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar, dikebumikan, Panglima-Panglima Najib sudah bertelagah.

Image result for jamal+baju merah

Jamal bukan calang-calang orang. Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan Panglima Najib.

Semasa Najib menghadapi saat-saat getir dalam politik beliau, Jamal lah yang membawa ratusan hulubalang baju merah memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk mempertahankan Najib.

Tiba-tiba, Ali Tinju kata Jamal kaki syok sendiri dan MERAPU.


“Kalau BN angkat Datuk Jamal sebagai calon, kemungkinan besar kita akan dapat tong ikan saja, ikan habis, tinggal tong sajalah, maknanya parti habis duit, kekalahan yang kita dapat. Datuk Jamal ini belum layak lagi bergelar YB dan tidak semestinya dia sebagai ketua Umno Bahagian Sungai Besar dia akan dicalonkan. Nak menjadi calon mesti ada perwatakan seimbang, bercakap tak merapu dan tidak syok sendiri. Kebanyakan percakapan Datuk Jamal ini syok sendiri, suka merapu dan melaga-lagakan orang” - Ali Tinju


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/10/bn-kalah-teruk-jika-jamal-yunos-calon-prk-sungai-besar-ali-tinju/

Ini adalah satu PENGHINAAN oleh Ali Tinju kepada Jamal. 

Apakah jasa Jamal sudah tiada nilai di mata Najib? Lupakah Najib kepada segala pengorbanan Jamal kepada beliau.

Hari ini Ali Tinju membuat laporan polis kerana takut diTEMBAK oleh Jamal.

Jamal sudah pasti tahu siapa yang RAPAT dengan Ali Tinju.

Jelapang nampak seolah-olah Ali Tinju di"suruh" memperkecilkan Jamal kerana MUNGKIN pimpinan Umno pun tidak mahu Jamal menjadi calon BN di Sungai Besar.

Rasa-rasanya Jamal tahu siapa yang RAPAT dengan Ali Tinju.

Bagi Jelapang, orang yang paling LAYAK menjadi CALON BN di Sungai Besar ialah JAMAL IKAN BAKAR.

Beliau adalah Ketua Bahagian. Orang paling berpengaruh di Sungai Besar. Kalau tidak, tidak mungkin Jamal dipilih sebagai Ketua Bahagian.

Jasa beliau tidak akan terbalas oleh Najib. Tak akan kita lupa akan Kuala Lumpur menjadi LAUTAN MERAH kerana Jamal.

Image result for baju merah

Jelapang berharap walaupun kaki merapu dan syok sendiri, Najib akan MEMBALAS jasa Jamal dengan melantik beliau sebagai calon Sungai Besar.

Inilah masanya untuk Najib membayar "hutang" beliau kepada Jamal kerana hutang beliau kepada Jamal adalah LEBIH BESAR dari HUTANG Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid kepada MBSB.

Semuga Jamal MENANG di Sungai Besar nanti.

**P/S: Sementara itu, sesiapa yang inginkan BURGER FREE bolehlah ke Sungai Besar Sabtu ini. Jemputan dari Jamal Burger.


Image result for jamal+burger free+sungai besar



Wednesday, May 11, 2016

RIZUAN KEPONG "CLASS" ISTIMEWA

 DUA hari lepas Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli mendedahkan bagaimana Najib Razak MENYELAMATKAN Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid dari jatuh BANKRAP.

Sibuk betul Rafizi dengan isu rumahtangga Umno. Tak perlu lah hendak menyibuk hal Umno. Tumpukan kepada Pakatan Harapan.

Rafizi tidak malu kah melihat rumahtangga sendiri tidak terurus di dalam Pakatan Harapan hingga rakyat hilang keyakinan kepada pembangkang semasa Pilihanraya Negeri Sarawak di mana Pakatan Harapan TEWAS teruk baru-baru ini.

Jangan jaga tepi kain orang. Jaga kelambu sendiri sebelum hendak selak kain Ketua Bahagian Kepong.

Memalukan bila melihat PKR, DAP dan PAS bercakaran semasa sendiri di Sarawak. BN pun ada parti komponen, tidak pula tikam menikam sesama sendiri.

