Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts
Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts

Monday, May 9, 2016

SARAWAK BUKTI TUKAR PEMIMPIN UNTUNGKAN BN

Image result for sarawak+pilihanraya+adenan+menang

TAKZIAH kepada ahli keluarga kesemua mangsa tragedi kemalangan helikopter di Sarawak semasa pilihanraya Sarawak ke-11 dan TAHNIAH kepada Adenan Satem kerana MENANG BESAR.

Ianya satu kemenangan yang telah DIDUGA. 

Inilah kesan apabila pemimpin diTUKAR.

Jika Taib Mahmud masih Ketua Menteri Sarawak, tidak mungkin BN akan menang besar di dalam pilihanraya ini.

Ini adalah trend politik di Malaysia. TUKAR pemimpin, citarasa pengundi akan bertukar.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 2003, BN menang besar dalam pilihanraya umum 2004.

BN menang 198 kerusi dari 219 kerusi yang dipertandingkan. Umno memenangi 109 kerusi dan pembangkang hanya menang 20 kerusi.

Kesimpulannya, perubahan pemimpin HANYA memberi kesan positif kepada Barisan Nasional dan Umno.

Jika Umno menukar Najib Razak sebagai Perdana Menteri di dalam PRU ke 14 nanti, hancurlah Pakatan Harapan.

Sebenarnya rakyat Sarawak amat beruntung memberi kemenangan besar kepada BN kali ini.

Selepas ini pengundi Sabah akan melakukan perkara yang sama. Inilah kuasa yang kini diperolehi oleh Sarawak untuk MEMINTA apa saja dari Putrajaya.

BN dan Umno tidak akan mendapat sokongan yang sama di Semenanjung.

Harapan Najib dan BN untuk kekal berkuasa hanya kepada Sabah dan Sarawak.

Tanpa LAYANAN ISTIMEWA kepada Sabah dan Sarawak HANYA mengundang masalah kepada kepimpinan BN.

Pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menjadi ukuran. Atas kertas, ia adalah pilihanraya paling GETIR buat Najib.

Harapan Najib hanya kepada Presiden Pas Hadi Awang yang sekarang menjadi PENYOKONG No 1 Najib.

Kedua-dua kerusi tersebut adalah milik Pas. Jika pembangkang berterusan berbalah, maka Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan kekal di tangan Umno.

Sekali lagi TAHNIAH kepada Adenan.

Cuma Adenan masih nampak "TIDAK ADA CLASS".

Apabila Taib pencen, kita ingat akan adalah perubahan dalam kualiti kepimpinan di Sarawak.

Rupa-rupanya masih sama. Masih ada sifat "macam orang hidup di dalam hutan".

Ada rakyat Malaysia yang boleh masuk Sarawak dan masih ada yang diharamkan.

Lebih melucukan, ada yang boleh masuk, tetapi mesti KELUAR sebelum 2 Mei.

Hendak ke negara komunis seperti Cina pun tiada SEKATAN seumpama ini.

Rupanya Adenan sama seperti Taib Mahmud - tidak ada class.