Showing posts with label najib letak jawatan. Show all posts
Showing posts with label najib letak jawatan. Show all posts

Monday, October 26, 2015

DESAK NAJIB LETAK JAWATAN: UMNO WAJIB PECAT KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO TELUK KEMANG


JELAPANG ingin memuji TINDAKAN pantas Ketua Bahagian Teluk Kemang serta Pengerusi Felda Isa Samad merujuk Ketua-Ketua Cawangan Umno Teluk Kemang kepada Jawatankuasa Disiplin Umno kerana MENDESAK NAJIB RAZAK MELETAKKAN JAWATAN.

Dan kita berharap Jawatankuasa Disiplin CEPAT BERTINDAK dengan MEMECAT Ketua-Ketua Cawangan ini sebelum API merebak.

Sudah menjadi norma di dalam parti hari ini, sesiapa yang menentang Najib diPECAT - tidak kira pegawai kerajaan mahupun ahli parti tanpa mengira pangkat dan darjat.

Kadang-kadang ketua cawangan kenalah faham. Jangan samakan diri kita dengan Ketua Bahagian.


Darjat ketua cawangan lain, tak sama dengan darjat Ketua Bahagian.

Kalau Ketua Bahagian kesana-sini dengan Bentley, Jaguar, Maserati, kita setakat Myvi cukuplah. Kita hanya Ketua Cawangan. Itu standard kita.

Kepada Lembaga disiplin, cepatlah bertindak sebelum terlambat.

Ramai lagi Ketua-Ketua Cawangan yang MELUAT dengan Ketua Bahagian dan sedang mengira-gira mencontohi Ketua-Ketua Cawangan Teluk Kemang dengan mengadakan SIDANG AKHBAR mahu mendesak Najib meletakkan jawatan.

Jangan biarkan api merebak, kesian Perdana Menteri.

Sebagai PENGAJARAN kepada Ketua-Ketua Cawangan Teluk Kemang, PECAT mereka.

Kita gempaq Ketua-Ketua Cawangan lain. Jangan main-main dengan parti. Ingatkan ketua-ketua cawangan bahawa jangan bermain api, padah akibatnya.

Jangan kerana Ketua Bahagian hidup di dalam kesenangan, kita mesti hilang pertimbangan hinggakan Presiden parti pun disuruh letakkan jawatan.

Ingatlah. Ketua Bahagian adalah PEJUANG bangsa, agama dan negara. Tanpa mereka, apalah ada pada Melayu.

Saturday, October 24, 2015

UMNO TELUK KEMANG DESAK NAJIB LETAK JAWATAN

The Negri Sembilan branch members at the press conference today. Led by Teluk Kemang Umno leader, Kamarul Aznan Habibur Rahman (seated, second left), they have asked for Umno president Datuk Seri Najib Razak to step down. – The Malaysian Insider pic by Melati A. Jalil, October 24, 2015.

TAK sampai 24 jam membentangkan Belanjawan Negara dan belum sempat parti pembangkang mengemukakan usul undi TIDAK PERCAYA kepada Najib Razak di Parlimen, pemimpin Umno TELUK KEMANG terlebih dahulu MEMINTA NAJIB MELETAKKAN JAWATAN.

Begitulah nasib yang menimpa Najib. Nampaknya tiada kesudahannya.

Semalam, Najib diMALUKAN oleh pembangkang dengan memegang poster menanyakan kemana pergi WANG DERMA RM2.6 bilion (RM2,600 juta) di Parlimen.



Hari ini Umno Teluk Kemang DESAK Najib letak jawatan.

Baca berita berikut:

Tiga belas ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden, Najib yang juga perdana menteri.

"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang.

"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami tak yakin apa yang ada sekarang akan beri perkembangan positif dalam PRU akan datang," kata Kamarul pada satu sidang media di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Malaysia dijangka menghadapi PRU14 pada pertengahan 2018.

Tiga belas cawangan Umno itu ialah dari Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli.

Kamarul berkata, pemimpin cawangan itu tidak takut sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka kerana mereka di peringkat akar umbi yang meletakkan kepimpinan parti di kedudukan mereka sekarang.

"Kita perlu mengamalkan budaya yang parti itu lebih penting daripada individu dan dalam keadaan sekarang, parti itu lebih penting daripada presiden parti," katanya.

Beliau turut mengkategorikan ahli Umno sebagai terdiri daripada 3 jenis.