Si Wan Azizah SIBUK dengan urusan nak lepaskan laki beliau sehinggakan hal rakyat ditolak tepi dan si Hadi Awang, yang pernah menuturkan perkataan BARUA, sibuk hendak menyelamatkan Umno.

Kalau Rafizi hendak sibuk ambil tahu hal dalam kain Umno, masuk Umno. Ini baru betul.

"Umno rules" hari ini, bukan Pakatan Harapan. Kepada Rafizi, jaga dalam kain sendiri.


 http://rafiziramli.com/2016/05/campur-tangan-perdana-menteri-dalam-urusan-pentadbiran-malaysia-building-society-berhad/

Antara yang memberi komen mengenai pendedahan mengenai Rizuan (gambar atas) ialah Datuk Zaharin Mohd Yasin, rakan Jelapang.

Datuk Zaharin kena ingat, beliau BUKAN Ketua Bahagian.

"Class" beliau dengan Rizuan tak sama. 

Rizuan ada "CLASS" lah Datuk.

Umno Bahagian Kepong tak pernah menang pilihanraya Umum semasa Rizuan jadi Ketua Bahagian tetapi beliau tetap Ketua Bahagian.

Isteri katanya sudah tiga, kereta katanya ada Bentley, ada Jaguar, bini pertama pula KSU. Itu kata orang Umno. Jelapang tak percaya.

Lain CLASS dia, Datuk Zaharin!

Hutang berjuta, TETAPI tidak BANKRAP, kerana PM ada.

Ini baru Ketua Bahagian ada CLASS. Kita berhutang, suruh PM selesaikan.

Bukan itu saja. Tak pandai buat bisnes tak mengapa, janji hutang Ketua Bahagian, Najib uruskan.

Niat Datuk Zaharin itu baik TETAPI kita kena fahamlah, Ketua Bahagian seperti Rizuan lain LAYANAN diberikan.

Tetapi bukan semua Ketua Bahagian dilayan istimewa kerana bukan semua Ketua Bahagian ada isteri tiga dan berkereta Bentley dan Jaguar.




Monday, May 9, 2016

SARAWAK BUKTI TUKAR PEMIMPIN UNTUNGKAN BN

Image result for sarawak+pilihanraya+adenan+menang

TAKZIAH kepada ahli keluarga kesemua mangsa tragedi kemalangan helikopter di Sarawak semasa pilihanraya Sarawak ke-11 dan TAHNIAH kepada Adenan Satem kerana MENANG BESAR.

Ianya satu kemenangan yang telah DIDUGA. 

Inilah kesan apabila pemimpin diTUKAR.

Jika Taib Mahmud masih Ketua Menteri Sarawak, tidak mungkin BN akan menang besar di dalam pilihanraya ini.

Ini adalah trend politik di Malaysia. TUKAR pemimpin, citarasa pengundi akan bertukar.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 2003, BN menang besar dalam pilihanraya umum 2004.

BN menang 198 kerusi dari 219 kerusi yang dipertandingkan. Umno memenangi 109 kerusi dan pembangkang hanya menang 20 kerusi.

Kesimpulannya, perubahan pemimpin HANYA memberi kesan positif kepada Barisan Nasional dan Umno.

Jika Umno menukar Najib Razak sebagai Perdana Menteri di dalam PRU ke 14 nanti, hancurlah Pakatan Harapan.

Sebenarnya rakyat Sarawak amat beruntung memberi kemenangan besar kepada BN kali ini.

Selepas ini pengundi Sabah akan melakukan perkara yang sama. Inilah kuasa yang kini diperolehi oleh Sarawak untuk MEMINTA apa saja dari Putrajaya.

BN dan Umno tidak akan mendapat sokongan yang sama di Semenanjung.

Harapan Najib dan BN untuk kekal berkuasa hanya kepada Sabah dan Sarawak.

Tanpa LAYANAN ISTIMEWA kepada Sabah dan Sarawak HANYA mengundang masalah kepada kepimpinan BN.

Pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menjadi ukuran. Atas kertas, ia adalah pilihanraya paling GETIR buat Najib.

Harapan Najib hanya kepada Presiden Pas Hadi Awang yang sekarang menjadi PENYOKONG No 1 Najib.

