Showing posts with label time magazine. Show all posts
Showing posts with label time magazine. Show all posts

Wednesday, May 24, 2017

IMEJ NAJIB RAZAK BURUK DI AMERIKA SYARIKAT

Image result for najib+jho low

DUA hari lepas, sebuah majalah berpengaruh di Amerika Syarikat, TIME, menyiarkan satu laporan risiko (risk report) mengenai 5 pemimpin di dunia yang imej mereka lebih BURUK dari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Mereka adalah:

1. Presiden Venezuela Nicolas Maduro
2. Presiden Brazil Michel Temmer
3. Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma
4. PERDANA MENTERI MALAYSIA NAJIB RAZAK
5. Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras

Pautan laporan Majalah Time: http://time.com/4785127/michael-temer-nicolas-maduro-donald-trump/

Time bukan calang-calang majalah. Time Magazine adalah majalah berpengaruh di Amerika Syarikat, berpengkalan di New York, dan dibaca oleh lebih 3 juta rakyat Amerika Syarikat termasuk pemimpin politik dan ahli perniagaan Amerika Syarikat.

Majalah ini sudah berusia 94 tahun. Tiada majalah berusia begitu tua jika ianya tiada pengaruh.

Apa gambaran yang diberikan TIME mengenai Najib Razak? Ini dia gambarannya:

Najib Razak of Malaysia

If you’re not going to be popular, you may as well be rich. Malaysia’s Prime Minister Najib Razak has been in office since 2009, which is the same year he established an economic-development investment fund called 1Malaysia Development Berhad (1MDB). More than $1 billion ended up in Najib’s personal account, which at a certain point he tried to pass off as a “gift” from the Saudi royal family. He was backed up by Malaysia’s attorney general, who reported that the money constituted a legal donation, and that “most” of it was returned. Unsurprisingly, his current approval rating is at record lows.
But politically-speaking, Najib doesn’t have much to worry about—he retains firm control of the United Malays National Organization (UMNO), the political party that has dominated Malaysian politics for nearly six decades. He has systematically sidelined opponents within the party, and his main adversaries outside the party have been jailed on what critics say are politicized charges. Who needs popularity when you have political power and money in the bank?

Ada orang kata, Najib tak peduli semua ini.

Memang benar. Kalau dia ambil peduli, hari ini Najib tidak bergelar Perdana Menteri lagi.

Memang benar di Malaysia tiada kesannya. Memang benar 3 juta ahli Umno akan TETAP menyokong Najib Razak tak kira buruk mana pun imejnya.

Tapi Najib juga manusia dan berperasaan.

Kalau kita adalah Najib, sanggup kah kita ke Amerika Syarikat, London dan negara Eropah?

Tebal mana pun kulit kita, malunya tetap ada.

Di Malaysia OK, di mata negara maju, ianya telah digambarkan oleh Majalah Time 2 hari lepas. Itulah juga pandangan Presiden Amerika Syarikat, ahli politik politik dan ahli perniagaan Amerika Syarikat terhadap Perdana Menteri kita.

Sekian