"Pertama, mereka yang senyap dan tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kedua, mereka yang mendiamkan diri dan berjuang untuk perkara yang salah dan menjadi kaya.

"Dan ketiga, mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak berakhir di mana-mana, seperti kami," katanya sambil menambah cawangan Umno lain di seluruh negara juga harus menyuarakan pandangan mereka.

Ditanya siapa yang mereka fikirkan sesuai menggantikan Najib sebagai presiden parti, Kamarul berkata mereka lebih suka jika tradisi dalam Umno dikekalkan, dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kepimpinan.

"Jika presiden ada masalah sekarang, dia perlu berundur dan pemimpin nombor dua mengambil alih. Kami tiada masalah dengan timbalan presiden," katanya.

Bagaimanapun, Kamarul berkata, tiada jaminan Umno akan menjadi lebih kuat walaupun Najib meletak jawatan.

Najib ketika ini menerima tekanan dari puak Umno yang tertentu kerana cara beliau mengendalikan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tindakan beliau memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri Julai lalu.

Pemecatan Muhyiddin, orang kuat parti di Johor, walaupun kekal sebagai orang nombor dua Umno, menyebabkan beberapa pemimpin akar umbi di negeri itu meletak jawatan sebagai tanda protes.

Pada 12 Oktober, Muhyiddin dan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional menyertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam cara Putrajaya menangani pengkritik 1MDB dan menimbulkan kebimbangan berhubung keadaan dalam negara.

Di Parlimen, pembangkang mengemukakan usul mencadangkan undi tidak percaya terhadap Najib sebagai perdana menteri, ketika turut timbul ura-ura yang mereka akan mengundi untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan beliau semalam dalam usaha menggulingkannya. – 24 Oktober, 2015.


Saturday, August 8, 2015

KHAIRY JAMALUDDIN TIDAK RISAU DISINGKIRKAN


APA yang dimaksudkan dengan poster di atas yang diletakkan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di dalam Instagram beliau?

Kata-kata sedemikian seolah-olah meminta rakyat supaya tidak bertolenransi dengan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan.

Khairy derhaka kepada Najib?

Jika poster di atas tidak mencukupi, lihat kenyataan berikut yang dibuat oleh Khairy.



"Saya tidak risau (disingkir oleh Najib Razak) sebab saya percaya kita mesti berpegang teguh dengan pendirian kita iaitu melindungi institusi dan bercakap TANPA RASA TAKUT dan GENTAR." - Khairy Jamaluddin merujuk kepada kenyataan beliau mempertahankan SPRM dan mendesak diHENTIkan intimidasi terhadap penyiasat-penyiasat SPRM yang menyiasat kes melibatkan Perdana Menteri.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairy-tak-risau-disingkir-kabinet-selepas-keluar-kenyataan-bela-sprm

Kenyataan Khairy cukup bahaya kepada hayat politik Najib - sama bahaya dengan tindakan Muhyiddin Yassin.

Tidak memeranjatkan jika Khairy disingkirkan sebagai Menteri oleh Najib dalam beberapa hari ini.

Yang penting, Najib Razak mesti dipertahankan dan Najib tidak memerlukan duri dalam daging seperti Khairy di dalam Kabinet.

Jika disingkir pun, tiada kesan kepada politik Najib kerana Khairy pun sudah nyatakan beliau tidak RISAU jika disingkirkan.

Apalah ada pada jawatan kecualilah jika Khairy memegang jawatan Perdana Menteri seperti Najib.

Friday, July 10, 2015

TUN MUSA HITAM GESA NAJIB LETAK JAWATAN ATAU BERCUTI

Image result for musa hitam

"Namun, saya dengan RENDAH DIRI mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu BERCUTI buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung. Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen. 

"Lakukan perkara ini (berehat). Jika pun anda rasakan anda bersalah dalam beberapa perkara, serah diri kepada Tuhan. Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri. Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya." - Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam.

Artikel penuh boleh dibaca di link di bawah:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/musa-hitam-cadang-najib-rehat-serah-diri-pada-tuhan-sempena-ramadan

JELAPANG: TERIMA KASIH Tun. Terima kasih kerana turut serta untuk menyelamatkan parti. Hendak harapkan Ketua-Ketua Bahagian, Menteri-Menteri Umno dan Ahli-Ahli MKT, mengisi TEMOLOK lebih penting dari MENYELAMATKAN parti. Umno ketika ini sedang menuju KEHANCURAN.