Kedua-dua kerusi tersebut adalah milik Pas. Jika pembangkang berterusan berbalah, maka Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan kekal di tangan Umno.

Sekali lagi TAHNIAH kepada Adenan.

Cuma Adenan masih nampak "TIDAK ADA CLASS".

Apabila Taib pencen, kita ingat akan adalah perubahan dalam kualiti kepimpinan di Sarawak.

Rupa-rupanya masih sama. Masih ada sifat "macam orang hidup di dalam hutan".

Ada rakyat Malaysia yang boleh masuk Sarawak dan masih ada yang diharamkan.

Lebih melucukan, ada yang boleh masuk, tetapi mesti KELUAR sebelum 2 Mei.

Hendak ke negara komunis seperti Cina pun tiada SEKATAN seumpama ini.

Rupanya Adenan sama seperti Taib Mahmud - tidak ada class.

Tuesday, May 3, 2016

KENAPA MENTERI KABINET MEMBISU? SOKONG ZAHID KE?

Image result for azalina+rahman dahlan+annuar musa

TIBA-tiba Azalina Othman Said, Rahman Dahlan dan Annuar Musa tidak seBENGIS dulu.

Itu tajuk sembang-sembang sambil kena kopi dengan kawan-kawan yang berjawatan di dalam Umno.

Azalina, Rahman dan Annuar Musa dikatakan hulubalang kesayangan Najib Razak.

Kawan-kawan yang berjawatan di dalam Umno tiba-tiba bertanya - kenapa tiba-tiba mereka ini DIAM?

Dah tak SOKONG Najib ke? 

Yang banyak bercakap sekarang - hampir tiap-tiap hari menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak beliau, Mukhriz - ialah pegawai bawahan pejabat Najib.

Nampaknya pegawai gred rendah sudah jadi penting buat Najib. Apa dah jadi?

Dah lama tidak bertemu dengan kawan-kawan berjawatan di dalam Umno ini. Tapi disebabkan minggu lepas cuti agak panjang, mereka berkesempatan untuk menjemput berbicara hal politik.

Pilihanraya Sarawak, kata mereka, bukan isu.

Menang besar sudah PASTI, kata mereka. Mana ada dalam sejarah pilihanraya prestasi BN teruk. Dulu ada krisis, krisis PBDS dan Rahman Yaakob TETAPI BN tetap KUAT.

Kata mereka Najib sekarang RAJIN ke Sarawak sebab hendak "claim credit". Padahal tanpa Najib pun BN akan menang.

Yang popular di Sarawak Adenan Satim, bukan Najib. Itu kata kawan-kawan berjawatan di dalam Umno lah.

Balik kepada isu Azalina, Rahman Dahlan dan Annuar Musa berdiam diri.

Macam-macam spekulasi ada.

Kata salah seorang rakan, mereka ini kecut perut sebab ada cawangan di bahagian mereka 'MELANGGAR PERINTAH."

Bila dirisik, rupa-rupanya di bahagian Pengerang, kawasan Azalina, ada 4 cawangan yang membawa usul supaya Najib meletakkan jawatan.

Rupa-rupanya Azalina tidak lah sangat berpengaruh di Pengerang walaupun nampak GARANG di Kuala Lumpur. Bagaimana orang harapan Najib boleh membiarkan 4 cawangan menDESAK Najib meletakkan jawatan.

Silap haribulan, Azalina pun boleh dikerjakan semasa pemilihan parti nanti.

Logik juga pandangan seorang rakan, mereka ini berdiam sekarang kerana takut KENA LAWAN nanti.

Harap-harap pandangan ini MELESET.

Tetapi agak ganjil bila MENTERI KABINET memBISU sekarang ini.

Mereka sudah tidak menyokong Najib ke?

Mereka rasa Najib bersalah ke?

Atau mereka sokong Zahid Hamidi?

Wallahualam.


http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-tak-ada-masalah-orang-tak-sokong-1.515221

Sunday, May 1, 2016

NAZRI AZIZ: SAYA SEDIA BERTUMBUK DENGAN MAHATHIR



"Kalau beliau (TUN DR MAHATHIR MOHAMAD) pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau (DR MAHATHIR) bila-bila masa," Nazri Aziz.