Showing posts with label yahya ismail. Show all posts
Showing posts with label yahya ismail. Show all posts

Saturday, December 5, 2020

MUHYDDIN PERDANA MENTERI LEMBAB

 SISI BUKIT: Nenek 92 tahun lebih sejam disiasat polis.  

1 DISEMBER 2020, Muhyiddin Yassin menerusi Facebook beliau memaparkan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang di pejabat beliau di Putrajaya.

Berikutan perjumpaan tersebut, Zahid membuat kenyataan tak perlu memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk melantik TPM.

3 HARI selepas itu, iaitu semalam, parti pimpinan Zahid MENUMBANGKAN Kerajaan Muhyiddin Yassin di Perak dengan bantuan DAP dan Pakatan Harapan.

Sehingga hari ini Muhyiddin masih membisu, seolah-olah MARUAH bukan soal besar bagi beliau.

Perak bukan yang pertama ditumbangkan oleh Zahid dan Umno. Johor dan Melaka sebelum ini dilanyak oleh Umno, dan Muhyiddin membisu.
 

Sejak menjadi Perdana Menteri Muhyiddin diLANYAK, diBULI oleh Umno, Najib Razak dan Zahid. Dan yang jelas Muhyiddin masih main golf dan kerap berjumpa Zahid, ada di rumah dan beberapa hari lalu di pejabat beliau.

Maka tak hairan lah Muhyiddin digelar Perdana Menteri paling LEMAH dalam negara. Tak hairanlah beliau diberi pelbagai gelaran - PM LEMBAB, PM SEMBAB dan sebagainya.

Apa tidaknya? Bandingkan beliau dengan Najib. Najib tak pernah benarkan dirinya diBULI. Beliau MEMBULI setiap orang yang menentang beliau termasuk membuli RAKYAT dan membuli khazanah negara.

Sesiapa yang menentang beliau di lanyak Najib.

Tun Dr Siti Hasmah yang umur lebih 90 tahun itu pun diHERET ke balai polis untuk disoal siasat. Lupa kah Muhyiddin?

 

 Seorang penulis buku, Pak Ya (Yahya Ismail) yang sekarang berumur 76 tahun, dikurung dalam lokap pada 2016 semata-mata kerana mengkritik Najib.

Seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Manila diPECAT dari perkhidmatan awam semasa pentadbiran Najib. Muhyiddin ingat ke tidak? 

Seminggu lalu Mahkamah membuat keputusan pemecatan beliau tak sah dan diarah untuk berkhidmat semula. Muhyiddin tau atau tidak ini?

https://www.theedgemarkets.com/article/court-orders-reinstatement-ptd-officer-sacked-alleged-antigovernment-facebook-comment

Ketua Polis Negara Hamid Bador. Apa jadi kepada beliau semasa zaman Najib? Siapa yang meletakkan beliau di jawatan sekarang? Tun Dr Mahathir Mohamad! 

Muhyiddin sendiri, lupakah bagaimana beliau didakwa BERZINA dengan Nika Gee di era Najib. Lupakah "hitman" Najib, Azwanddin pergi ke balai polis untuk buat laporan polis menuduh Muhyiddin mengadakan hubungan sulit dengan Nika Gee.

Semua jabatan agensi penguatkuasa kerajaan melutut depan Najib. Sebut sahaja siapa. 

Lihat kembali apa pegawai-pegawai kanan Kerajaan di era Najib lakukan kepada rakyat. 

Pegawai-pegawai SPRM diserbu rumah mereka di zaman Najib, Gani Patail disingkirkan dan digantikan dengan Apandi Ali. Belum lagi ambil kira income tax serbu orang itu ini.

Shafie Apdal pun ditangkap oleh SPRM. Lupa kah?

"Hitman" tak terkira bilangannya.

Muhyiddin? Lembab sepenuh zaman.

Mana "hitman" Muhyiddin? Ada ke ketua-ketua jabatan kerajaan yang hormat Muhyiddin walaupun tidak sampai melutut seperti zaman Najib?

Mana acuan-acuan Muhyiddin seperti zaman Najib? Mana klon-klon Azeez Rahim, Habibul yang membuat orang seram sejuk.

Muhyiddin  kena tahu. Najib bukan dijatuhkan oleh orang-orang politik. Najib diSINGKIR oleh rakyat.

1 Disember Zahid jumpa Muhyiddin cakap yang elok-elok, semalam Zahid dan parti beliau JATUHKAN Timbalan Presiden Bersatu dan kerajaan Muhyiddin di Perak.

Mana MARUAH Muhyiddin? Masih tidur di rumah, masih di padang golf?

Setiap hari Najib tikam belakang Muhyiddin dengan isu KWSP. Muhyiddin buat pekak.

Sampai bila?

Sampai bila perbicaraan Najib hendak ditangguhkan. Mana agensi kerajaan yang sanggup bantu Muhyiddin.

Tak salah kalau rakyat melabel Muhyiddin PM LEMBAB dan SEMBAB. Blogger popular Zaharin lebih BERANI dari Muhyiddin yang menyandang jawatan Perdana Menteri.

Parti yang memerintah negara dan Presiden Perdana Menteri diBULI tanpa segan silu oleh rakan satu kelambu hampir setiap hari.

Dan ianya akan berterusan selagi Muhyiddin tidak bertukar kulit menjadi seperti Najib satu ketika dulu.

 

Sunday, July 3, 2016

ERA NAJIB RAZAK: ORANG TUA BERUBAN PUN DIGARI


DI era Najib Razak, budaya menghormati orang tua sudah tiada.

Ini lah Pak Ya yang berumur 72 tahun yang ditangkap semalam atas tuduhan menghina Najib.

Kalau dulu-dulu, kita menghina orang yang lebih tua daripada kita, kita akan dihukum sebagai KURANG AJAR.

Di zaman Najib, menghina orang tua berumur 91 tahun tidak mengapa.

Mengari orang tua beruban berumur 72 tahun pun tidak mengapa di zaman Najib.

Dikritik adalah perkara biasa. Siapa yang tidak dikritik? Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik oleh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam.

Blog Mahafiraun dan Mahazalim mengutuk Dr Mahathir sesungguh hati, tiada tindakan diambil dan kita tidak kenal siapa mereka.

Di era Najib, mengkritik mengundang diGARI seperti Pak Ya walaupun kita dipihak yang benar.

Kita akan kenang ini sebagai legasi Najib Razak dan keluarga beliau.


Berita semalam:




Hina PM Dalam Aplikasi WhasApp, Penulis Buku Ditahan Polis
Oleh Ketua Pengarang / dalam Semasa / pada Sunday, 03 Jul 2016 09:22 AM / 0 Komen / 48 sudah membaca


Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis hari ini setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi setelah satu laporan polis diterima di negeri ini semalam.

Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi melengkapkan siasatan.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama ‘Pa Ya’ dalam kumpulan WhatApps “Bicara Politik Melayu” yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya,” kata beliau.