Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

TV3 KATA EKONOMI NEGARA BERKEMBANG, TAPI BUANG PEKERJA



Image result for media prima losses

GELI HATI apabila menonton BERITA TV3 dan akhbar-akhbar milik MEDIA PRIMA.

Cerita ekonomi berkembang entah berapa kali diJAJA oleh akhbar-akhbar mereka dan TV3 saban minggu.

Belum pernah lagilah TV3 dan akhbar Media Prima melaporkan ekonomi negara mengucup.

Apa tak geli hatinya, dalam memuji kerajaan atas usaha mengembang ekonomi, tiba-tiba terdengar Media Prima nak buang kerja staf TUA yang usianya 50 keatas.

Ketawa terbahak-bahak kita. Ekonomi negara berkembang, TV3 dan Media Prima BUANG PEKERJA.

Cerita buang pekerja ini ditulis oleh bekas pekerja Media Prima sendiri - Mustapa Kamil (lihat petikan facebook Mustapa).

Kita ada terbaca, ketika ekonomi negara melonjak seperti yang diwarwarkan oleh akhbar dan TV3, Media Prima RUGI RM38 juta bagi suku pertama 2017.

http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima-sees-challenging-1q

Geli hati. Ketika ekonomi negara berkembang seperti yang diwarwarkan oleh TV3, Media Prima TUMBANG.

Jika nak cari contoh politik cari makan, lihat pada Media Prima dan akhbar-akhbarnya dan TV3.

Tuesday, December 20, 2016

MELUAT TENGOK MUKA TUNKU AZIZ DI TV3

Image result for tunku aziz

PERANG saudara sedang meletus di Media Prima.

Jelapang tidak hendak mengulas panjang-panjang, cuma terpanggil untuk memberi sedikit komen mengenai "rating" TV3 dan Tunku Aziz.

Nampak jelas pertembungan ini adalah peperangan proksi. Cuma belum ada pertumpahan darah lagi. Cukup setakat itu.

Siapa yang tonton berita di TV3 sekarang ini?  

Hanya Jelapang hendak sebut satu perkara - "kita MELUAT tengok muka Tunku Aziz di TV3 PERIOD. - Kata orang puteh.

Jelapang dah lama tak tengok berita TV3 dan salah satu sebabnya meluat tengok muka Tunku Aziz - bercakap orang puteh macam kita masih di zaman penjajah dan bercakap Melayu macam penjajah British cakap Melayu.

Meminjam kata-kata Nik Abduh tempoh hari yang beliau tujukan kepada seorang tua berusia 91tahun, kepada Tunku Aziz - Kembalilah ke tikar sembahyang. PERIOD.



Saturday, January 17, 2015

NAJIB PERDANA MENTERI PERTAMA MUSUHI PEMIMPIN VETERAN


ADA yang tak kena dengan Najib Razak.

Atau mungkin tersalah memilih penasihat.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

2. Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno.

3. Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno.

4. Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

5. Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri.

Kita boleh memberi beberapa nama pemimpin Umno lain (bukan pemimpin Pakatan Rakyat) dan setiap dari mereka ini mengkritik Najib atau pernah mengkritik Najib.

Tun Dr Mahathir mengkritik Najib melalui blog beliau serta membuat kenyataan secara terbuka.

Tun Daim Zainuddin juga mengkritik cara Najib mentadbir di majlis-majlis yang dihadiri beliau.

Tengku Razaleigh menulis surat kepada semua Ahli Parlimen mengkritik pentadbiran Najib.

Tan Sri Sabaruddin juga mengkritik Najib semasa isu Bank Rakyat tidak lama dulu dan Tan Sri Zainuddin melalui blog beliau, Zamkata.

Sekarang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim diserang hebat oleh media milik kerajaan. Malahan malam ini, TV3 begitu ghairah mengkritik Tun Daim.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno yang dihormati rakyat tiba-tiba DIMUSUHI NAJIB.

Tidak mungkin media Umno berani menyerang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim TANPA pengetahuan Najib.

Apakah Najib merasakan pemimpin-pemimpin veteran ini tiada nilai dan tidak berguna lagi kepada Umno?

Apakah Hassan Malek, Shahidan Kassim, Tajuddin Rahman, lebih baik dari Tun Dr Mahathir, Tun Daim dan lain-lain?

Atau Najib memang jenis pemimpin yang PANAS TELINGA dan tidak boleh dikritik?

Seorang kawan berkata, Tun Dr Mahathir lah yang meminta Tun Daim memastikan Najib "SELAMAT" karier politiknya semasa Tun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Kini bagi Najib, ikut cara pemimpin ini dilayan sekarang ini, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim bukan lagi RAKAN beliau dan sebab itulah sekarang ini media Umno "MENYERANG" mereka.

Kita tengoklah siapa yang akan kecundang.

Tun Dr Mahathir dan Tun Daim tiada apa yang dikejar mereka dan mereka tidak akan rugi apa-apa.

Inilah PERTAMA kali, Perdana Menteri dan Presiden Umno memusuhi begitu ramai pemimpin veteran Umno.

Mungkin Najib merasakan beliau adalah pemimpin paling kuat dalam sejarah Umno atau mungkin juga disebabkan oleh salah nasihat.

TETAPI Jelapang melihat kepada Najib sebagai pemimpin terdesak dan berada di dalam ketakutan dan berharap 'SERANGAN" ke atas Tun Dr Mahathir dan Tun Daim boleh memaksa mereka menutup mulut seketika.

Sehingga kini, jangan harap Tun Dr Mahathir dan Tun Daim dapat dibisukan dengan cara ini.

Yang akan rugi ialah Umno.

Yang akan kecundang ialah Najib.

TAK PERCAYA?

TANYA PAK LAH.